12 Dzulka'edah 1431 H | 20 Oktober 2010
(Admin : Kisah ini tiada kaitan dengan pembinaan Warisan Merdeka, tetapi hanya sebagai bahan bacaan untuk menyelami kisah dan tauladan para pesuruh Allah)

Dan berkatalah Firaun : "Hai Haman buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...." (al-Mu'min; 36-37).
Pada suatu hari, Firaun menitahkan para menteri serta pemimpin di Mesir berkumpul di istananya. Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman supaya mengetuai pertemuan tersebut.
Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah. Firauan mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam.
Sebaik sahaja semuanya berkumpul, Firaun terus berkata : "Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?"
"Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku," kata Haman.
Firaun berkata dengan marah: "Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit."
"Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong," jawab Haman.
"Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta!"
Firaun menoleh ke arah Haman lalu mengeluarkan perintah kepadanya: "Aku mahu engkau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?"
"Aku akan melaksanakan perintah tuanku itu. Aku akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang kayu dan batu untuk membinanya," janji Haman kepada Firaun.
Setelah bertungkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya di bawa anak panah kepadanya. Anak panah itu di panah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit.
Dengan bangganya Firaun berkata : "Lihat, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa. Tuhan Musa telah mati di tanganku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul."

1 comments:
Assalamu'alaikum, ustaz. Saya rasa kisah ini drpd tafsir Anwar Baidhawi. Saya baca kisah ini semasa saya sekolah rendah dulu. Saya cadangkan utk semak semula kesahihan cerita ini. Saya pernah menyemaknya dan cerita ini dikatakan cerita Israiliyat berdasarkan risalah pdf UKM ni. http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis26-02.pdf
Post a Comment