Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...

RABU, 03 FEBRUARI 2010 | 18 SAFAR 1431H

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bila mana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bila mana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markas PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum dan berbual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya menghubunginya di luar negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bila mana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada
YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan, tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikut kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan.
Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang
sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya
cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar
surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau. Sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau ke luar negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak
massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tidak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosedur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur
perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal
penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti
atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya;
dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam.

45 comments:

suhaizankayat said...

Teringat saya semasa berucap di Seminar Memperkasakan Parti lepas;

" Dato Tuan Ibrahim adalah permata kepada parti. Kita bimbang jika ada pihak tidak puas hati dengan keputusan J/K Displin maka Dato Tuan Ibrahim akan menjadi mangsanya. Oleh itu PAS Johor mencadangkan Pengerusi J/K Displin dilantik dpd ahli vateran PAS".

Suhaizan Kaiat

Ratusan Kuliah MP3 said...

Jazakallah, pandangan serta penjelasan yg kemas, terhormat dan paling baik Syabas!

Anonymous said...

Penjelasan tuan mengarut.
jauh menyimpang dari kebenaran yang perlu ditegakkan.

Tuan sendiri tidak telus. Tuan sendiri tidak berilmu di dalam undang-undang apatah lagi di dalam kehakiman.

Tuan sendiri bersifat bias dan berat sebelah.

Tuan sendiri telah melanggar Perlembagaan dengan menerima perlantikan sebagai Pengerusi J/K Disiplin.

Tuan sendiri tahu bahawa kedudukan Tuan tidak sah.

Tuan bertanggungjawab diatas diatas perlakuan tuan yang merosakkan jemaah.

Apakah Tuan memikirkan hanya tuan saja yang berjuang memabtu jemaah, yang lain tidak?

Ingat, Allah tidak tidur.

dILA said...

Tuan Ibrahim,

Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi MESTI DILIHAT dilaksanakan.

masalahnya kebanyakan rakyat tidak melihat bahawa keadilan telah dilaksanakan, malah kami melihat bahawa kezaliman & penganinyayaan telah berlaku keatas saudara Khalid.

kerana ramai orang komplain, mungkin Tuan Ibrahim perlu perlapang dada & melihat KENAPA kami rasa/fikir begiti. Janagnlah hanya salahkan orang sahaja!!!!

ahli pas selangor said...

taapa kalau komen saya tidak di siarkan.

masalahnya ustaz,hukuman pada YB khalid saya rasa ramai tidak mempertikaikan,malah YB khalid pun tidak melenting atas hukuman itu TAPI

kenapa hukuman kepada DR hasaan terlalu ringgan walhal punca nya adalah beliau.


sekiranya hukuman sama di jatuhkan pada dr hassan, ana rasa tak ramai yg akan mempertikainya walaupun mesti ada yg tidak puas hati.

soal tapisan melalui su agong lantikan dari awal ramai yg mempertikai kewibawaan beliau dr banyak sudut.

macam ni la ustaz,untuk kebaikan PAS dengarla rintihan kami di bawah ini,kami tidak ada cara lain selain melalui internet.pimpinan yg ada mungkin tidak berani spt kami kerana kami hanya tahu untuk kemenangan islam dan pas,tiada jawatan atau kepentingan jawatan itu saja.

lagi satu ustaz,bagitau la PRES jangan metereganukan semua jawtan lantikan.tak elok macam tu.

Pemuda Gombak said...

Tahniah Ustaz!

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Meneliti perkembangan yang berlaku hari menyebabkan saya rasa lemah longlai apabila sesama jamaah mencincang lumat sedang musuh tersenyum puas tanpa perlu mereka berhempas pulas merosakkan jemaah.

Terlintas juga difikiran saya, apakah kita sudah melupakan adab dan akhlak yang telah ditekankan oleh baginda Rasul saw.

Kecewa? Memang saya kecewa dengan mereka yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu segala adab dalam berjemaah. Lebih pedih lagi apabila ianya diqudwahkan dari pimpinan jemaah itu sendiri.

Selaku anak muda saya sedih dengan apa yang kita hadapi hari ini.

