Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PERPADUAN : BERGANTUNG KEPADA UMNO
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PERPADUAN : BERGANTUNG KEPADA UMNO

7 Sya'ban 1431 H | 19 Julai 2010


KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan Umno untuk menukar dasarnya kepada Islam.

“Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

“Pas selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama serta merekalah yang mengundi Pas atas nama Islam. Kalau tidak masakan Pas dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu,” kata Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau mengulas isu perpaduan antara Pas dan Umno apabila baru-baru ini dilaporkan bersetuju untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara itu.

Namun Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata pertemuan itu bukan untuk membincangkan politik sebaliknya akan bertumpu kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat. -
(Sumber : Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment