3 Rabi'ul Awal 1433 H | 27 January 2012
PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun tetapi belum mendapat hak milik.
PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun tetapi belum mendapat hak milik.
Azam, niat ikhlas dan keyakinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.
PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.
PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.
Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempuhi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Tanpanya, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda Plantations seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah.