Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI

RABU, 21 OKTOBER 2009 | 02 ZULKAEDAH 1430H

Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada
beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Mungkin Dr Aziz Bari melihat bahawa Dr Hassan Ali tidak perlu membuat kenyataan terbuka, sehingga dilihat wujudnya pertembungan antara PR. Saya ingn tegaskan bahawa isu ini telah dibincang dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan dalam media berhubung perkara ini. Tetapi atas kedudukannya sebagai exco kerajaan yang menjaga agama dan Pesuruhjaya Negeri, saya fikir beliau juga mempunyai kekangan bila diajukan persoalan oleh pemberita, dan masyakakat juga ingin mendengar kenyataannya sebagai exco agama. Yang lebih adil ialah mendapatkan penjelasan sebenar terhadap kenyataannya, bukan hanya melalui media perdana yang tentunya lebih suka melihat pertembungan dalam PR, serta melihat juga pendirian Badan Perhubungan Negeri yang merupakan badan tertinggi parti di peringkat negeri.

Saya melihat kenyataan kontroversi bukan sahaja dari kalangan PAS, bahkan kenyataan serupa berlaku di Kedah oleh pimpinan DAP berhubung isu pusat penyembelihan, kouta perumahan, dan lainnya. Kita melihat perbezaan dalam PR adalah sikap keterbukaan kita, dan ternyata dalam beberapa pertemuan pimpinan PR, hubungan antara kita sangat kukuh, mesyuarat dwi bulanan PR merupakan
medan penting bagi pengukuhan ini.

Walau bagaimanapun pandangan Dr Aziz Bari bahawa agak sukar untuk dilakukan kerana beliau ( Dr Hassan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro Umno. Kenyataan ini tentunya agak keterlaluan, kerana Jawatankuasa Disiplin parti tidak sesekali terikat dengan apa yang disangka oleh beliau. Kita mempunyai rujukan peraturan dan tindakan. Jawatankuasa Disiplin sehingga kini menerima saranan daripada PR agar semua kepimpinan parti terikat dengan peraturan parti masing-masing, tetapi menegaskan agar tiada kenyataan yang boleh menimbulkan keretakan dalam Pakatan.

Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa
surat rasmi berhubung perkara tersebut. Namun perlu dinyatakan bahawa PR dalam mesyuarat lalu telah memanggil sama semua exco Selangor bagi mendengar permasalahannya, dan mesyuarat Harian Pusat juga telah mengundang Harian Selangor bagi mendengar permasalahan yang berlaku, dan telah membuat ingatan agar semua kenyataan yang boleh megeruhkan suasana dalam PR dielakkan, bahkan sebarang perkara yang mempunyai perbezaan pandangan dapat diselesaikan dalam mesyuarat exco dan parti masing-masing.

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Antaranya beliau (Dr Aziz Bari ) memetik pandangan yang menyatakan Presiden tidak memberi respon terhadap apa yang berlaku di Selangor. Akibatnya pelbagai tuduhan yang menyamakan beliau dengan bekas presiden UMNO dan lainnya. Sedangkan realitinya beliau telahpun memberikan respon kepada apa yang berlaku, bahkan sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR. Namun Dr Aziz Bari ternyata tidak seronok dengan kenyataan dari Timbalan Presiden yang dilihat membela Hassan Ali. Dalam situasi yang ada apa jua kenyataan tentulah akan ada yang setuju dan sebaliknya. Yang tentunya kita tidak boleh minta agar semua kenyataan sesuai dengan kehendak kita.

Namun saya melihat pandangan beliau agak tersasar dari tajuk utama kerana apakah kerana kita tewas dalam satu PRK maka perubahan kepimpinan perlu dilakukan. Bagaimana dengan kemenagan sebelum ini, apakah ia tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada? Mari kita kembali kepada peringatan Allah :
“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

21 comments:

Anonymous said...

saya sokong penuh tuan guru dato tuan ibrahim,dan saya pula mencadangkan supaya org yang membela dr aziz bari itu dipecat daripada PAS kerana merosakkan keharmonian dalam jemaah.


Muhammad Akmal Abdullah Sani
Pemuda PAS Perak

Anonymous said...

Salam,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11.

