Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MELAYU JUGA WAJIB MENUTUP AURAT
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



MELAYU JUGA WAJIB MENUTUP AURAT

26 Muharram 1432 H | 1 Januari 2011

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid. Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.


“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.



Mengulas  komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.


“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti. Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang.  Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.

Komentar : Atas dasar fesyen, mengikut perkembangan semasa dan kurangnya langkah-langkah pencegahan, senario tidak menutup aurat menjadi satu kebiasaan. Oleh itu bermula kita sebagai ketua keluarga, sehingggalah kepada kepimpinan masyarakat dan negara adalah bertanggungjawab memastikan perlaksanaannya dipatuhi kerana kita semua nanti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Isu YB Teo ini juga seharusnya menjadi pengajaran agar lebih berhati-hati di masa akan datang agar ianya tidak dimanipulasikan. Secara dasarnya tiada masalah untuk mengadakan sebarang program di kawasan masjid, dan orang bukan Islam pun boleh menyertainya dengan syarat segala perlaksanaan program berkenaan perlulah mematuhi kehendak Islam itu sendiri.

Cuma dari segi tindakan dan hebahan media pro-BN ibarat 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak' - artis-artis wanita khususnya yang berpakaian lebih menjolok mata diagungkan dan gambar mereka terpampang di akhbar, tanpa pihak editorial terasa bersalah untuk menyiarkannya. Artis-artis ini kadang kala menjadi ikon kepada para remaja Islam yang mudah mengikuti stail pemakaian idola mereka.

0 comments:

Post a Comment