Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: July 2009
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa ISA - DR. ASRI

KHAMIS, 30 JULAI 2009 | 08 SYAABAN 1430H

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.


Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

SIRI TARBIYAH DARI PENJARA

SELASA, 21 JULAI 2009 | 28 REJAB 1430H

Ikuti pengalaman dan tulisan saudara Saari Sungib, sepanjang penahanan beliau di bawah Akta I.S.A
di sini

MASIH ADA YANG MENYOKONG KEZALIMAN!!!

SABTU, 18 JULAI 2009 | 25 REJAB 1430H

Blog ini telah menerima komen dari seorang pembaca berkaitan tajuk 'MENGAPA ISA ZALIM'. Tulisannya persis seorang UMNO, yang hatinya amat terguris bila sahaja isu ISA ini diterbitkan.

Setiap hari komen beliau sentiasa menjadi satu persoalan...mengapa masih ada lagi yang menyokong akta yang cukup zalim ini....Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk menerima kebenaran...

Komen beliau terpaksa dibalas bagi menjawab segala kritikan dan sebagai sokongan MANSUHKAN ISA!


SKETSA UMNO SELEPAS PRK MANEK URAI

SABTU, 18 JULAI 2009 | 25 REJAB 1430H

Satu sketsa yg diambil dari laman web Pemuda UMNO Malaysia, menggambarkan betapa 'utuhnya' 100 hari pemerintahan PM. Dengan hanya kemenangan tipis di PRK Manek Urai, digambarkan bukti sokongan Melayu kini sudah beralih. Tetapi yang lebih penting MENANG TETAP MENANG! Dalam permainan bola sepak, sebaik mana taktikal sekalipun, kalau kalah tetap kalah.

Dengan jutaan wang ringgit dilaburkan, pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan, kerahan agensi-agensi kerajaan, serangan media massa dan elektronik - UMNO/BN hanya berjaya mengurangkan majoriti tetapi hakikatnya UMNO/BN tetap kalah! Lebih parah, UMNO/BN kalah di tangan seorang peraih ikan! :)

Bersama terus mengikhlaskan diri dalam perjuangan, semoga Allah memberi kekuatan dan pertolongan untuk mencapai kemenangan yang lebih besar.

JANGAN JATUHKAN KELANTAN - DR. ASRI

AHAD, 12 JULAI 2009 | 19 REJAB 1430H

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.


Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salah faham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.

WACANA TERBUKA BUKAN KERJASAMA - PEMUDA PAS

SELASA, 07 JULAI 2009 | 14 REJAB 1430H

WACANA PEMUDA PAS & UMNO DIPUJI

SABTU, 04 JULAI 2009 | 11 REJAB 1430H

Mohd Sabri Said
Fri | Jul 03, 09 | 3:41:57 pm MYT

PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam 'Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam' harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.

Tambahan lagi usaha itu selari dengan kehendak Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdebat dengan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, perbahasan mengenai kebenaran tidak akan selesai selagi masing-masing berkeras tanpa adanya pertemuan berdasarkan kebenaran al-Quran.

"Apa-apa pertelingkahan pun jika mahu ukur siapa yang benar mesti kembali kepada al-Quran. Jika tidak semua akan berpanjangan," tegasnya.

Pertemuan itu juga boleh meninggalkan impak besar kepada PAS sebagaimana pertemuan atas dasar kemanusiaan Palestin oleh dua tokoh tanah air antara Presiden PAS waktu itu, Dato' Fadhil Noor dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun bukan mencari titik pertemuan perjuangan antara PAS dan Umno tetapi atas nama keadilan sejagat ekoran penindasan yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin.

Yakin dan bersabar untuk melihat pertemuan itu sebab selalunya Umno akan mencari helah untuk membatalkanya demi tidak mahu menanggung malu jika panel yang mewakili Umno gagal mengemukakan hujah yang bernas, katanya.

"Apapun ahli kita harus bersatu dan bersabar serta terbuka hati untuk melihat penghujahan itu nanti. Rakyat pun akan menilai penghujahan kerana lazimnya hujah Umno pakai pemikiran bukannya ilmiah yang termaktub dalam al-Quran. Ataupun Umno sendiri akan mengumumkan pembatalan saat-saat akhir bila merasai diri mereka tertekan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. - mns_

DEBAT PAS-UMNO : TGNA MAHU NAJIB

KHAMIS, 02 JULAI 2009 | 09 REJAB 1430H