Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: APA ISU DI SEBALIK KENAIKAN TARIF ELEKTRIK?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



APA ISU DI SEBALIK KENAIKAN TARIF ELEKTRIK?

25 Jamadil Akhir 1432 H | 28 Mei 2011

Kerajaan bakal mengumumkan secara rasmi kenaikan tarif elektrik pada 30 Mei 2011. Pelbagai istilah digunakan dalam 'menghalalkan' kenaikan ini. IPP, subsidi, kuasa tambahan dan sebagainya. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut  kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/swasta (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.


“Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat,” tegas Anwar.


Di bawah ini disertakan forum perbincangan di mesra.net berkaitan kenaikan tarif elektrik. Walaupun forum ini dibuat dua tahun lepas, tetapi tetap relevan dan dapat memahamkan kita tentang isu kenaikan tarif elektrik:


anti_aktivis
Saya pasti ada kalangan kita yang gagal memahami apa itu reserve margin , IPP dan PPA.

Dipendekan cerita, 
IPP adalah penjana kuasa bebas (swasta spt YTL , Malakoff).

Reserve margin pula ialah, kesediaan IPP untuk menjana kuasa tambahan pada tahap tertentu, dan kesediaan ini dibayar oleh kerajaan (rakyat) walaupun tiada apa yang dijanakan sebagai kuasa tambahan. Dalam dunia , reserve margin ni normal , pada tahap 20 hingga 30 %


PPA ialah - perjanjian yang dibuat antara Kerajaan dan IPP.


Ok , di Malaysia, 'r
eserve margin' mengikut PPA yang telah ditandatangani oleh kerajaan adalah fleksible dan boleh dikatakan menguntungkan IPP dan sekaligus merugikan RAKYAT. Cuba bayangkan, sekarang reserve margin melonjak naik 47%. Menteri sendiri mengakui hal ini sepatutnya tidak berlaku dengan memberi contoh, Jepun yang alam sekitarnya tak stabil pun baru satu digit sahaja peratusnya.

Jadi inilah yang dikatakan secara HARFIAHNYA , kita membayar utk tenaga yang kita tak guna pakai.


Tambahan bagus dari Bro Nama09

A. Reserve Margin 

Rserve margin tu sebenarnya macam ni. Jika permintaan maksimum adalah 14000MW, janakuasa yang tak dijana dengan kapasiti pepasangan 7000MW, maka yang 7000MW tu adalah reserve margin. 

Secara idealnya kita TIDAK memerlukan reserve margin. Namun realitinya penjanaan kuasa, kita perlu margin bagi menghadapi tiga senario: 1. Breakdown 2. Unexpected short term demand growth 3. Menggantikan pepasangan yang terpaksa direhatkan untuk kerja-kerja senggaran. 


Reserve margin adalah "regulated parameters" ya jerom. Kita tentukan berdasarkan keupayaan kita menyelia pepasangan dengan cekap. Lebih cekap kita urus pepasangan kita, maka akan kuranglah break down. Jika kita cekap menyelengggara pepasangan maka kuranglah pepasangan perlu direhatakan. Praktis terbaik di dunia adalah antara 10-15%. 


Lebih tinggi reserve margin dari tahap tersebut akan memberi gambaran ketidak cekapan "expansion planning and execution". Jangan risau. 47% reserve margin membolehkan kita menjadi salah sebuah negara yang yang paling tinggi reserve marginnya di dunia kalaupun kita bukanlah yang nombor satu. Adakah anda berbangga? Terserah.....


Yup.. 47% reserve margin yang tak diperlukan. We need to the most 15%. 5% for hot standby to replace the plant due to unplanned outage. Another 5-10% to replace the plant that is scheduled for planned maintenance. That's it. So we pay for additional 32% for nothing. If we consider our power system is in fact connected to Singapore, then we should able to reduce the margin to 10%. Unfortunately, "our representatives" were not smart enough to think outside the box. 

Do you know what does 32% reserve margin worth? My estimate it is about 7000-8000MW. Each MW may cost Malaysians RM 4million. Thus, 7000MW is about RM 28,000,000,000. Fuyooooo..... banyak tu. 

Now you don't have to think much about why we need the "Pakej Rangsangan Ekonomi". We need to "Rangsangan" since our economy can't grow without "Rangsangan". 

Ewah..ewah.. cakap omputeh pulak aku. Betul ke tu?


Dan ini pula tambahan dari blog sahabat

1. Sebelum cerita reserve margin, biar saya explain pasal bapak reserve margin iaitu maximum demand. Maximum demand adalah demand paling tinggi dalam tempoh setahun utk electricity. Ianya akan berlaku pada satu hari maybe utk tempoh masa yang singkat.


Rujuk kepada graf diatas. 13,620MW adalah maximum demand utk semenanjung Malaysia tahun 2007.

2. Installed capacity, adalah jumlah MW yang dapat dijana oleh keseluruhan Power Station yang terpasang.

3. Reserve margin adalah peratusan MW yang perlu ada lebih daripada maximum demand .
Contoh daripada maximum demand diatas, dengan reserve margin 40% maka jumlah MW yang perlu terpasang adalah 19,068MW. 19,068MW inilah yang dipanggil installed capacity.

4. Apa tujuan reserve margin? Reserve margin diadakan bertujuan untuk mengadakan pada satu2 masa kebolehan penajaanaan yang senantiasa melebihi daripada permintaan. Kalau ada satu-satu power station yang ada masalah maka kita masih ada banyak lagi power station yang standby yang boleh backup. Tapi perlukah sampai 40%? Kenapa rugi simpan standby sampai 40%. Seperti yang umum tahu, setengah2 IPP walaupun mereka berada dlm keadaan standby, tak jalan langsungpun ...TNB masih terpaksa membuat bayaran penuh sebagaimana kalau mereka beroperasi menjana elektrik.

