Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: KENYATAAN MEDIA TUAN GURU PRESIDEN
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



KENYATAAN MEDIA TUAN GURU PRESIDEN

ISNIN, 26 OKTOBER 2009 | 07 ZULKAEDAH 1430H



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

1 comments:

Anonymous said...

Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya mencetuskan idea UG dan seterunya menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.

Post a Comment