Keghairahan kita sampaikan kita lupa bahawa kita bukanlah semata-mata sebuah parti politik bahkan kita lebih besar dari itu tuntuk menjunjung risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Ummah kian parah dari sehari ke sehari. Apakah masih ada ruang buat kita berbunuhan sesama kita. Kalau beginilah, sungguh kita amat malang dan rugi besarlah ummah.

Buat Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim, teruslah melangkah megah dan gagah. Kerana kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Iman dan Islam. Kita adalah pejuang Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil bagi kita. Kita tidak pernah keseorangan.

Salam Perjuangan.

ALLAHU AKBAR!

puteri bulan said...

semoga Allah terus memberi kekuatan kepada semua jentera parti. Berlapang dada lah atas setiap keputusan yg telah dibuat oleh orang yang telah diberi amanah.

ahmad said...

Sheikh, UMNO tak perlu menyerang PAS kerana agen dan trojan mereka sudah bertapak lama dalam pimpinan PAS - untuk memporak-peranda dari dalam.

Yang perlu buka hati dan minda untuk menyaksi. TGNA bila sebut nama-nama (Sampah) bukan dengan nafsu.

Oleh itu elak jadi kuda tunggangan.

Unknown said...

salam ustaz,

keadilan perlu dilaksanakan dan rakyat mesti melihat ia dilaksanakan!!!

dalam kes ni, rakyat dan majoriti ahli PAS melihat ianya tidak dlaksanakan.

JKD ada hujah,... namun hari ini rakyat sudah tidak bodoh menerima hujah secara mrmbuta-tuli dan menelan bulat2 apa yg dikatakan... action speaks louder than words!!!

apa silapnya???

saya setuju memaparkan maklumat parti adalah satu kesalahan, namun cubaan bersekongkol dgn Umno jauh lebih mudarat... saya andaikan ustaz celik IT krn mempunyai blog sendiri.... ustaz tak dengar ke hasil perbualan dlm perjumpaan Hassan Ali dgn blogger pro-Umno di rumah beliau???

memang benar tuduhan yg dikenakan adalah berlainan.... tapi takkan la senaif itu sikap ustaz dan ahli lembaga JKD lain???

ingatlah ustaz, rakyat benci umno krn kezaliman dan ketidakadilan... jgn sampai ada masa ahli PAS malu mengaku jd ahli parti yg mengaku memperjuangkan ISlam tapi tindakanya jauh tidak adil walau pada ahli jamaah sendiri!!!!

mungkin ustaz kata musthil ahli PAS bersikap begitu. Peru diingat, dulu pun ramai yg menyangka PAS adalah parti yg berlainan dgn Umno baik dari segi dasar ataupun tindakan. Nahh!!!! sekrang macam 2 kali 5 saja. Apa yg ditunjukkan oleh pimpinan PAS pasca PRU 12 menjelaskan segalanya. Mujurlah ada Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pimpinan lain yg bijak dan cepat2 melakukan damage control.

setiap ahli dan tidak terkecuali pimpinan perlu patuh pd disiplin, tapi bagaimana dengan pimpinan yg lemah dan lebih buruk dilihat khianat??? Terselamat???

Bagaimana nak menggunakan saluran parti jika org yg menjaga parti pun seakan ada agenda peribadi??? Laporan dah lama dihantar tapi tiada tindakan??? Adakah PAS mahu meng'kasi' minda jamaah spertimana yg dilakukan Umno lebih 50 tahun lalu pd minda rakyat???

Ustaz dgn kuasa yg ada boleh mengenakan tindakan pd siapa saja ahli jamaah yg dianggap melnggar disiplin parti.... buatlah...

padahnya akan ditanggung parti pd PRU 13 nanti...

Saya minta maaf pada ustaz. mungkin saya terkasar, namun percayalah...rasa kecewa ahli dan rakyat sedang membuak2 dan saya harap ustaz faham.

abuhassan said...

Assalamu'alaikum.....az stuju dengan ap yg ust utarakan....nyata sekali Allah sangat sayang kpd Jemaah Islam kita.an harap ustaz dapat bersabar..pasti besar hikmah yg Allah nak tunjukkan kpd kita semua..smg Allah mengampunkan kesilapan kita dan kesilapan sahabat seJemaah kita serta memberi hidayah kepada jemaah kita dalam menegakkan ketuanan islam di Malaysia khisusnya...sgala kekhilafan pasti menemui jawapan kelak...tabarakallah ya ustaz..mohon u copy artikel ustaz..

