Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



BUKAN 'STANDARD' PAS UNTUK HASILKAN BAHAN KEMPEN SEKEJI INI

30 Rabi'ul Awal 1432 H | 5 Mac 2011

Fitnah asam garam kehidupan UMNO-BN!
MELUCUKAN DAN MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI!!!

Tiada cetakan nama penerbit bukti kerja UMNO-BN
Mungkin itulah perkataan yang paling lembut boleh digunakan untuk menggambarkan betapa tidak cerdiknya kempen UMNO-BN di PRK Kerdau kali ini. Isu undi masuk PAS bukanlah dijaja oleh kepimpinan parti PAS malahan para penyokong parti juga tidak sesekali akan mengeluarkan fatwa sedemikian.

Adakah pencacai kempen UMNO-BN tidak belajar untuk membuat poster dengan lebih elok lagi? Sekadar menggunakan perisian 'Microsoft Word' untuk menghasilkan bahan kempen, itu bukanlah taraf PAS sebenarnya! 'Standard' petugas parti untuk menghasilkan bahan kempen akan menggunakan perisian yang lebih canggih seperti Adobe Photoshop dan Ilustrator. Bukan untuk membangga diri, tetapi fitnah UMNO-BN ini perlu ditunjukkan kebenarannya. Dan perlu diingat, setiap bahan yang dikeluarkan oleh PAS akan diletakkan juga nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang' sebagai penerbit rasmi.

Kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom lebih menyerabutkan keadaan: "Tindakan pemimpin PAS yang mengatakan sokongan kepada mereka akan dijanjikan syurga sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan."


Persoalannya siapakah pemimpin PAS tersebut? Di manakah fatwa tersebut dikeluarkan? Apakah ada bukti-bukti bertulis atau video untuk memperakuinya?


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah organisasi yang mempunyai autoriti untuk menghakiminya. Jangan terus biarkan UMNO-BN meracuni pemikiran rakyat, dan lebih bimbang akan menggugat aqidah umat Islam seluruhnya. Bertindak segera sebelum terlambat kerana sudah ada pun pengundi yang bercakap 'lebih rela masuk neraka daripada mengundi PAS!'

BERI DUIT SES TANPA SYARAT

30 Rabi'ul Awal 1432 H | 5 Mac 2011
"Hak peneroka jangan dinafikan."
Wang skim bantuan tanam semula getah (SES) yang berjumlah RM13,000 adalah hak peneroka tanpa perlu diletakkan sebarang syarat.

Sebaliknya Felda telah memberi tiga pilihan kepada peneroka yang membabitkan wang bayaran tanam semula setiap peneroka, iaitu:
  • Peneroka boleh mengambil RM 13,000.00 tetapi perlu membayar balik RM650 sebulan sehingga selesai hutang proses tanam semula ladang mereka

  • Peneroka menerima RM 6,500.00 (50%) tetapi perlu membayar semula RM500 sebulan sehingga selesai hutang

  • Peneroka tidak mengambil langsung wang tersebut dan hanya perlu membayar RM400 sebulan 
Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan Perdana Menteri yang meletakkan syarat-syarat tersebut adalah tidak adil.
Wang itu kata Mazlan seharusnya diberikan kepada peneroka, tanpa perlu menuntut sebarang bayaran balik kerana ianya sememangnya hak mereka.
"ANAK menyokong ketegasan peneroka dalam isu wang SES sebanyak RM13,000.00 yang kononnya mahu dibayar Isnin ini. Oleh kerana wang itu wang peneroka, peneroka boleh mengambilnya tanpa syarat. Ertinya, ambil RM13000 tapi tak perlu bayar balik RM650 sebulan," katanya.

"Jangan sesekali menandatangani apa-apa perjanjian berkaitan pembayaran semula wang tersebut!" tegas beliau lagi.