AHAD, 20 DISEMBER 2009 | 3 MUHARRAM 1431H
Peristiwa Hijrah terlalu banyak memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya dalam usaha kita memperjuangkan Islam di muka bumi. Salah satu perkara menarik yang sangat penting dijadikan iktibar ialah wujudnya beberapa golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an. Golongan ini sentiasa ada di sepanjang zaman, lantaran itu kita perlu mengambil iktibar dengannya:
- Golongan utama: iaitu mereka yang mula-mula berhijrah ke Madinah bilamana mendengar arahan dan perintah Rasulullah s.a.w. Mereka ini mendapat pujian dan sanjungan dari Allah bahkan Allah meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah.
- Golongan yang diberi kemaafan kerana uzur, tidak berupaya untuk hijrah samada kerana tua, kanak-kanak, golongan kurang upaya atau kerana tidak mengetahui jalan-jalan menuju Madinah.
Allah berfirman dalam surah an-Nisa’: 98-99,maksudnya : “Kecuali mereka yang tertindas samada lelaki atau perempuan dan anak-anak yang tidak berdaya dan tidak mengetahui jalan untuk berhijrah. Maka mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”
Tatkala turun ayat ini lalu berkata Habib bin Dhamrah al-Laithi seorang sahabat yang sangat tua, kepada anak-anaknya: “Tolong bawa aku ke Madinah, kerana Allah tidak mengecualikan aku, kerana aku bukan lemah ( masih gagah), dan aku juga mengetahui jalan menuju Madinah, sedang Allah hanya mengecualikan mereka yang tidak tahu jalan ke Madinah. Lalu anaknya membawanya keluar dari Mekah berhijrah menuju ke Madinah. Apabila sampai di Tanaiem, lalu ia jatuh sakit dan meninggal dunia. Maka peristiwa ini sampai ke pengetahuan sahabat-sahabat Rasulullah, lalu ada yang berkata: “Seandainya ia mati di Madinah, maka tentulah ia mendapat ganjaran pahala hijrah.”
Maka turunlah ayat: “Barang siapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kerana Allah dan RasulNya, kamudian ia menemui ajalnya (kematian sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka pahalanya telah ditetapkan disisi Allah, Maka Alah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang”.
- Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka.
Namun bilamana berlaku peperangan Badar, lalu Abu Lahab mengajak semua golongan yang ada di Mekah bagi membantunya. Keadaan ini menyebabkan beberapa orang yang telah beriman itu, menjadi serba salah, samada keluar ke Badar, bermakna berperang melawan Islam dan Rasulullah sedangkan mereka telah menganut Islam; atau terus berada di Madinah, iman mereka selamat.
Tetapi apa pula penilaian Abu Lahab dan pemuka Quraish? Lantaran tersepit dengan keadaan inilah menyebabkan mereka akhirnya keluar dengan pedang dan panah, bersama Abu Lahab dan Abu Jahal menuju Ke Badar, berperang bersama kumpulan yang menentang Islam. Lalu mereka mati dalam peperangan tersebut.
Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 97: “Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat (dalam peperangan Badar) dalam keadaan mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri, lalu malaikat menempelak mereka dengan berkata: “Bagaimana kamu ini?” Lalu mereka menjawab: “Sesungguhnya kami adalah golongan yang lemah dan tertindas di muka bumi.” Lalu Malaikat menjawab: “Bukankah bumi Allah ini luas sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Maka mereka ditempatkan di neraka jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
Maka kita hendaklah bimbang tentang fenomena ini berlaku di zaman kita. Wujudnya golongan yang telah memahami perjuangan Islam, bahkan telah merasa kemanisan dalam memperjuangkan Islam, namun dalam situasi tertentu mengambil sikap menyembunyikan penglibatan dalam perjuangan Islam; dikhuatiri nanti bilamana golongan yang menentang Islam akan libatkan mereka dalam perjuangan untuk mengalahkan Islam, maka mereka akan turut serta dan akhirnya mati dalam usaha menentang Islam, nauzubillah.
Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini dan menjauhi kita dari golongan ini. Amin.
3 comments:
tok tak nak cakap banyak tapi bila melihat tindakan pemuda pas kelantan terus-terusan mendesak arifahmi letak jawatan segera nampak sangat nak beri peluru hidup kepada musuh PAS membedil mereka habis-habisan.
bukannya lama 3 bulan tu...tok tak nampak isu ni boleh jejaskan PAS.Setahu tok isu ni kan dah selesai.
tok nampak ada jarum halus nak laga-lagakan ketua pemuda PAS Kelantan dengan arifahmi yang juga exco pemuda PAS Kelantan
Kalau dah pemuda PAS Kelantan berantakan,siapa nak pertahankan kerajaan PAS Kelantan yang diketuai tok guru nik aziz.
Nanti musuh PAS boleh pertikai dan cakap belum dapat royalti minyak dah gaduh-gaduh.
sekarang PAS Kelantan perlu bersatu padu di belakang tok guru nik aziz.
ingatlah kerajaan PAS Kelantan adalah tonggak kekuatan PAS macam umno di Johor.
buat apa gaduh sama sendiri.memang korang cakap tak gaduh sama sendiri tapi bila dah bersuara dalam media totok umno..apa ke jadahnya.rakyat akan ingat korang bergaduh
berfikirlah dengan bijaksana
eloklah korang semua solat hajat dengan tok guru nik aziz jumaat ni dan sama-sama berdoa minta dipertahankan kerajaan pas kelantan.
tok bukan nak sebelah arifahmi tapi dia juga ada hak untuk membela diri
kita kena ingat kita bukan macam umno yang seronok tengok sahabat sendiri jatuh.budaya cantas mencantas dah lama ada dalam umno
itu bukan budaya PAS dan jangan sekali-kali bawa budaya itu ke dalam PAS
Assalamulaikum
TG Dato Tuan Ibrahim dan sahabat perjuangan,
Semasa Ustaz Tuan pergi haji tahun lepas, AJK Masjid (Ustaz Naza) menjemput penceramah jemputan dari Setiu, Terengganu. kalau tidak silap, mantan ADUN Permaisuri dari PAS. Beliau menyentuh adab mesyuarat..
Permintaan saya ialah apakah judul kitab yang disyarahkannya?
moga ustaz naza, pak syeikh nazri atau tuan-puan boleh bantu saya
tokawang_sufi@yahoo.com
ridhwan, sandakan
KECEWA BETUL DENGAN LEMBAGA DISIPLIN PAS YANG BERAT SEBELAH....
HANYA KHALID SAMAD YANG DIGANTUNG...
HASAN ALI YANG TERANG LAGI BERSULUH PRO UMNO TU BEBAS....
JANGAN-JANGAN AWAK PUN TUAN IBRAHIM GENG "PERPADUAN" JUGA....
Post a Comment