Anonymous said...

Salam dato'

saya amat menghormati dato dan menyanjungi dato seadanya sehinggalah berlaku peristiwa ini , mungkin saya adalah salah seorang manusia yang kesal seperti mana kesalnya sahabar ke atas perlucutan khalid al-walid sebagai panglima islam.

hingga kini saya masih berdukacita walau hakikatnya pahit untuk menerima keputuan itu, rakyat melihat keadilan dan mungkin tidak dapat diluhat dari sudut pandang yang rendah,

justeru untuk memulihkan dan menjernihkan seluruhnya fitnah dan tohmahan serta kekecewaan ke atas pas maka hendaklah dato dan jk disiplin menjelaskan dan membuka laporan sisatan dan rahsia siasatan supaya rakyat jelas dan dapat melihat keadilan islam.

Moga saya diampunkan Allah ATAS KEKECEWAAN SAYA INI atas darihal kejahilan saya, bersama saya saya yakini beribu-ribu ahli pas lain yang turut sama, moga ada hikmah yang berlaku atas kejadian ini. MOGA ALLAH MENGAMPUNI DAN MEREDHAI UST.

Ahmad Rosdi Bahari said...

Salam,
Syukur Alhamdulillah sebagai ahli PAS berasa lega di atas keputusan Lembaga Disiplin, walau apapun keputusannya.

Proses ini nampaknya dapat mengukuhkan PAS. Yang bersalah telah mengakui kesalahannya, semoga mereka diberi kekuatan oleh ALLAH terus berjuang hingga mencapai jannatul firdaus.

Ahli PAS pula diminta memerhati dan berhati-hati dengan orang-orang seperti Abdullah itu. Bukan sekadar dia, sebenarnya ramai lagi yang sealiran dengannya.

Moga ALLAH hancurkan golongan munafik dan seluruh sekutu mereka.

Wala sangat said...

Dato, tak sesuai lah jadi pengerusi disiplin ni..
sebab:
1. keputusan lambat dapat macam geng UMNO.
2. Pro UG diringankan hukuman, kenapa Dato,?

Anonymous said...

nampaknya satu lagi jawatankuasa disiplin bolehditubuhkan bagi mengadili jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh tuan.
kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Salam, ustaz.. saya sebagai ahli biasa, sebenarnya amat bercelaru. persepsi saya; sebelum pru12 PAS secara pukal konsisten melawan musuh politik bernama Umno.. kenapa selepas menggapai sekelumit kemenangan, PAS sudah hilang ump!! dalam melawan Umno?? kedua, bolehkah kita buat taklimat masalah dalaman kepada blogger Umno? Kami sayang ustaz, ustaz adalah pemimpin masa depan, percayalah, harapan kami amat menggunung.. ustaz boleh jadi orang tengah dalam menyelesaikan semua masalah dalaman kita.. tetapkan pendirian ustaz dan jangan sampai ada sesiapa yang menggunakan ustaz untuk kepentingan tersendiri.. Allahu Akbar!

Anonymous said...

Ustaz, teruskan perjuangan ustaz.
InsyaAllah golongan muda akan terus bersama Ustaz.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..
Ana doakan mudahan-mudahan Allah Ta'ala memberi kekuatan kesabaran kepada Dato'untuk terus menerajui kepimpinan Pas..Amiin

anak_jitra said...

Penjelasan yang sebenarnya tidak perlu dilakukan tetapi terpaksa dilakukan disebabkan ahli jamaah yang semakin galak percaya kpd blog dan hearsay......Terima kasih dan tahniah ustaz....Ustaz dah jalankan tugas ustaz dengan baik untuk jamaah....Rapatkan kembali saf kita

Kembalikan Islam yang ADIL said...

PAS pun dah jadi mcm ameno dah pakcik man oit.

Nak ambil tindakan bagilah adil.

Ni jwtnkuasa pas ni celah mana pya perlembagaan pas pakcik cilok? ke baru buat?

Set2 UG mmg jenis x sedar diri. Pakatan Rakyat kena la kuat! Bangun dengar suara kami!!!

Anonymous said...

semoga keputusan itu yang terbaik, insyaallah. semoga Allah memberikan kekuatan kepada ustaz untuk terus menjawat jawatan berkenaan. amin.

