Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PRU13 - BERSEDIA SEMUA!
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PRU13 - BERSEDIA SEMUA!

27 Dzulhijjah 1431 H | 4 Disember 2010



Daftar pemilih merupakan persoalan besar dalam sistem pilihanraya Malaysia, dan beberapa isu utama yang berlegar dalam isu daftar pemilih masih belum selesai.Ini termasuklah isu pengundi pos, ahli keluarga anggota tentera yang juga dikategorikan sebagai pengundi pos, isu pemindahan pengundi, penggundi yang bertindan dan sebagainya. Soal pembersihan daftar pemilih sentiasa dibuat. Ia dilakukan bilamana rang suku tahun dibentangkan untuk semakan dan bantahan.

Namun, ada dua isu utama di sini, iaitu tempoh bantahan yang sangat terhad, biasanya dua minggu untuk semakan dan bantahan sedangkan senarai rang daftar pemilih tersebut mengambil masa untuk diperolehi, menyebabkan sebahagian nama yang tersenarai tidak dapat disemak dan dibuat pembersihan.

Daftar pemilih yang akan digunapakai dalam sesuatu pilihanraya ialah senarai yang dibekalkan oleh SPR setelah selesai penamaan calon; seandainya terdapat beberapa nama yang dicurigai dalam senarai tersebut, maka parti tidak mempunyai hak atau kuasa untuk mengeluarkan senarai nama yang ada dan bantahan yang dibuat umumnya tidak akan dilayan.

Pangkalan data lengkap telahpun diwujudkan bagi semua pengundi di UPU telahpun ada, dan sistem SISPRO yang diguna telahpun memadai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki; namun tidak semua daftar isi rumah dapat diperolehi, terutama kawasan bandar dan pengundi yang bertukar alamat.


Walaupun pilihanraya umum sudah hampir, pengenalan calon-calon yang bakal bertanding di setiap kawasan parlimen dan DUN belum berlaku. Calon mesti diuji untuk kerja-kerja parti jauh sebelum pilihanraya dan mengutip input kehendak rakyat sesuatu kawasan bagi memastikan perkara yang akan terkandung dalam manifesto musim pilihanraya adalah suara rakyat.

Penduduk di kawasan pedalaman sukar faham manifesto peringkat nasional tentang keburukan pemimpin BN dan kaitan dengan mereka tetapi faham jika kita bekerja untuk membina jambatan,jalan tar dan sebagainya.
Bagaimana PAS sedang menyiapkan diri ke arah itu?

Isu calon untuk diketengahkan lebih awal adalah isu lama yang sentiasa dibincangkan. Ada pelbagai pandangan pro dan kontra nya. Ada pihak menganggap calon adalah strategi dalam pilihanraya, dengan anggapan musuh akan menyusun pelbagai bentuk serangan ke atas peribadi calon, seandainya calon diketahui lebih awal.

Saya setuju agar bakal bakal calon dapat diturunkan dalam masyarakat lebih awal, duduk dan bergaul dengan masyarakat, bahkan inilah yang sepatutnya dimainkan.


Namun untuk war-warkan ‘bakal’ calon adalah sesuatu yang sangat sensitive, kerana ia akan mengundang pelbagai kemungkinan, seperti bantahan beberapa ahli, digugurkan, ditolak oleh kepimpinan parti dan sebagainya.

Akan tetapi, saya lebih suka agar pimpinan parti melaksanakan tanggungjawab peribadi untuk mendekatkan dirinya sebagai pendakwah untuk membantu dan bergelumang dalam masyarakat; bukan calon ‘payung terjun’ yang hanya turun di musim pilihanraya.

Isu merokok sering timbul bila pemilihan calon dalam PRK/PRU. Sejauh manakah ini menjadi satu isu kepada parti dan jamaah kerana masih ada pimpinan PAS yang merokok?

Isu merokok adalah isu akhlak, ia menjadi kayu ukur asas bagi individu Muslim untuk beramal dengan nilai-nilai murni dalam ajaran Islam.

Ia bukanlah masalah utama, dan lebih bersifat mendidik dalam isu pemilihan calon yang seringkali ia ditimbulkan.
Al-hamdulillah, sudah ada perubahan semakin ketara dalam parti, khususnya pimpinan yang ada, kesemuanya hampir tidak ada yang merokok. Ini adalah kejayaan kita dalam usaha membina generasi pimpinan yang meninggalkan perkara yang tidak baik untuk diri dan persekitaran mereka.

0 comments:

Post a Comment