Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: December 2010
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

ISU SENAMROBIK TEO - BOLEH, CUMA...

25 Muharram 1432 H | 31 Disember 2010

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' NIk Abdul Nik Mat menjelaskan Islam membolehkan sebarang aktiviti di kawasan masjid selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam, dan ianya tidak terhad hanya kepada umat Islam sahaja.

Beliau turut menegaskan, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang kafir tidak pun dilarang untuk memasuki masjid kerana fungsi masjid itu adalah sebagai pusat segala kegiatan termasuk politik.

Ketika mengulas isu senamrobik Ahli Parliman Serdang, Teo Nie Ching, beliau menjelaskan menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam untuk menjelaskan peraturan dan kaedah dari segi Islam bagi sesiapa yang mengunjungi masjid agar kesucian masjid sebagai rumah Allah tetap terpelihara.


BN RAMPAS KEDAH - PAS TETAP PERTAHANKAN!

24 Muharram 1432 H | 30 Disember 2010

"Hasrat dan cita-cita beliau itu adalah sesuatu yang baik. Namun begitu, sekiranya pimpinan baru yang dilantik menerajui kepimpinan tidak dapat membuat reformasi yang lebih efektif dari kepimpinan terdahulu, maka adalah lebih baik teraju sebelum ini dikekalkan. 


"Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka."
- Harakahdaily 

APCO - APA ISU SEBENARNYA?

19 Muharram 1432 H | 25 Disember 2010

Ekoran tersiarnya akuan bersumpah Robert M.Shrum yang menafikan sekeras-kerasnya penglibatan APCO dalam penjenamaan 1 Malaysia, media pantas menjatuhkan hukuman bersalah khususnya kepada Anwar Ibrahim yang telah membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat.

Manakala pimpinan negara bermula dengan PM, TPM dan yang seangkatan dengannya saling saing menyaingi antara satu sama lain mengulas isu berkenaan bagi membuktikan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat, sentiasa beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab, dan sesekali tidak akan menggadaikan maruah negara.

Tidak mengapa, anggaplah apa yang dikatakan itu adalah benar, tiada satu pun yang salah melainkan benar-benar belaka. APCO tidak langsung terlibat dengan idea 1 Malaysia sebab PM pun sendiri, (walaupun agak terlewat) menjelaskan 1 Malaysia adalah ideanya sendiri.


'HANYA UMNO-BN BOLEH PERINTAH' SUDAH BERAKHIR

17 Muharram 1432 H | 23 Disember 2010

"Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan.
Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa.

Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini." - Harakahdaily

BERI PELUANG DULU, BARU TUDUH

17 Muharram 1432 H | 23 Disember 2010

Pas menasihatkan pemimpin UMNO-BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat. 


Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN.

10/100 - PAS BIDAS NAJIB, MUHYIDDIN

16 Muharram 1432 H | 22 Disember 2010
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti. Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan. Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan. Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

16 Muharram 1432 H | 22 Disember 2010


Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.
  1. Mengheret perasuah negara ke muka pengadilan dan membersihkan negara dari amalan rasuah
  2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Menstrukturkan pinjaman PTPTN untuk memudahkan palajar melanjutkan pengajian
  4. Memperkenalkan akta kebebasan maklumat - melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah, dan media 
  5. Mengutamakan kebajikan warga emas dengan menaikkan kadar bantuan yang lebih melegakan
  6. Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara
  7. Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00
  8. Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
  9. Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan 
  10. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas

RAYUAN SUMBANGAN PRK DUN TENANG

14 Muharram 1432 H | 20 Disember 2010

"Calon PAS akan bertanding PRK Dun Tenang. Tidak mustahil untuk menang, tetapi bukan mudah jalannya. Dengan KETAQWAAN, KESUNGGUHAN BEKERJA dan KESABARAN menghadapi CABARAN, InsyaAllah KEMENANGAN pasti akan tercapai.

PAS memerlukan bantuan sahabat-sahabat dari wang ringgit, tenaga dan doa. Marilah kita mulakan dengan menyalurkan bantuan kepada Akaun Perhubungan PAS Negeri Johor (BIMB : 01032010007572). Terima kasih sahabat-sahabat dan tolong edarkan kepada semua teman seperjuangan.