Unknown said...

Menuntut keadilan tidak menyusahkan jamaah (Please click)

Pembantu Pejuang said...

assalamualaikum ustaz.. sabarlah ustaz.. akhir zaman ni serangan dari orang Islam (Pas) sendiri dan orang Islam (UMNO) akan berterusan.. kalu begitu, orang Pas ni ada masalah tarbiyah lah jugak.. berani cakap, kena berani berdepan bila diperlukan.. ahli Pas Tawau..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum... Ust ! saya doakan ust terus diberi kekuatan,semoga Allah menthabatkan kita dalam perjuangan dan membersihkan musuh-musuhnya... salam perjuangan buat Ust.

sedih hati said...

salam dato...malang bagi pas bila budaya cumno mula meresap//akibat salah 3 durjana pas habis pas berpecah..saranan tgna tak diikuti..wala apa ni...ana tak nafi cukgu pa banyak berjasa pada pas tapi jgn la sampai nak control org pulak.Pas bukan parti bapak dia..percayalah,...AKAR UMBI PAS KHUSUSNYA DI SELANGOR MENOLAK KEPIMPINAN HASAN ALI DAN CIKGU PA..jgn hancurkan pas...tolonglahhh jgn jadi sebahagian dari senarai sejarah ahli pas yang khianat dan celaka,,percayalah kami x kan memaafkan mereka.mereka naik pun sebab akar umbi bukan nya kemaruk nak ke mereka

Anonymous said...

Nak tahu kenapa puak UMNO tak serang pak aji??? sebabnya keputusan pak brahim adalah selari dengan kehendak mereka, buat apa mereka bising?

Takkan benda itu pun tak boleh nak pikir pak brahim...... tak tahu ker buat2 tak tahu....... atau ada masyuuuuuk kot. tuan brahim...tuan brahim. kerja buat kita kenalah ikhlas kerana ALLAH.

alzinki said...

Salam alaik.Kepada ayahda ku Tuan Ibrahim Tuan Man,saya harap ayahda bersabar dlm menghadapi dugaan ini. Saya yakin dan percaya ayahda cukup telus & amanah dalam memikul tanggunjawab mendisplinkan ahli gerakan.Biarlah apa pun orang nak kate yg penting skali kite ikhlas dlm melaksanakan amanah tersebut. Selepas kite berusaha,kite serahkan segala2nya terhadap Allah Subahanahu Wa Ta'ala kerana dia sahaja yang Maha Mengetahui & Maha Adil. Anakanda sarankan agar ayahda membiarkan sahaja tohmahan itu.Kite adukan kesakitan dan keperitan itu hanya kepada Allah. Dan kepada mereka2 yg terlibat dgn tohmahan ini,saya anjurkan sahabat2 skalian bertaubatlah dgn segera, takut2 tohmahan & celaan itu akan mengundang kemurkaan Allah.Ape yg lebih buruk lagi Allah akan hapuskan dia dr terus berada dalam jemaah yg mulia & berdisplin ini. Buka & rujuklah kembali bagaimana kisah yg berlaku ke atas Kaab Bin Malik bersama kawan2nya dlm menerima Iqab dr Rasulullah.Kita hanya digantung jawatan & diberi amaran sahaja tetapi masih bleh bergaul dgn sahabat2 & pemimpin2 kite.Tetapi Rasulullah menghukum Kaab dgn diminta utk semua para sahabat n masyarakat memulaukan dia selama 40 hari 40 malam hatta isterinya sendiri.Namun lihatlah ketabahan Kaab dlm menerime hukuman itu,dgn sbb dia berjaya melalui iqab itu,Allah menjadikan dia sebagai seorang yg semakin hebat dlm memperjuangkan Islam.

Daftar syarikat said...

Salam admin/webmaster,

Sila benarkan pembaca berhujah, biarlah komunikasi dua hala.

Kalau hujah tak nak disanggah, buat saja kat pentas ceramah atau markaz. Kita ni nak pimpin Pas saja atau seluruh manusia?

Wassalam.

Daftar syarikat said...

Salam Ustaz,

Pada saya, ustaz tidak berlaku adil dalam JKD.

Buktinya jelas. Semua orang tahu. Minta Ustaz jelaskan setiap isu yang ditimbul akibat keputusan daripada JKD satu persatu.

