Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: LYNAS MAINAN POLITIK PEMBANGKANG - MB PAHANG
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



LYNAS MAINAN POLITIK PEMBANGKANG - MB PAHANG

Pembangkang tidak tolak pembangunan,
tetapi keselamatan rakyat perlu diutamakan
14 Jamadil Akhir 1432 H | 17 Mei 2011

TEMERLOH, 17 Mei — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta semua pihak menunggu keputusan panel bebas yang mengkaji aspek keselamatan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Beliau berkata, tindakan berdemonstrasi atau bantahan terhadap pembinaan kilang itu yang didalangi pihak pembangkang dilihat lebih bermotifkan politik semata-mata.


“Semua pihak termasuk pihak pembangkang kelak harus menerima apa juga keputusan panel bebas itu,” katanya kepada pemberita di Pekan Kerdau di sini.


Dalam laporan Berita Harian Online petang ini, Adnan dipetik berkata, isu pembinaan kilang itu dilihat terlalu dipolitikkan sekali pun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) sebelum ini sudah mengesahkan bahawa kilang berkenaan adalah selamat.


Ahad lalu, empat orang termasuk dua wanita ditahan selepas terbabit dalam perhimpunan haram di depan pejabat DAP Pahang kerana membantah pembinaan kilang berkenaan.


Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.


Beberapa siri penerangan yang dianjurkan LPTA dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.


Kerajaan pada 22 April lalu mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu. - themalaysianinsider

0 comments:

Post a Comment