Saya rasa tak salah kalau kita menerima mendengar dan menghalusi pendapat orang lain.

Vagabond said...

ustaz, sama tak nampak pun ustaz tulis kita (PAS) perlu muhasabah diri kita...asyik kata prof aziz ahli akademic, ahli akademik dan setrusnya....payah macam ni....maksud ustaz Dr hassan buat semua betui....masalah tu....kalau dah salah , salah lah tu....macam ustaz tulis
"Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Anonymous said...

sila tuan ke http://pasakgeraham.blogspot.com

Anonymous said...

ustaz,ada pimpinan dlm pas ni rasa usaha depalah yg menyebabkan pas ni buleh menang,,,bukan bantuan dari Allah sgt...tu la punca depa rajin kritik ulama'...sesungguhnya ibadah merekalah yg membawa mereka ke syurga,bukan rahmat allah...jd depalah yg maha bijak ,maha hebat

Ibn Ali said...

Alhamdulillah, saya lebih tenang kini.

Anonymous said...

salam,

Pandangan Aziz Bari pada saya semacam mewakili pandangan sebilangan intelektual IPT khususnya tentang PAS pada masakini. Bagi kita, mungkin persepsi seperti itu tidak tepat. Jawaban Ust adalah untuk menjelaskan keadaan sebenar. Tapi, yang nyata macam itulah persepsi sesetengah orang lain pada kita. Pada saya, kita patut fikir pendekatan baru yang lebih berkesan untuk jelaskan kepada golongan ini tentang halatuju kita dalam politik negara dan isu-isu tertentu yang panas dan kritikal. Pandangan Aziz Bari pada saya adalah petanda pendekatan yang kita ambil selama ini masih belum mantap untuk memahamkan golongan ini tentang politik PAS. Satu lagi ust, tolonglah nasihat ust idris ahmad agar bila menjawab apa-apa isu, jawablah dengan penuh hikmah. Kalau tidak, ramai orang akan pesenda kita. Maaf zahir batin.

mujahid al-jundi said...

pas baru kalah sekali prk dah kelam kabut habis sekalian alam. terus menyalahkan pimpinan sehingga nak gugurkan daripada barisan kepimpinan jamaah..
bagaimana kejayaan prk sebelum ini, apakah tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada???

inilah dasar manusia yang tidak dapat menerima Qada & Qadar

aina sofia said...

saya sangat bersetuju dengan pandangan dato'...tuduhan bahawa pihak pimpinan tertinggi PAS pro umno adalah melampau dan tersasar jauh...saya harap pihak pimpinan tidak saling curiga mencurigai selepas ini.

Abu Aliya said...

Ustaz,
Ternyata sebahagian ahli PAS seolah-olah sudah hilang jati diri sebagai pendokong perjuangan PAS ; bukan sahaja mereka tidak wala' pada Presiden malahan sudah hilang keyakinan kepada kekuatan sendiri. Mereka lebih yakin dengan sokongan non-Muslim yang dicanang sebagai penentu kemenangan PAS, sehingga lupa tentang kekuatan PAS dan pertolongan Allah swt. Sepatutnya dikala kita mendapat sokongan, kita sama-sama memperkukuhkan parti dengan menambah ahli baru dari kalangan Muslim yang majoritinya Melayu disamping memperkasakan kelab penyokong PAS. Bukannya memporak perandakan jemaah dari dalam. Apa sebenarnya muslihat mereka ? Benarkah dengan pengunduran Presiden, Cikgu Pa, Dato Hassan Ali dan Ustaz Nasha, akan dapat menguatkan PAS ataupun sebenarnya untuk menguatkan PKR & DAP sahaja?

Abu Aliya said...