Kenapa harus mengugut/melekeh orang yang mengkritik? Lihat pada isinya.

Saya mohon maaf, harap ustaz paham.

Anonymous said...

Ust Tuan Ibrahim pun jawab ikut blog. Hari tu marah orang guna blog untuk bincang hal parti. PAsni, jangan marah orang guna blog lagi ye.

Anonymous said...

assalamualaikum Dato'...
penjelasan yg begini panjang pun tidak akan diambil perhatian oleh org2 yg kecewa dan org2 yg berkepentingan apatahlagi bagi org2 munafik dalam jemaah.

senariao ini kita terlalu mudah bagi mereka buat sampah terus tinggalkan dan bagi org lain bersihkan.

Serangan demi serangan kpd Ust secara peribadi juga memperlihatkan diri mereka ini dari kumpulan org2 kecewa bahkan sebenarnya mereka itu memang kecewa dan berdendam.

Tulang besi atau nama penuhnya abdulrahman talib juga merupakan bekas pembantu khas Dr Hassan Ali yg kuat mengkeritik ust dan Dr Hassan Ali jelas memperlihatkan dendam kesumatnya.

Kami diselangor tahu apa perangai dan siapa tulangbesi itu.so jangan layan budak ni...

ana setuju dgn penjelasan ust bahawa segala laporan salahlaku perlu disiasat oleh S/U agong atau mana2 entiti dlm parti terlebih dahulu. jika ada kes barulah dibawa kpd JK Disiplin untuk kemukan pendakwaan... takanlah prosidur yg mudah ini mereka tak faham? tak faham kerana hati mereka itu sakit dgn dendam dan kesumat yg dibisik oleh syaitan.

telalu banyak penghinaan yg ust terpaksa lalui ekoran keputusan yg dibuat oleh JK Disiplin namun diharapkan ust terus bersabar dgn ujian ini dan moga Allah terus memberikan hidayah kpd ust untuk terus berjuang.

Birkanlah mereka dirasuk perasaan kecewa dan dendam kerana akhirnya mereka akan menjelmakan diri mereka sendiri sebagai parasit parti dan jemaah.

Anonymous said...

saya berharap dato tidak seperti pemimpin pas yang lain sering menyalahkan umno-bn.

Kamal Ariff b. Mohd Bakri said...

assalamualaikum....syabas kerana ust sabar dan tabah diatas dugaan seperti ini. Hakikat yang mereka harus ketahui bahawa tidak semua perkara dapat memberikan kepuasan kepada hati masing-masing. Taatilah kepimpinan selagi mana ia tidak melanggar hukum-hukum syara.

Anonymous said...

Semoga Ustaz dirahmati Allah s.w.t....Ana sokong ustaz

Bukan Ahli PAS said...

Berani kerana benar takut kerana salah. Laksanakan tanggungjawab Dato samada terhadap lawan mahupun kawan dengan penuh rasa keyakinan dan jangan disulami dengan rasa was-was.
Tetapi yang paling menarik dalam tulisan Dato ialah kalau anda tidak dapat membantu jamaah janganlah menyusahkan jamaah. Mendalam sekali maksudnya dan boleh diibaratkan siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.
Tahniah Dato atas ketegasan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Anonymous said...

ustaz juga tidak membantu jemaah atas keputusan yg berat sebelah dan jelas telah dirancang. definisi 'adab' ustaz dan ahli2 pas yg membantah penghukuman kes ini juga berbeza. tapi, mgkn ustaz merasakan definisi 'adab' ustaz ini lebih mulia dan superior, bukan?

Unknown said...

