TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan insiden 11 September sebagai alasan untuk menakluki Afghanistan dan Iraq.
Mahmoud berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York yang menekankan jumlah angka kematian tentera dan orang awam yang kian meningkat akibat perang anti-keganasan dilancarkan AS di Afghanistan serta Iraq.
“Dilaporkan kira-kira tiga ribu orang menjadi mangsa serangan 11 September, namun ratusan ribu orang terbunuh di Afghanistan dan Iraq, jutaan lagi cedera serta hilang tempat tinggal dan konflik itu masih berterusan,” kata Mahmoud.
Beliau turut sangsi dakwaan kerajaan Amerika terhadap serangan 11 September yang dilakukan “kumpulan pengganas yang sangat berkuasa hingga mampu mengatasi semua tahap kawalan keselamatan dan perisikan AS itu. Menurutnya, walaupun AS mengemukakan pelbagai alasan tetapi banyak pihak percaya serangan itu didalangi kerajaan AS bagi memulihkan ekonomi yang semakin merudum dan cengkamannya di Timur Tengah dalam usaha untuk menyelamatkan regim Zionis. Presiden Iran itu berkata, langkah AS mengerah angkatan tentera ke Afghanistan dan Iraq untuk berperang hingga mengakibatkan ratusan ribu orang terkorban semata-mata sebagai perang terhadap kumpulan pengganas nyata tidak rasional.
Mahmoud turut mengecam isu penaklukan Israel ke atas beberapa wilayah Palestin melalui tindakan ganas rejim Zionis terhadap penduduk Gaza dan Lubnan yang disokong dunia Barat. “Kehidupan rakyat Palestin yang hilang hak kebebasan dan keselamatan selama 60 tahun di bawah undang-undang rejim Zionis tidak dihiraukan sementara penakluk yang angkuh diberi pengiktirafan,” ujar Mahmoud. - Agensi
Sumber : Harian Metro
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
-
*Mohd Asmirul Anuar Aris**PANDANGAN PETANG*
SAYA telah diberi satu laporan aktiviti Amanah Kedah 2023/2024 yang
dibentangkan dalam konvensyen parti itu ba...
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment