Sumber : Harakahdaily
Pengerusinya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.
"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku. Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.
"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah."
Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh. Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.
"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah. Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.
Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil. Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.
"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
-
*Mohd Asmirul Anuar Aris**PANDANGAN PETANG*
SAYA telah diberi satu laporan aktiviti Amanah Kedah 2023/2024 yang
dibentangkan dalam konvensyen parti itu ba...
2 weeks ago
11 comments:
kedegilan merosakkan jemaah......
lebih baik anda masuk UMNO ler dari buat semak dalam PAS
kalau aku jumpa titm ni aku akan ludah muka dia sepuluh kali dan meminta malaikat melakukannya 10 kali ganda.
aku doa titm ini disiksa Allah s.w.t. dunia dan akhirat kerana menjadi hakim yg durjana di dalam jemaah Islam.
Sabar Tuan Ustaz...Allah bersama2 orang bersabar
Ustaz,
Isu sekrg : keputusan Jawatankuasa Disiplin Pas dilihat tidak adil oleh org ramai (kalaupon bukan ahli pas tp yg menyokong dan memberi undi kepada pas).
Itu isu utama..
persoalan sekrg : kenapa pihak2 berwajib tidak mengambil kira semua keadaan sebelum membuat keputusan yg besar???...
terma" BUKAN SAHAJA ADIL, MALAH DILIHAT ADIL" adalah amat penting didalam membuat sesuatu keputusan especially dlm melibatkan jemaah islam..
dan isu sekrg ia dilihat oleh ramai bahawa tidal adil....
nasi sudah menjadi bubur..
saya pasti ruangan blog Tuan bukan salah satu saluran utk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan JK Disiplin.
Tuan takut menghadapi kritikan dan realiti sebenar sebahagian besar akar umbi ahli. Segala saluran tidak dilayan, apa lagi pilihan yg ahli ada selain dibuat secara terbuka. Sedarlah diri. Wala' thiqa dsb adalah kalimah yg sebenarnya ingin menutup kelemahan pihak2 atas Pusat.
Lame!
cikun
kehendak pati ke usz kalu kptsn muktamar tak di ikut,,,,muktamar stakat nak prabis duit infak dari kami d kampung je ke..tlg geng brsamamu lagi brfaedah
ustaz mengecam ahli yang mengkritik secara terbuka kerana boleh menyebabkan persepsi salah terhadap jk disiplin.tapi uztas tidak terfikirpon hukuman dari jk dispilin telah merosak integriti PAS. faham fahm jer la ustaz
Tuan kata;"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah. Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," dan lagi,..."Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah,"
saya kata...apa yang payahnya.....
yang payahnya apabila hakim tidak adil, bias sejak dari mula lagi...payahlah jadinya. Kita nak ikut nafsu ammarah bi suk kita, walaupun bercanggah dengan keadilan. Lepas tu kita paksa pengikut dan orang ramai terima keputusan kita yang tidak bijaksana tersebut.
Kalau bangkai gajah mana boleh ditutup dengan pelepah kelapa aje!
Kami sebagai ahli yang bilis-bilis ni bosan dengan gelagat buaya-buaya yang sering menunggu peluang dan kesempatan. Ada kesempatan cantas, pecat, tekan, pulau supaya yang nampak macam boleh mencabar kita terus hilang lenyap. Lepas tu kita cap dia tak tahan diuji, tak istiqamah dan pengkianat dan sebagainya. Kitalah yang sentiasa benar, kerana di sana habuan sedang menanti apabila kita beroleh kemenangan. Jangan kasi peluang pada orang lain, kita bolot semua. Menteri Besar pun kita, timbalan perdana menteri pun kita. Nak apa lagi!
Teringat saya kisah Hang Nadim, nampak ada bakat je, terus dibunuh sebelum dia merampas takhta.
Kalau inilah sikap yang ditunjukkan oleh orang2 yang mengaku memperjuangkan gerakan Islam, alamatnya tak kemana la ia.