Daripada Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Nasionalisme Ala UMNO : Pelampung Bocor Di Tengah Lautan

14 Muharram 1432 H | 20 Disember 2010


"UMNO adalah umpama pohon yang sedang mereput akarnya, sekalipun mungkin kelihatan dari zahir daunnya masih merimbun, ia sebenarnya menunggu masa untuk rebah ke bumi.

Berkali-kali saya nyatakan, ancaman kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya hanyalah cerita dongengan UMNO, ia tidak lebih daripada cerita seorang pengembala kambing berbohong dengan bertempik menyatakan kambingnya dimakan oleh serigala. Kali pertama mungkin dipercayai, tapi kali seterusnya, bohong itu semakin tidak laku.

ISLAM TETAP AGAMA RASMI

13 Muharram 1432 H | 20 Disember 2010

Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung di bawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP. 


Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.


Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.


KONVENSYEN PR 2 - UCAPTAMA TG PRESIDEN

12 Muharram 1432 H | 19 Disember 2010

"Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insya Allah.

Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.


Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terima kasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini. 
Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan."

Ucapan penuh di sini

PIDATO DS ANWAR DI WANGSA MAJU


Ihsan Media Rakyat






KINI MASA UNTUK SERANGAN BALAS

11 Muharram 1432 H | 18 Disember 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dari berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu. 
Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

KONVENSYEN PR 2 - AMANAT TG NIK AZIZ

11 Muharram 1432 H | 18 Disember 2010

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat. Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

BERSEDIA HADAPI PRU13

11 Muharram 1432 H | 18 Disember 2010


Soalan 1:  Apakah harapan Naib Presiden sekalian terhadap konvesyen Pakatan Rakyat ke 2?
TITM: Harapan saya untuk konvesyen ini ia dapat ditumpukan perbincangan bagi melihat masa depan Pakatan Rakyat, khususnya sebagai persiapan PRU 13.Ia tidak seharusnya menjadi medan menoleh ke belakang atau menimbulkan polemik dalaman antara satu sama lain.

Pakatan Rakyat punyai agenda besar bagi membina keyakinan rakyat kepada perubahan. Agenda perubahan ini bukan sahaja perlu diharap keyakinan rakyat tetapi ia turut melibatkan persiapan kepimpinan yang meyakinkan.

Hubungan antara parti komponen yang telus, disamping sama melihat parti komponen yang saling memerlukan dan saling menguat boleh meningkatkan keyakinan rakyat. Konvesyen ini juga diharap dapat mencari kaedah mengatasi cabaran media perdana yang tidak berhenti menabur fitnah kepada negeri Pakatan Rakyat dan saluran info bagi rakyat.

NASIB GENERASI KEDUA FELDA

6 Muharram 1432 H | 13 Disember 2010

GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA DIMINTA MENYOKONG KERAJAAN UMNO-BN BAGI MEMBANTU AGENDA PEMBANGUNAN DI TANAH RANCANGAN FELDA..

PUTRAJAYA, 13 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkan golongan yang melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap Felda sebagai pengkhianat dan petualang bangsa.
Ini kerana kata Perdana Menteri, perbuatan mereka itu mencemarkan sebuah institusi yang begitu besar jasa dan budinya kepada masyarakat peneroka.
Justeru, beliau menyeru lebih dua juta warga Felda termasuk generasi kedua dan ketiganya di seluruh negara agar turut bangkit mempertahankan Putrajaya yang diterajui oleh kerajaan sekarang bagi menjamin kelangsungan perjuangan membangunkan tanah rancangan itu.



TETAPI APA YANG MEREKA DAPAT??? KERAJAAN UMNO-BN TIDAK PUN  BERCADANG MEMBERIKAN MEREKA TANAH FELDA PLANTATION...