5. apabila kita kurangkan reserve margin maka kita akan dapat kurangkan bayaran2 yang perlu dibuat kepada IPP terutamanya dan lebih2 lagi kita akan dapat kurangkan modal pusingan utk TNB membina power station baru. Satu power station baru memerlukan modal yang begitu tingi sekali dan sering kali pinjaman perlu dibuat daripada luar negara yang seterunya mendedahkan kita kepada kerugian tukaran matawang. Bayangkan kita buat pinjaman 1000USD semasa 1USD bersamaan dengan RM2.mega_shok.gif dan tiba-tiba dolar naik sampai ke RM3.mega_shok.gif satu dolar. Tak semena-mena hutang kita yg bertambah sebanyak RM1000.

6. Oleh kerana maximum demand akan hanya berlaku sekali dalam masa 1 tahun dan reserve margin kena mengambilkira maximum demand maka sebab itulah TNB sendiri mengalakkan penjimatan elektrik. Kalau kita jimat elektrik, kita dapat kurangka maximum demand dan sekaligus TNB takperlu bina power station baru dalam masa terdekat. Maximum demand tak menjadi kayu ukur yang baik utk manage the supply demand punya concern.



Tambahan dari flying cow di cari


QUOTE
Install capacity dan availibility capacity ni dua perkara berbeza ke?

(klu merujuk Jimah , kita cuma membayar 85% from installed capacity takkira kuasa terjana atau tidak. Dan 85% tu mewakili availibilitycapacity@capacity payment?


Yup berbeza. Installed capacity adalah max generating capacity untuk sesuatu power station. Contohnya macam Jimah Power Station, mempunyai installed capacity sebanyak 1400MW. Tapi tak semestinya power station mereka akan mampu meet the 1400MW sebab capacity tu cuma theoretical sahaja nor are they going to generate 1400MW of power all the time.

Available capacity adalah capacity yang power station bersedia untuk commit ke grid system. Jadi walaupun Jimah atas kertas sepatutnya boleh generate 1400MW, tapi tak semestinya mereka akan commit semuanya ke sistem, mereka akan mengambil kira outage untuk maintenance etc. Jadi capacity payment bergantung kepada berapa banyak availability yang mereka declare (dalam MW).

Installed capacity is only meaningful at the early stage of the power plant development. Every year, the max generating capacity of power station will be tested and the installed capacity will be revised according to the result of the test.

QUOTE
Dan boleh tak saya concludekan , di Malaysia , availibility capacity adalah berdasarkan apa yang ditawar oleh IPP dan bukan apa yang dipintaoleh TNB?


Betul.

Berapa banyak yang mereka declare available dan selagi mana availability itu reliable dan sah mereka akan dapat capacity payment walaupun tak generate power.

Tapi kalau mereka declare availability stesen mereka sebanyak sekian2 value tapi upon despatch instruction dorg tak dapat meet the despatch instruction, the monetary consequences are severe.

QUOTE
Dan berdasarkan apa IPP mentakrifkan jumlah installed capacity dan kemudian availibity capacity? TNB tiada kuasa?

(bukan apa pernah membaca satu kajian yang dibuat , rumusan kajian tusemacam berkata TNB tiada kuasa menentukan apa yang mereka mahu dariIPP. Ini berlaku kerana campurtangan kuasa politik dalam meja rundingan)


Bagi IPP, Economic Planning Unit (EPU) di bawah Prime Minister's Department yang menentukan berapa installed capacity stesen kuasa yang bakal dibina. EPU jugalah yang menentukan berapa banyak concession IPP yang akan dikeluarkan dan kepada siapa ia akan dianugerahkan. Kebanyakannya adalah berdasarkan direct nego dan concessionaire yang dapat biasanya adalah politically-linked. Google je company2 yang pegang concession tu sume. You'll find 'em.

TNB tiada kuasa menentukan siapa yang akan dapat concession tersebut. 

Lebihan reserve margin adalah kesilapan EPU pada era 90-an yang mengeluarkan terlalu banyak IPP concessions atas kepercayaan mereka yang ekonomi Malaysia akan berkembang dalam purata 5-7% dari pertengahan 90an sehingga tahun 2020. Tapi ternyata gdp growth tak seperti yang dijangka dan berlaku lebihan tenaga seperti sekarang. Sebenarnya TNB juga mempunyai planning department mereka sendiri yang membuat load forecast untuk masa hadapan dan memberi cadangan kepada EPU tentang keperluan tenaga pada masa hadapan. Tapi the EPU guys overstretched the expected load demand sebab overoptimistic with the gdp & load demand growth, jadi berlakulah excessive reserve margin. But do note that load forecast is tricky, meeting the exact load demand via forecast is difficult. There's always a margin, either a little over the load demand or less than it.
husin lempoyang
yang aku tau syarikat IPP nih mmg syarikat kroni..

maka xheranlah mereka membolot kekayaan dgn rakusnya..
YEAH!!!!!..DULU ..KINI..DAN SELAMANYA...
Carl86
Info yang berguna... Kini barulah saya memahami serba sedikit mengenainya...
fatamorgana
Cenggitu rupanya...sedapnya depa menyebat duit rakyat semahunya...

demi kroni dan suku sakat yg berkepentingan sahaja...

0 comments:

Post a Comment