Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: KEPENTINGAN MELAYU TETAP TERBELA
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



KEPENTINGAN MELAYU TETAP TERBELA

16 Rabi'ul Awal 1432 H | 19 Februari 2011

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Justeru jelas Menteri Besar Kelantan itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negara ini.

"Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?

"Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia)," kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di Dewan MBSA di sini pagi ini.


Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS hari ini diadakan untuk membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini yang akan menjawab segala kekeliruan mengenai kedudukan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.

"Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

"Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak," katanya.

"Perjuangan RasuluLLAH saw adalah ketuanan Islam bukannya ketuanan Arab. Kalau tidak Islam tak berkembang di seluruh dunia. Lihat sahaja, Salman orang Parsi, Suhaib orang Rome, Bilal orang Habsyah.......inilah hebatnya Islam untuk semua," katanya lagi.

"Perjuangan PAS adalah untuk semua. Islam tidak terhad untuk bangsa tertentu. Walaupun kita tidak menafikan hak bangsa Melayu. 
Hakikatnya Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu pun tidak. Mereka mengkhianati hak-hak Melayu khususnya Tanah Rezab Melayu. Di Kelantan slogan kita Ketuanan Islam bukannya Ketuanan Melayu. Ianya boleh diterima oleh semua pihak termasuk yang bukan Islam. Kalau rakyat Mesir dan Tunisia boleh menukar pemerintahan maka kita juga boleh juga dengan syarat berlawan di padang sama rata," tegasnya. - tvnews.net

1 comments:

Anonymous said...

Man,

aku bukan nak kata la, tapi Nik Aziz ni cakap putar belit, kejap kata perjuangan agama penting, melayu tak penting, hari ni kata Melayu penting pulak dah.. aku tau sebab apa, sebab undi melayu dah takda, harap kat korang punya kawan kafir DAP tu yang sekarang dah jadi mursyid kedua dalam PAS.


Man,

aku bukan nak kata pulak, tapi korang dalam PAS ni hamPAS dah, agama dijual beli untuk satu undi, kafir DAP gunakan ayat Alquran bukan sebab dia beriman, tapi sebab dia nak undi, dia gunakan ayat quran bukan dia nak pakai untuk kesejahteraan tapi dia petik macam dia petik kata pujangga budha, conficiusme, kitab vedha.


Man,

untuk p,raya akan datang ni, korang bodoh + bangang bertanding kerusi PAS kali ni, sebab dua-dua tempat ni sure korang lingkup, dah lebih teruk menampakkan momemntum kebodohan dan mangkuknya cara korang berkempen. PKR kenapa tak bertanding kat Merlimau, sebab diaorang nak jaga imej, kalau diaorang kalah, lagi teruk imej diaorang sebab dalam parti PKR ni pun dah nazak.

Man,

aku memang tak pernah sokong PAS pun sebab aku tau, ada banyak DAJAL dalam PAS, Dajal ni tak payah turun yang betul2, anak DAJAL pun bnyk dalam PAS, pecah belah, sembahyang dua imam, doa pecah perut la, kata orang jahiliyah la, kata orang jakun tak undi PAS la, ni semua kerja DAJAL la, korang ingat Amerika DAJAL, tapi korang pun dah jadi DAJAL dah, perangai pun macam Amerika, dok kata orang salah , dia betul, sama macam korang la, terutama Nik Ajis, tua nyanyuk yang korang anggap macam Wali Allah, tapi dia ni tak ubah seperti DAJAL sebab menolak sepenuhnya persaudaraan. Apa ko ingat masuk PAS boleh masuk syurga ke, Imam Syafee itu bukan orang PAS dan dia masuk syurga pun atas rahmat Allah aje, paling mudah - Moyang ko pun tak tau tentang PAS, apakah nasib dia di alam arwah ? Nik Aziz tolong ke, tak... iman dia yang tolong Man.. jadi apa ke bangangnya orang PAS boleh percaya dengan dakyah Nik Aziz ni ?

Man,

Tak usah cerita banyak, masa p,raya kat tenang, ada satu lori pick up kecik usung doa hapuskan Umno seperti tentera kafir, ko sendiri tengok, apakah ini Islam ? Bodoh la ko kalau ko restui cara ini, sebab ko bukan tak reti agama tapi disesatkan oleh agama itu sendiri. Maksudnya ko tau agama, tapi roh agama ISLAM YANG SYUMUL itu tidak ada dalam diri ko dan pengikut PAS.

Man,

last but not least, PRK Merlimau dan Kerdau adalah menefestasi penolakan berterusan orang Melayu Islam terhadap PAS , dan akhirnya PAS akan diberak dan dilumur tahi oleh DAP dan PKR. Jadi tak teruk sangat kalau aku kata PAS dah hilang intergriti parti berjenama Islam, elok la kalau ko bincang dengan Haron Din, keluarkan Nik Aziz nyanyuk dan gila itu keluar dari PAS dan bertaubat bebnyk.

Post a Comment