Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: ISU APCO PEMBUKA TIRAI DI TENANG
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



ISU APCO PEMBUKA TIRAI DI TENANG

18 Safar 1432 H | 23 Januari 2011

Felda Tenang digegarkan dengan pendedahan bukti hubungan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide bersabit isu 1 Malaysia. 

Menerusi salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide, Anwar menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel itu. 
Justeru menurut beliau, penafian berterusan syarikat yang berpengkalan di Washington dan Tel Aviv oleh Perdana Menteri Najib Razak selama ini merupakan pembohongan semata-mata.

"Ada tak perjanjian? Ada. Pertama saya ada, kerajaan Israel dan Apco yang mereka kata tiada dan menteri-menteri kita nafi. Tahun 1991. Kerajaan Israel dan Apco, ini perjanjian. Kedua 2009, perjanjian kerajaan Datuk Seri Najib dengan Apco. 


"Tandantangan bukan setakat wakil kerajaan, saksinya Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini dia. No kad pengenalan pun ada, 620707015781," kata beliau di hadapan ratusan masyarakat felda yang hadir ke Markas PAS Felda Tenang malam tadi. -tvselangor

3 comments:

Hang horatio said...

dato2...maafkan saya jika saya berkata dato ni seorang yg suka serkap jarang..isu apco hanya fitnah..jgn lah sibuk menyibuk kan diri terus memperdayakan rakyat..rakyat naik muak dah dato tuan ibrahim..klu benar bak di kata sila 4ward kan bukti di blog saya..sekian..

drrita said...

tunjukkan bukti..!
jangan suke sebarkan fitnah!
ingatlah kite semua akan mati dan akan menemui Ilahi

Dr Rita Coolidge said...

puak-puak PAS tak habis2 pasal APCO..
tapi mereka tak sedar pak anwar telah ke luar negara thn lepas dan mintak ampun dari puak2 yahudi..
dah terang..tak payah suluh siapakah yang terlibat dgn YAHUDI??

Post a Comment