Assalamualaikum Datuk,
Datuk macam terlalu dangkal dalam politik, bila UMNO tidak menyerang maksudnya keputusan JK senada dengan apa yang dikehendaki oleh UMNO. Bila ahli PAS sendiri yang menyerang, maknanya JK tidak mampu menghuraikan kemelut yang berlaku dan tidak bijak mengambil keputusan. Semua mata memandang ke arah JK, takkan la alasannya hanya dengan berkata jika diterangkan akan menambah kekusutan lagi, ada ke hujah mcm tu? Datuk jangan terlalu memandang bodoh terhadap ahli PAS seolah olah kalau diterangkanpun ahli takkan faham. Jangan pula berhujah ahli tidak faham sedangkan penerangan tidak diberikan. Itu semua pandangan dan pemikiran lapuk. Ketinggalan zaman. Zaman sekarang apapun hujah yang baik dan munasabah akan dapat diterima ahli dengan hati terbuka.
Persoalannya sekarang kenapa 90% penulis blog yang selama ini berjuang membela PAS, tiba2 mereka sangat tidak berpuashati dengan keputusan JK.Apatah lagi pandangan ahli bawahan. Apakah mereka terlalu tidak bijak berfikir atau JK terlalu advance dalam berfikir.
Sebelum EGM berlaku, semua mata memandang PJ selangor seolah duri dalam daging dan menikam kerjasama PR. Perangainya juga memalukan ahli PAS sendiri. Menggambarkan seolah olah PAS yang berjuang Islam tidak boleh dipercayai dan menikam belakang. Persoalan Khalid Samad sebenarnya satu faktor yang lain dan seolah berasingan dengan isu EGM. EGM yang dicadangkan adalah kerana Hasan Ali, Nasaruddin dan Mustafa Ali. Bukan EGM terhadap Khalid. Bila keputusan JK menjadi sebaliknya seolah olah secara ringkasnya keburukan Hasan Ali itu hanyalah fitnah dari Khalid. Itulah yang cuba digambarkan oleh JK. Kebanyakan ahli tahu tentang pertemuan blogger UMNO dengan Hasan serta Nasa. Semua juga dapat mengesan dari nada dan intonasi percakapan mereka. Mereka menyebut "PAS" seolah olah pada ketika itu mereka bukan orang PAS. Cubalah datuk teliti dan dengar baik2.
Suka juga saya memberi peringatan yang datuk sendiri telah arif tentangnya bahawa sangat jarang hakim masuk syurga.
Moga semua ini menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada kita semua.
Tanyalah diri datuk sendiri, apakah selama ini datuk berjuang dalam PAS, ahli PAS pernah rasa tidak puashati seperti ini? Kalau tidak, renung renunglah apa sebabnya.

ramziredang

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

Assalamualaikum YB Dato'

Bersabarlah Dato'
yang penting Dato' buat perkara yang dirasakan betul
rambut sama hitam, hati lain-lain
kita tak boleh memuaskan hati semua orang :)

Anonymous said...

a kum. ana rasa elok juga dibincangkan kes abdullah karim ni dlm ajk tatatertib. sbb kita x nak ada duri dlm daging

Anonymous said...

Komen dari komen

Alhamdulillah, saya sokong 100% hujah dan artikel YB Khalid Samad. Macam komen saya terdahulu, saya amat mengagumi KS kerana prinsipnya.

Namun pada pandangan saya secara global, keputusan JK Disiplin adalah demi menjaga kemaslahatan parti dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan hingga menimbulkan krisis yang lebih besar.

Saya juga yakin bahawa PJ Selangor selepas ini akan muhasabah diri dan mengelakkan kontroversi serta memperteguhkan iltizam memperkuatkan PAS dan PR. Berilah peluang kepada PJ.

Saya berharap PJ akan berjumpa KS secara muhibbah 4 mata dan saling bermaaf maafan. Anda berdua mewakili parti Islam dan bakal menjadi tokoh kerajaan akan datang selepas PRU13.

Saya yakin YAB TGNA juga sudah reda marahnya kepada 3 individu terbabit berkaitan isu kerajaan perpaduan.

Moleknya TGNA yang jadi orang tengah damaikan PJ dan KS.

Apakata kawan-kawan pendokong Jemaah sekelian. Tolonglah beri pendapat yang jujur dan boleh memperkuatkan Jemaah. Sedangkan lidah lagi tergigit.

hujah yb shah alam lebih terkesan!

Wassallam.

Khairul Faizi said...

Semoga Allah akan memberika kekuatan kepada ustaz dalam perjuangan ini, ameen...

Khairul Faizi

Anonymous said...

tak adolah sejak 35 tahun hinnga loni, inilah aku rasakan pas dah jd parti nate gilo, mana perjuangan islam kita wahai puak2 ngaku peminpin pas? semo dah diselak oleh dap (komunis) dan pkr (peliwat), pas dok wat gapo? berpegang kpd pr konon, org lain ambil kesempatan buat onar, tidakkah NATE GILO CELAKO BLAKA TUH?