Ungkapan adil, kasih-sayang, ukhwah, mengutamakan orang lain dan lain2 kata yang indah2 itu, hanyalah penyedap kata saja, jauh dari penghayatannya.
Ahli2 yang ramai di bawah ini, masyarakat umum yang menyangka PAS itu parti orang2 yang mulia, suatu hari mereka akan tahu duduk sebenarnya perkara ini. Mereka semua sedang memerhati dengan penuh minat dan curiga. Orang ramai tak tahu niat di hati kita tetapi tindakan kita menggambarkan ketulusan atau penipuan hati kita.
Dulu Tuan beria-ia benar untuk menjadi pemimpin tertinggi sehingga terpaksa memburuk-buruk rakan seperjuangan tuan yang lain, tetapi apabila Tuan sudah dapat, Tuan kata tugas itu tidak sesuai dengan AJK PAS Pusat, tugas itu tidak sesuai dengan jiwa saya yang lembut dan macam-macam dalih lagi.
Saya cadangkan, tahun depan Tuan lawan untuk jawatan Presiden atau takpun Mursyidul Am. Kalau saya salah seorang perwakilan yang hadir ke mana-mana muktamar saya akan sokong tuan dengan kedua-dua belah tangan saya.
Pikullah semua jawatan2 itu untuk tuan sorang2. Manalah tahu, kalau kita mati akan dikenang sebagai orang yang banyak jasa, sebab banyak jawatan. Kalau kita tak mampu buat, kita cakap aje, jawatan tu tak sesuai dengan jiwa saya. Jawatan saya nak, kerja tak mau,... kita suruh orang lain buat.
Mulai sekarang tuan boleh hitung sudah berapa banyak jawatan yang tuan sandang. Tahun depan berapa banyak lagi yang kita nak capai. Hal itu mestilah difikirkan semasak-masaknya tahun ini, supaya perancangan ke arah itu dapat dilaksanakan, dan Tuan berjaya membolot sebanyak-banyaknya jawatan dalam pemilihan yang akan datang.
Semoga dato' diberikan kesihatan dan istiqamah dalam perjuagan Islam
daripada:
paskeningau
http://paskeningau.blogspot.com
Dato patut tarik diri daripada mengetuai Jawatankuasa Disiplin,
kredibiliti Dato telah hancur disebabkan kesilapan Dato sendiri,
Maruah Dato mungkin sedikit tercalar sekiranya Dato tarik diri daripada menjadi Pengerusi j/k Disiplin tetapi kredibiliti Jawatankuasa Disiplin pasti akan dijunjung.
Dato patut jangan jadi kambing hitam dan boneka kepada "mereka'. Saya harap Dato' membuat keputusan sesegera mungkin untuk melepaskan posisi Pengerusi J/K disiplin dan menyerahkan kepada orang yang benar-benar tiada "bias". Dato sendiri wajar cadangkan pindaan perlembagaan dan kemudian cadangkan Tun Salleh Abbas menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin.
Dato' saya tak salahkan Dato, tapi Dato jangan jadi bodoh untuk diperbudak dan diperguna oleh "mereka", Dato sendiri lebih tahu siapa mereka kan?
S/U Agung PAS telah menapis semua bukti-bukti sebelum menyerahkan kepada Dato. Beliau juga telah membuktikannya dan telah menyatakkannya. Adakah Dato masih dungu? Dan masih mahu jadi kambing hitam dan kuda tunggangan "mereka"
sekian
teguran ikhlas daripada anak muridmu, saya pernah menjemput dan bersama Dato dalam sebuah program. Insya Allah, saya akan jemput Dato lagi. Saya amat menghormati Dato tetapi saya amat kurang suka Dato Mustafa Ali yang mengkambinghitamkan Dato.
Bagus apa yang dikata, tapi aku nak tanya hang sikit dulu aku ada telefon hang nak mengadu sikit masalah tapi hang tak layan pun panggilan aku. Pemimpin Islam apa macam ni.
Post a Comment