Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: KRISIS MESIR - RINTIHAN SEORANG BAPA
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



KRISIS MESIR - RINTIHAN SEORANG BAPA

28 Safar 1432 H | 2 Februari 2011


Kekecohan dan rusuhan masih berterusan di Kaherah dan tidak tahu bila akan tamat! Rakyat menjadi semakin marah dan pemberontakkan terus membara dan membakar jiwa rakyat Mesir selagi Hosni Mubarak tidak turun dari pemerintahan. 


Tetapi bagaimana dengan keadaan dan nasib pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah??? Kenyatan akhbar dari setiap menteri iaitu dari PM, TPM @ Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi dan Tim.Menteri Luar adalah berbeza. Masing-masing  memberikan kenyataan yang mengelirukan dan mencemaskan semua ibubapa sanak saudara pelajar-pelajar. Pihak Kedutaan di Cairo langsung tidak dapat. 


i)    Kenyataan PM dalam Utusan Malaysia:

Pelajar-pelajar akan dibawa dengan kapal tentera TLDM di Lautan Merah ke pelabuhan Suez/Said untuk membawa pelajar-pelajar transir di Jeddah sebelum diterbangkan balik ke Malaysia.


ii) Kenyataan TPM@Menteri Pelajaran & Menteri Pengajian:
Tiada keperluan dan kepentingan untuk membawa pelajar-pelajar Malaysia balik. Keadaan tidak cemas dan membimbangkan, semuanya selamat. - Inilah dikatakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' atau ‘RAKYAT DIKETEPIKAN , MENTERI DIUTAMAKAN’

iii) Kenyataan Tim. Menteri Luar @ Kohillan Pillay:
Pelajar-pelajar akan dibawa keluar esok (02.02.11) dengan apa jua penerbangan yang ada ke ........(tak tahu ke mana?????) kerana TLDM lambat dalam tindakan.

Kesemua kenyataan di atas dilihat seolah-olah masing-masing menteri mengikut sedap kepala sendiri untuk mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada keadaan sebenar yang berlaku di Kaherah. Ke mana menghilang Duta Besar Malaysia di Cairo??? Apakah beliau terikat tangan dan kaki serta mulut untuk memberi nasihat tentang keadaan yang meruncing di Kaherah??? 

 Ulasan:


 a) Kenyataan PM ada bernasnya kerana kita gunakan TLDM kerana mereka sudah ada diperairan Laut Merah tetapi bila dihubungi Markaz Tentera Laut di Lumut mereka berkata, bagaimana mahu memasuki samada Pelabuhan Suez atau Port Said kerana pihak Kedutaan Besar Malaysia di Cairo belum memohon kelulusan berlabuh dan masih menunggu seru dari MKN dan Wisma Putra. Jadi berapa lama perlu ditunggu untuk mendapat kelulusan memasuki pelabuhan??? 1 hari atau 1 minggu atau 1 bulan atau 1 tahun??


Pihak Kedutaan tidak dapat dihubungi untuk mendapat jawapan. Kononnya, katakan dapat dan hendak di hantar ke Jeddah, adakah kemudahan visa untuk memasuki Saudi telah diperolehi??? Penulis cuba menghubungi Konsul Jeneral di Jeddah tetapi dukacita tidak dapat dihubungi dan diberitahu beliau berada di Cairo (special envoy kononnya). 


Cuba pula menghubungi Kedutaan di Riyadh, langsung telefon tidak berjawab hingga mahu tercabut tangan. Dimakluman bahawa Duta sedang bercuti tahun baru Cina di Malaysia dan Menteri Penasihat memang tidak akan menjawab panggilan telefon. Kemudian hubungi Konsulat Jeddah dimaklumkan oleh Ketua Canseri, Haji Zuhrin bahawa Konsulat Jeddah telah tubuhkan Jawatankuasa untuk misi tersebut dan hanya tunggu arahan dari Wisma dan pihak MKN.
 

Untuk keterangan lebih lanjut beliau suruh hubungi Dato' Hidayat Konsul Jeneral dan Wisma Putra. Lega jugak dengan jawapan tersebut tetapi bab VISA masih belum terjawab BOLEH ATAU TIDAK diperolehi dalam waktu terdekat seperti Visa On Arrival dan berapa lama pula tempohnya???? Masalah akan timbul jika sudah belayar ke Jeddah dan tiba di pelabuhan tidak naik ke darat kerana TIADA VISA.Bagaimana ini???


b) Kenyataan oleh TPM dan Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan sikap menteri tak bertanggungjawab kepada nyawa dan keselamatan pelajar. TIADA KEPERLUAN ini bermakna pelajar Malaysia di Kaherah ini TIADA HARGA ATAU NILAI kepada negara!!!!! Biar apa mahu terjadi lantaklah begitulah lebih kurang maksudnya. Hanya pelajar di UK/US/Australia/Canada/New Zealand/Germany yang berharga dan bernilai dan perlu diberi sepenuh perhatian jiwa raga!!!!! Oh, beginikan jawapan seorang Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi???


c)  Kenyataan Kohillan Pillay senada dengan Samy Vellu bila memberi kenyataan macam HERO  filem Tamil Sivaji My Boss......Esok dibawa keluar dengan penerbangan TETAPI sudahkah siap senarai pelajar-pelajar berkenaan dan akan DIBAWA TERBANG KE MANA??