KUALA LUMPUR 16 Jun. – Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan 340,882 hektar tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru peneroka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata ini disebabkan jika tanah itu diagihkan kepada kira-kira 1.6 juta generasi baru iaitu anak dan cucu peneroka, setiap orang hanya dapat 0.2 hektar seorang.
“Tanah kecil ini tidak ekonomik untuk diusahakan dan kedudukan yang berselerak tanpa kemudahan asas tidak sesuai untuk penempatan.

Komentar : Memanglah betul tidak ekonomik sekadar 0.2 hektar tanah, apa yang nak diusahakan? Tetapi janganlah kita mudah sekadar membahagikan keluasan tanah dengan jutaan generasi baru. Ambillah mereka yang amat memerlukan seperti generasi kedua yang telah berkeluarga dan memerlukan bantuan untuk memulakan penghidupan. Terlalu banyak cara dan perlaksanaan yang boleh dilakukan daripada hanya mudah memberikan alasan. Untuk generasi kedua Felda, buka-bukalah minda kerana anda terlalu cerdik untuk 'ditipu'.

PR DUN NEGERI PAKATAN - KAJI DULU

6 Muharram 1432 H | 13 Disember 2010


KOTA BHARU, 12 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cadangan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

Menurutnya, sama ada ianya wajar dilaksanakan atau sebaliknya, tindakan itu perlu dikaji terlebih dahulu khususnya terhadap kesan yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkenaan sekiranya ia dilaksanakan.

BN TEMPANG, PR JANGAN SELESA

3 Muharram 1432 H | 10 Disember 2010

Ahmad Lutfi Othman
Penangguhan pemilihan Umno yang dijadual diadakan akhir tahun depan, selama 18 bulan, seperti diumumkan presidennya, Najib Razak baru-baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Soalnya, apakah kita sudah berada di ambang kempen Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka paling sengit pernah diadakan tetapi sukar ditelan keputusannya nanti? Pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam Umno sering membawa petaka dahsyat, seperti berlaku pada April 1987, yang akhirnya menyebabkan ia diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

PRU13 - BERSEDIA SEMUA!

27 Dzulhijjah 1431 H | 4 Disember 2010



Daftar pemilih merupakan persoalan besar dalam sistem pilihanraya Malaysia, dan beberapa isu utama yang berlegar dalam isu daftar pemilih masih belum selesai.Ini termasuklah isu pengundi pos, ahli keluarga anggota tentera yang juga dikategorikan sebagai pengundi pos, isu pemindahan pengundi, penggundi yang bertindan dan sebagainya. Soal pembersihan daftar pemilih sentiasa dibuat. Ia dilakukan bilamana rang suku tahun dibentangkan untuk semakan dan bantahan.

Namun, ada dua isu utama di sini, iaitu tempoh bantahan yang sangat terhad, biasanya dua minggu untuk semakan dan bantahan sedangkan senarai rang daftar pemilih tersebut mengambil masa untuk diperolehi, menyebabkan sebahagian nama yang tersenarai tidak dapat disemak dan dibuat pembersihan.

Daftar pemilih yang akan digunapakai dalam sesuatu pilihanraya ialah senarai yang dibekalkan oleh SPR setelah selesai penamaan calon; seandainya terdapat beberapa nama yang dicurigai dalam senarai tersebut, maka parti tidak mempunyai hak atau kuasa untuk mengeluarkan senarai nama yang ada dan bantahan yang dibuat umumnya tidak akan dilayan.

Pangkalan data lengkap telahpun diwujudkan bagi semua pengundi di UPU telahpun ada, dan sistem SISPRO yang diguna telahpun memadai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki; namun tidak semua daftar isi rumah dapat diperolehi, terutama kawasan bandar dan pengundi yang bertukar alamat.

PERKUKUHKAN PARTI SEBELUM BINCANG JALAN KE PUTRAJAYA

24 Dzulhijjah 1431 H | 1 Disember 2010

Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BN dari setiap sudut. Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti di semua peringkat perlu memperkemaskan asas jentera, untuk digerakkan pada bila-bila masa. Senario yang ada memungkinkan PRU akan diisytihar lebih awal dari yang dijangka, memandangkan beberapa petunjuk yang ada.