Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SELAMATKAN ASET NFC SEBELUM TERLAMBAT
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



SELAMATKAN ASET NFC SEBELUM TERLAMBAT

12 Muharram 1433 H | 8 December 2011

NFC tidak syak lagi sudah menjadi satu skandal. RM 250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan. 


Pembelian kondominium mewah, tanah di Putra Jaya, percutian, kereta mewah dan mungkin banyak lagi yang belum terdedah, sama sekali  tiada kaitan dengan 'core business' NFC dan tujuan pinjaman/pemberian itu diberikan. Selain tidak berkait dengan 'core business', ia mungkin juga bertentangan dengan MnA NFC atau anak-anak syarikatnya.

Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah.

MENYERAHKAN ASET YANG TIDAK BERKAITAN 'CORE BUSINESS'

Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

Aset-aset yang telah diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada Kerajaan.

Kondominium dan tanah di Putra Jaya, jika diserahkan kepada Kerajaan  sekurang-kurangnya membolehkan Kerajaan mendapat semula sebahagain wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan.


YB SENATOR DATUK SHAHRIZAT ABDUL JALIL PERLU MELETAKKAN JAWATAN MENTERI KABINET

YB Senator Datuk Shahrizat Abdul Jalil selaku anggota kabinet mesti mengambil tanggungjawab sama melindungi kepentingan negara dengan mencadangkan sendiri semua aset yang tidak berkaitan dengan tujuan asal perniagaan diserahkan kepada Kerajaan. 

Beliau seharusnya menunjukkan beliau berada di sebelah Kerajaan dan rakyat jika dakwaan beliau bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan suaminya adalah benar.

Sehingga kini, tidak nampak peranan beliau sebagai Menteri Kabinet benar-benar berkecuali dari NFC yang diuruskan oleh suami beliau.

Paling tidak, jika kredibiliti beliau mahu dijaga, beliau sendiri mencadangkan satu dua diligence atau odit bebas dilakukan dan laporannya dibentangkan kepada umum. Pendirian seperti itu boleh membuktikan beliau benar-benar tidak melindungi sebarang kemungkinan salahguna wang atau pecah amanah suami atau keluarga beliau.

Sebaliknya, jika beliau terlibat dengan percutian keluarga atas wang NFC yang juga adalah wang rakyat, langkah terhormat adalah meletakkan jawatan menteri serta merta dan menasihatkan suami beliau serta anggota keluarga yang lain menyerahkan semua  aset-aset bukan perniagaan berkaitan serta merta.


SIKAP APATHY PERDANA MENTERI YANG MERAGUKAN

Sikap berdiam diri Perdana Menteri seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau dan tidak ujud 'sense of urgency' melindungi negara dari salah guna dan penyelewengan bila mana ia melibatkan kerabat dekat UMNO/BN.

Program Transformasi yang dilaungkan adalah gimmik semata-mata dan pentadbiran beliau, sama dengan pentadbiran lain sebelumnya, tidak mampu keluar dari amalan penyalahgunaan dan penyelewengan berskala besar seperti ini.

Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk beliau bertindak terhadap semua pihak terlibat.

Odit lanjutan boleh dilakukan sebagai menghargai apa yang telah dibangkitkan oleh Ketua Odit dan berdiam diri hanya memberi makna sikapnya tidak accountable, bersih dan telus. Beliau sanggup membiarkan rakyat terus kecewa dengan amalan-amalan yang merugikan ini.

DATO' PADUKA HUSAM MUSA
NAIB PRESIDEN PAS

0 comments:

Post a Comment