Ustaz,

Kita mesti yakin dengan kekuatan sendiri, InsyaAllah PAS akan menang apabila kita sudah cukup kuat dan bersedia, dan apabila pertolongan Allah datang. Saya amat yakin non-Muslim akan terus menyokong PAS jika parti kita kuat sebagaimana mereka menyokong UMNO/BN selama ini. PAS tidak boleh meletakkan harapan menggunung kepada sokongan non-muslim yang kita maklum amat rapuh, biasanya berbentuk sementara bergantung kepada situasi/peluang dan bila-bila masa pun boleh beralih angin sebagaimana di Bagan Pinang. Bukankah Dr Aziz Bari dalam analisanya mengatakan keputusan PRU12 adalah kejutan besar, tsunami politik..maksudnya ia bercorak sementara. Kenapa kita masih terus biarkan diri kita tertipu dengan badai tsunami tersebut dan tidak mahu memperkukuhkan parti kita dari dalam? Bacalah tulisan Sdr Ridhuan Tee - Chinese Muslim yang tentunya masak dengan attitude bangsanya untuk diambil pengajaran.

Abu Aliya
Shah Alam

Abu Aliya said...

Ustaz,

Muktamar ke-50 baru sahaja berlepas dan majority ahli2 PAS ‘mengendorse’ Presiden dan barisan baru. Mengapa perlu diadakan muktamar khas? Jasa TGNA terlalu banyak dan kita amat sayangkan beliau, begitu juga Presiden TGHH. Tetapi 'penasihat2' TGNA dan driving force yang mahu menjatuhkan Presiden akan terus mencari segenap ruang dan peluang untuk menyalurkan segala kesalahan dan kelemahan parti kepada Presiden walaupun terang-terangan dalam kes Bagan Pinang banyak perkara besar lain yang boleh menjadi penyebab kepada merosotnya undi PAS/PR. Kenapa kes Kg Buah Pala yang terang-terang menyinggung perasaan orang India, tidak di kemukakan oleh Aziz Bari sebagai antara penyumbang utama. Musykil juga mengapa kes kuil sek 19 yang menyinggung orang Hindu yang dilakukan oleh Umno pula makin menarik pengundi2 India untuk menyokong Umno/BN. Sungguh ajaib, kenapa kes arak pula diperbesarkan, padahal semua bangsa/agama sependapat arak tidak baik untuk kesihatan. Selama ni pun non-Muslim tahu betapa PAS amat teguh berpegang dengan hukum-hakam Allah, namun mereka tetap mengundi kita atas alasan masing-masing. Kenapa pula kita perlu mengorbankan prinsip kita hanya untuk menggembirakan kawan kita dalam PR?

Abu Aliya
Shah Alam

Yap said...

(isu-isu selangor) "... sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR." Ya media arus perdana tidak ada kenyataan media Hadi Awang mengenai kepala lembu dan arak, tetapi mengapa tidak jumpa juga di media internet seperti malaysiakini, insider dll? mengapa tidak dijumpa di blog Hadi Awang? sila tunjukkan bukti, kalau tidak hujahan anda tidak boleh dipercayai, bolehkah saya kata anda seorang pembohong atau spin doctor bagi Hadi Awang?

Anonymous said...

salam,

cukupla Dato' jgn "playsafe" sgt..
jgn nak jaga kedudukan dgn "playsafe",

kita serah je pada muktamar,
kalau TGHH menang,
kita pakat ramai2 sokong dia,

kalau tewas,
pakat2 suruh dia dan puak2 dia letak jawatan..
(termasuk dgn Dato sekali sbb dato' playsafe sbb takut nak tegur kemungkaran)..

tolong la Dato, cukupla..
tak perlu memutarbelit ayat al-Quran utk menghalalkan tindakan mereka.

kalau ustaz guna ayat (pro-HADI), dan kalau pak khalid guna ayat(pro TGNA)... dua-dua nak memenangkan hujah masing2 guna ayat AlQuran...

bukan salah,
tapi jgnla memanipulasi ayat alQuran lagi.. please..

cukupla... pro-HADI guna ayat alQuran, pro-TGNA guna ayat alQuran, last2, ... hancur Islam dek kerana golongan ustaz macam Dato..

wassalam

Anonymous said...

salam us .. saya mnyokong penuh dgn pandangn ust terhadap dr aziz bari . Bg saya itu adlh mereka yg cuba untk menjatuhkan islam krna sprtmana kita maklum sifat org2 munafik yg ALLAH rakamkan dlm quran mereka pada mulanya memuji2 akan islam dlm masa yg sama mereka cuba hendak menjatuhkan islam . skrg ni oleh krna pandangan aziz bari kecoh di seluruh blog2 hmpir berpuluh blog mengulaskan pandgn aziz .