Anonymous said...

"Sangat mendukacitakan apabila TPJ Pahang, Dr Hamzah Jaafar juga memberi komentar sumbang dalam tulisannya tentang isu kritikan Abdullah Karim. Nak dikatakan tak faham, semuanya berpelajaran tinggi... Isunya bukan kehebatan dan keupayaan Abdullah Karim. Abdullah Karim memang seorang peguam muda dan pemidato yang hebat. Itu tidak dinafikan. Tetapi isu di sini ialah kritikan terhadap apa yang telah diputuskan oleh JK yang telah diamanahkan.

Majoriti ahli telah memilih pemimpin pusat dalam muktamar yang lepas. Ini bermakna ahli mempercayai mereka. Pemimpin inilah yang telah memilih JK Tatatertib. Ini bermakna mereka adalah orang yang dipercayai yang dipilih oleh kumpulan pemimpin yang dipercayai.

Maka KEPUTUSAN telah dikeluarkan. Jika kita faham tentang peraturan dan disiplin kerja berorganisasi, maka mengapa pertikaikan lagi keputusan yang telah dibuat?

Bayangkan jika kita bersetuju dengan tindakan Abdullah Karim, Dr Hamzah dan Ust Zolkarnain yang mempersoalkan keputusan tersebut maka ia akan menjadi TELADAN YANG BURUK kepada semua ahli selepas dari ini.

SELEPAS INI, kalau ada apa-apa keputusan dan arahan yang dibuat diperingkat mana pun, ia boleh dipertikaikan secara terbuka oleh sesiapa sahaja atas nama DIA SAYANGKAN JEMAAH! Kalau Majlis Syura buat keputusan selepas ini, ahli-ahli semua bebas mengkritik dalam blog atau media atas nama SAYANG PADA PARTI. Jika JK Pas Pusat memutuskan sebarang keputusan boleh pertikai dan kritik (nak guna perkataan bodoh pun tak per macam Abdullah guna) atas nama SAYANGKAN PARTI.

Saya pun nak seru kepada ahli Pas di Pahang, selepas ni kalau ada apa-apa arahan atau keputusan dari Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang, abaikan sahaja atau anda boleh pertikaikan arahan tersebut (digalakkan guna blog dan perkataan bodoh macam Abdullah Karim guna) atas nama anda SAYANGKAN PARTI sebagai satu teladan dari TPJ Pas Pahang yang anda semua kasihi.

Demikian juga beliau seperti bersetuju dengan budaya menegur melalui blog atau media secara terbuka. Ada perkara yang boleh ditegur secara terbuka dan ada benda yang perlu ditegur secara direct berdepan atau melalui salurannya. Bukankah pemimpin dan yang dipimpin ada adabnya dalam menegur? Suami adalah pemimpin dan isteri adalah yang dipimpin dalam organisasi kecil rumahtangga. Bayangkan kalau si isteri rasa tak puas dengan layanan suaminya, maka ditegur suaminya terang-terang dalam blog sambil gelar suaminya si lemah? Bapa adalah pemimpin dan anak adalah yang dipimpin. Bayangkan kalau anak-anak yang tak puas hati dengan bapanya guna blog untuk kritik disamping guna perkataan bodoh? Kecuali lah anda tidak pernah memahami erti ukhuwwah (persaudaraan) dalam Islam dan erti pemimpin dan pengikut dalam jamaah Islam.

Kesian ahli Pas Pahang... Kesian PJ Pas Pahang... dapat pemimpin2 yang cerdik tapi masih tak faham-faham....

(Kritikan ikhlas orang yang SAYANGKAN PARTI)

Anonymous said...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man...
Sila Melawat Blog Saya.
http://mykini78.blogspot.com/

Anonymous said...

"Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah."
....apa ni semua, jual minyak ke?
Bagaimana ini boleh berlaku kepada pemimpin tertinggi PAS, kenyataan seperti ini. Amat memalukan.
Susah apa, tegakkan keadilan itu je. Bukanya nak persalahkan orang benar atau membersihkan orang yang salah. Kalau buat yang tu, tak timbul masalah.
Bagilah jalan pada yang lebih berwibawa untuk jadi pemimpin. Teropong-teropong le sikit.

Post a Comment