Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PERUTUSAN HARI GURU DARI PJ PAS PAHANG
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PERUTUSAN HARI GURU DARI PJ PAS PAHANG

13 Jamadil Akhir 1432 H | 16 Mei 2011

PAS Pahang merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Pahang khasnya dan di seluruh negara amnya. 

Pendidik ulung ialah ibu bapa kerana mereka lah yang pertama memberi suluhan cahaya kepada anak-anak untuk mengenali dunia mereka, dan insan pertama mengajar setiap perkara. Lantaran itu peranan ibu bapa sebagai pendidik ulung mesti diteruskan dengan menanam aqidah kepada anak-anak, selaras dengan Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah  suci murni ( Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Guru merupakan pengganti kepada ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat. Kuat semangat untuk melihat anak muridnya berjaya, dan sangat menginginkan muridnya lebih tinggi pencapaian dari gurunya. Lantaran itu Islam sangat memberi ingatan kepada murid agar sentiasa menghormati dan memuliakan guru.

Saya masih ingat sewaktu kecil hingga dewasa ibu seringkali berpesan: "Jangan sesekali kamu menyakiti hati guru kamu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidup kamu". Berbekalkan pesanan ini ingatlah  bahawa yang penting bagi ilmu itu ialah keberkatannya, yang mampu menyuluh cahaya dalam perjalanan hidup ini.


Kepada guru jadilah anda sebagai seorang pendidik yang amanah dan ikhlas dengan ilmu, seperti mata air yang mengalir air yang bersih dan jernih untuk di minum oleh semua. Manakala guru yang khianat dan tidak ikhlas dalam kerjayanya sama seperti mata air yang mengalirkan air yang keruh, lalu keruhlah air itu sampai di kuala.

Selamat Hari Guru.

0 comments:

Post a Comment