Slps dri itu muncul pulak hampir berpuluh2 blog mngulas pandangn TOK GURU NIK AZIZ ttg muktmr khas .Bg saya itu xda mslh sbb itu boleh dibncg dlmn parti , bg saya yg maslah skrg ini kbykn mereka membri komen yg tak berapa elok terhadap tok gru NIK AZIZ tok guru hj HADI hj Hasan Ali dn kpmmpnan parti . Utk itu Saya BERHARAP Tg Tuan Ibrahim dpt membuat satu kenyataan dan menghantr kpd semua blog2 yg cuba memberi komen ttg ini agar jgn cepat melatah dlm sesuatu perkara dan selidik dhulu kyntaan TG NIK AZIZ sptmana kita lihat pada SIRAH NABI Sollallahualaihi wasallam apa2 yg berlaku pasti Para Sahabat akan terus pergi brtyn kpd BAGINDA dan sahabat tidak skli2 mmbri pandangn tanpa soal selidik dhlu OLEH krn HNDK MENJAGA JEMAAH ISLAM spya jgn cpt2 melatah kran MEDIA ,munafik dan sbginya mrka akan mengambil kesempatan dri pkra sbgni untuk memburukkn islam .

Saya risau krn knytaan dlm blog2 kbyknnya dibca oleh media2 umno dan puak2 yg x suka islam dan mereka akan menggunakan media yg lebih besar dan memutarbelitkan knytaan untuk mnjthkan islam .

Dlm blog brpa kerat sgt org yg membcanya dan apabila disebarkan dlm TV 1 2 3 UMNO barua ini , ini dapt menaikkan saham umno untk menjatuhkan islam dan di dgr oleh 18 JUTA org yg semuanya ada TV umno . berbanding blog2 hny bbrpa kerat knytaan dan akn diambil oleh TV umno utk putarbelitkan knytaan seterusnya didgr oleh puluhan org di msia .

Saya percaya itu satu pandangan mereka ttp mereka perlu lihat pada maslahah yg lebih besar oleh krn dri hasil komen mrka yg tak tentu pasai ttg TG NIK AZIZ tanpa soal sndri dgn TG sprtimana yg dilakukan PARA SAHABAT dhlu ini akan melemahkan islam , mrka berfikir seolah2 dgn komen2 itu dpt memberi positif pada islam walhal TV barua umno licik utk putar knytaan dan sterusnya di masuk dlm tv dpt d dgri oleh jutaan masyrakat msia berbanding blog2 komen mrka yg hyn x smpi ratusan ribu org yg membacanya ..

Saya tulis sbb saya amat rsau apa yg berlaku demi islam krn Sbb yg membri komen spttnya ada saluran DI DALAM PAS untuk beri komen , @ menghntr surat @ jumpa sndri dgn pimpnn itu klu ada salah , bukan komen di dlm blog2 sterus dgn komen2 itu puak2 UMNO dgn licik mrka putar belitkan dlm Tv ..

kita x perlu byk beri komen bahkan kita sendiri yg Perlu sama2 untuk menguatkn PAS didalm jemaah .

Saya harap sgt Dri TN Guru untuk mengeluarkan knytaan kpd mereka2 ini spya jgn terlalu cpat melatah , sbb pada masa skrg media besar sdg berperanan untuk menjahanamkan ISLAM..

Akhir sekali saya mnta mf byk klu ada tersalah maksud , dan saya cadangkan sbb saya SYGKAN PERJUANGN PAS dan hati saya rasa x sdap bilamana org cuba mengkomen TG NIK AZIZ , TG HJ HADI , HJ HASAN ALI dan pimpinan yg lain sbb klu nk komen boleh tp ada saluran dia bukan di blog krn mesti tahu TV MEDIA barat umno ni sntiasa cri kslhn untk mnjthkan pas .
Dan saya mnta maaf sbb bg cadangan pada TG di dalm blog Tg sbb saya yakin TG antra yg dkt dgn Kepimpnn . Dan dlm Islam ada kaedah2 tertentu serta kebijaksanaan dlm menyelesaikan sesuatu masalah .

Jika cdgn saya tersilap saya mnta mf byk2 . serta memhon keampunan dri ALLAH ..


