Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MENJELANG PRU13 - APA SUMBANGAN ANDA?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



MENJELANG PRU13 - APA SUMBANGAN ANDA?

24 Rabi'ul Awal 1433 H | 17 February 2012

Apakah sumbangan yang anda dan ahli PAS boleh lakukan untuk kejayaan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

Abang Mat:

Saya nasihatkan setiap ahli PAS hendaklah berjumpa untuk besembang, berdialog dengan bukan ahli PAS dan mengajak mereka membuat perubahan.

Dengan memberikan contoh-contoh penyelewengan dan korupsi kerajaan BN, kita sama-sam memberitahu mereka untuk selamatkan negara dari muflis dan gantikan dengan negara berkebajikan.

Saya juga sarankan agar ahli PAS menggunakan Buku Jingga dan Negara Kebajikan terbitan PAS untuk mendekati mereka.

Sementara itu, saya akan memokuskan usaha bersama parti PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengeratkan perpaduan antara parti dan ahli untuk berusaha membentuk kerajaan persekutuan dengan mengalahkan kerajaan BN di PRU-13 dan menzahirkan good governance dalam  pemerintahan negeri dan juga persekutuan.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man:

PRU ke 13 adalah pilihanraya paling penting dalam perkembangan politik  negara kerana  umum akan melihat sejauh mana Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kemenangan di negeri yang telah dimenangi, serta perkembangan politik di negeri yang belum dimenangi.

Perubahan mood rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta pola politik dijangka mengalami perubahan menjelang PRU akan datang. Senario ini menuntut peranan semua pihak bagi memastikan BN tumbang dalam PRU ini.

Antara peranan yang boleh dimainkan ialah meningkatkan daftar pemilih pengundi baru dan membantu dalam memastikan pengundi luar khususnya di Lembah Klang kembali untuk mengundi pada hari pengundian nanti.


Di samping itu, rakyat perlu didedahkan dengan isu semasa yang berlaku yang mempunyai implikasi langsung ke atas rakyat, samada penyelewengan dana negara dalam isu NFC, teguran audit negara dalam pengurusan kewangan, isu Lynas, SPBA, penyenaraian Felda, penyalahgunaan dana zakat, dan lain-lain.

Insya Allah semua ini dapat dilakukan saya bersama dengan jamaah PAS.


Ustaz Nasrudin:

Kejayaan dan kemenangan adalah suatu yang sangat didambakan, justeru itulah kita berjuang saban waktu tanpa henti.  Kejayaan dan kemenangan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha gigih dan kerja kuat dari pimpinan dan anggota parti.

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam telah mengambil manafaat melalui ruang demokrasi lalu menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 untuk menggerakkan kebangkitan rakyat melakukan perubahan secara aman di dalam negara tercinta ini.

Langkah berkesan ke arah memenangi pilihanraya terbahagi kepada 2 kategori utama.


Pertama: Kekuatan dalaman - hubungan erat dengan Allah s.w.t, mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama ahli parti dan memiliki kekuatan strategi yang berkesan dan praktikal

Kedua: Kekuatan Luaran: - Sentiasa mempamerkan akhlak yang baik dengan sesiapa pun;
'update' dengan perkembangan semasa supaya mampu menguasai dan menjuarai isu rakyat; serta membina jaringan dan hubungan luar dengan pelbagai pihak yang melibatkan individu, ngo, parti-parti politik dan juga jaringan di peringkat antarabangsa.

Antara apa yang paling penting juga ialah mengurus persepsi namun dalam masa yang sama teguh bersama prinsip perjuangan. Saya suka dengan penegasan yang selalu digunakan oleh al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Nor iaitu bersifat futuristik dalam perancangan, kontemporary dalam pendekatan dan fundamental dalam prinsip perjuangan.


Ustaz Nik Zawawi:

Ahli PAS dan saya boleh menyumbangkan tenaga dengan membantu parti untuk mengumpul dana sebanyak mungkin menjelang PRU-13.

Di samping itu, saya dan ahli PAS juga harus membantu parti dengan memperbanyakkan kempen berstrategik dengan turun ke padang dan berdialog dengan sasaran pengundi atas pagar dan pengundi luar yang bekerja di ibukota.

Selain itu, ahli PAS dan saya juga perlu mengeratkan hubungan PAS dengan NGO dan kerajaan negeri agar perjalanan kempen parti dapat digerakkan dengan lebih lancar dan bantuan luar yang tidak diduga.- harakahdaily

0 comments:

Post a Comment