24 Rejab 1432 H | 25 Jun 2011
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks kerana tindakan itu "amat luar biasa."
“Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan dan terkejut kenapa ia berlaku,” kata beliau lagi.
Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.
Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.
"Ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.
“Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak, dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan. Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,” katanya.
Seiras tidak semestinya segalanya sama |
Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.
Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar. Shafee menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.
Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl. - themalaysianinsider
1 comments:
Tak kisah :-)
-------------------------------------------------------------------
Siapa Rosakkan Rakyat? - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih tak boleh - Memang pemimpin2 BN bodoh dan tolol2
http://facebook-1malaysia.blogspot.com/
http://blog1malaysia.blogspot.com/
Post a Comment