Dari sumber di Kaherah melalui telefon yang sekejap dapat sekejap terputus, dimaklumkan oleh anak saya di Kaherah bahawa pegawai-pegawai dari MKN dan Konsul Jeneral di Jeddah yang tiba pagi tadi sibuk melayan Kohillan Pillay dan siap mengarahkan kakitangan kedutaan pergi mencari makanan masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Beehoon goreng dan sebagainya. 


Mereka berkumpul di rumah duta datang untuk makan masakan Malaysia BUKAN DENGAN TUJUAN MEMBANTU MASALAH PELAJAR MALAYSIA yang sudah kehabisan makanan, tidak tentu tempat tinggal dan dalam keadaan terancam keselamatan. Kalau ini satu kenyataan yang bohong sila hubungi staf kedutaan yang keluar merungut bila mendapat arahan tersebut hingga terdengar kepada pelajar Malaysia yang tunggu di luar rumah duta.


Memalukan!!! Inikah sikap pegawai-pegawai MKN@JPM?? Patutlah bila dihubungi Konsul Jeneral Jeddah jawapan yang diberikan sedang makan bersama Kohilan Pillay (ini kenyataan dari wakil akhbar BH yang saya hubungi). 


Semasa berlaku banjir di Jeddah pada 26.01.2011 patutlah sukar untuk hubungi beliau dan benarlah apa yang didakwa oleh rakyat Malaysia di Jeddah bahawa Konsul Jeneral ini pentingkan diri sendiri dan tidak mesra rakyat. Kalau telefon dia tidak akan jawab kalau nombor tidak diketahui. Sebab itu tidak ada tindakan yang diambil semasa banjir berlaku....dan hairan bagaimana pulak beliau boleh diarahkan ke Kaherah untuk membantu sedangkan masalah sendiri pun tidak terpikul!!


Ada yang mengatakan kerana Konsul Jeneral ini baik dengan Pengarah MKN maka ditawarkan dirinya ke Cairo bukan untuk pelajar tetapi ada 'udang disebalik mee'. Kononnya mahu melobi kepada Menteri hendak jadi Duta ke Spain atau Europe jadi terpaksa membuat lakonan. Difahamkan beliau ini jenis lepas tangan kerana bila dia dapat tahu pelajar akan dihantar ke Jeddah maka lebih baik beliau ke Cairo maka tanggungjawab ini akan dipikul oleh pegawai-pegawainya yang berada di Jeddah.
 

i)    Paling memeranjatkan bila dapat diketahui dari PERWAKILAN kerana saudara saya ahli perwakilan bahawa Konsul Jeneral yang agak kurang cerdik tersebut telah mengesyorkan pelajar-pelajar dibawa keluar dengan menyewa bas dari Jeddah supaya datang ke Cairo dan membawa pelajar-pelajar keluar. Aduhhh bertambah sesak nafas……kalau sudah keadaan rusuhan sedemikian bagaimana mahu menaiki bas. Dengar khabar semua perkhidmatan bas dihentikan kerana keselamatan terancam. Tidak ada bas yang beroperasi dari Cairo ke Jeddah sebelum ini pun tetapi Konsul Jeneral mengesyorkan menaiki bas. Di mana letak waras fikiran??? Bukan perjalanan dengan bas itu banyak risiko dan mengancam nyawa dan keselamatan pelajar dan keluarga mereka??


ii)    Sehingga kini difahamkan pegawai dari MKN, Tim.Menteri , Pak Duta dan Konsul Jeneral tidak menjenguk lansung pelajar dan hanya membuat sandiwara bahawa mereka ke Cairo adalah untuk membantu pelajar sedangkan hakikatnya mereka bersuka-suka dan makan minum sahaja.


 iii)    Tempat penampungan sementara di Madinatul Hujjaz pun belum beroperasi dan kebersihan belum dijalankan dan bagaimana kah hendaklah menampung pelajar-pelajar ke tempat tersebut??


Maka dengan penjelasan di atas saya amat berharap pihak Harakah Daily dapat memapar berita untuk tatapan semua rakyat Malaysia dan janganlah hendak diperbodohkan rakyat terutama keluarga dan termasuklah anak saya. 
Kita tegakkan kebenaran dan hancurkan kepalsuan.


Saya yang benar,

ABDUL MANAP TAJUDDIN

1 comments:

mumuchi said...

Tahniah kepada kerajaan kerana teklah mengambil tindakan sebaiknya dengan bukti 3 pesawat TUDM sudah berlepas untuk misi menyelamat. Tegakkan kebenaran ini walaupun mungkin kelat untuk disiarkan. Jangan sewenag2nya digelapkan siaran lampau.

Post a Comment