AHAD, 01 NOVEMBER 2009 | 13 ZULKAEDAH 1430H
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.
Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.
5 comments:
Salam Dato',
Memang benar dato' saya setuju posting dato' kali ini..Dalam maknanya tu..Terang lagi bersuluh..Tetapi tidak bolehkah dinding dan tiang itu sama-sama menjaga hak-hak tangga..
Ya ustaz!!!!
Saya menyokong kebenaran dan keperihatinan itu dan merayu agar semua tokoh dan blogger perihatin untuk meninggalkan perbalahan dalam kelambu(walaupun tabir kelambu sengaja disingkap) dan berusaha untuk fokus menggantikan BN untuk mentadbir pusat.
Seribu patah yang kita guna sekarang untuk bergosip dan menuduh rakan PAS dan Pakatan Rakyat. Lebih besar ertinya jika ditukar untuk berdakwah dan memberi penarangan kepada masyarakat.
dalam maknanya tu, ustaz. terimakasih lah ini cerita yang amat baik..
sangat menarik analogi yang terdapat dalam crite ini.. semoga ia dapat memberi pengajaran kepada kita terutamanya dalam gerak kerja Islam..
Beramal kerana Allah!!
Assalamualaikum Dato'....
Pengajaran daripada kisah itu cukup mendalam jika kita dapat menhayatinya dengan mata hati kita
Post a Comment