Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



ISU KEMERDEKAAN - MARI BERDEBAT, RUNGKAI KEKUSUTAN

5 Syawal 1432 H | 4 September 2011

Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain, yang bangun menentang penjajah. Tetapi malangnya jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab.

Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek? Contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?


PAS hanya mampu ketawa besar apabila parti dituduh media perdana dan para pemimpin Umno sebagai penyokong komunis hanya kerana ingin membela tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air.

Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tiada titik persamaan!

Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS : "PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka."

SEJAUH MANA TAHAP SIAGA MISI KEMANUSIAAN DI SOMALIA?


Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yg beriman

5 Syawal 1432 H | 4 September 2011

SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi) kemanusiaan. Mereka tidak boleh lepas tangan.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata 
bapa  saudara Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

Seorang lagi bapa saudaranya, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.
“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik dan mereka seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.”


Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.

“Bagaimanapun ia sudah terlewat...” katanya
.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.

“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.


“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau. - themalaysianinsider