.IHZIMHUM WANSURNA ALAIHIM ..

PENUNTUT AZHAR MESIR

Anonymous said...

salam us .. saya mnyokong penuh dgn pandangn ust terhadap dr aziz bari . Bg saya itu adlh mereka yg cuba untk menjatuhkan islam krna sprtmana kita maklum sifat org2 munafik yg ALLAH rakamkan dlm quran mereka pada mulanya memuji2 akan islam dlm masa yg sama mereka cuba hendak menjatuhkan islam . skrg ni oleh krna pandangan aziz bari kecoh di seluruh blog2 hmpir berpuluh blog mengulaskan pandgn aziz .

Slps dri itu muncul pulak hampir berpuluh2 blog mngulas pandangn TOK GURU NIK AZIZ ttg muktmr khas .Bg saya itu xda mslh sbb itu boleh dibncg dlmn parti , bg saya yg maslah skrg ini kbykn mereka membri komen yg tak berapa elok terhadap tok gru NIK AZIZ tok guru hj HADI hj Hasan Ali dn kpmmpnan parti . Utk itu Saya BERHARAP Tg Tuan Ibrahim dpt membuat satu kenyataan dan menghantr kpd semua blog2 yg cuba memberi komen ttg ini agar jgn cepat melatah dlm sesuatu perkara dan selidik dhulu kyntaan TG NIK AZIZ sptmana kita lihat pada SIRAH NABI Sollallahualaihi wasallam apa2 yg berlaku pasti Para Sahabat akan terus pergi brtyn kpd BAGINDA dan sahabat tidak skli2 mmbri pandangn tanpa soal selidik dhlu OLEH krn HNDK MENJAGA JEMAAH ISLAM spya jgn cpt2 melatah kran MEDIA ,munafik dan sbginya mrka akan mengambil kesempatan dri pkra sbgni untuk memburukkn islam .

Saya risau krn knytaan dlm blog2 kbyknnya dibca oleh media2 umno dan puak2 yg x suka islam dan mereka akan menggunakan media yg lebih besar dan memutarbelitkan knytaan untuk mnjthkan islam .

Dlm blog brpa kerat sgt org yg membcanya dan apabila disebarkan dlm TV 1 2 3 UMNO barua ini , ini dapt menaikkan saham umno untk menjatuhkan islam dan di dgr oleh 18 JUTA org yg semuanya ada TV umno . berbanding blog2 hny bbrpa kerat knytaan dan akn diambil oleh TV umno utk putarbelitkan knytaan seterusnya didgr oleh puluhan org di msia .

Saya percaya itu satu pandangan mereka ttp mereka perlu lihat pada maslahah yg lebih besar oleh krn dri hasil komen mrka yg tak tentu pasai ttg TG NIK AZIZ tanpa soal sndri dgn TG sprtimana yg dilakukan PARA SAHABAT dhlu ini akan melemahkan islam , mrka berfikir seolah2 dgn komen2 itu dpt memberi positif pada islam walhal TV barua umno licik utk putar knytaan dan sterusnya di masuk dlm tv dpt d dgri oleh jutaan masyrakat msia berbanding blog2 komen mrka yg hyn x smpi ratusan ribu org yg membacanya ..

Saya tulis sbb saya amat rsau apa yg berlaku demi islam krn Sbb yg membri komen spttnya ada saluran DI DALAM PAS untuk beri komen , @ menghntr surat @ jumpa sndri dgn pimpnn itu klu ada salah , bukan komen di dlm blog2 sterus dgn komen2 itu puak2 UMNO dgn licik mrka putar belitkan dlm Tv ..

kita x perlu byk beri komen bahkan kita sendiri yg Perlu sama2 untuk menguatkn PAS didalm jemaah .

Saya harap sgt Dri TN Guru untuk mengeluarkan knytaan kpd mereka2 ini spya jgn terlalu cpat melatah , sbb pada masa skrg media besar sdg berperanan untuk menjahanamkan ISLAM..

Akhir sekali saya mnta mf byk klu ada tersalah maksud , dan saya cadangkan sbb saya SYGKAN PERJUANGN PAS dan hati saya rasa x sdap bilamana org cuba mengkomen TG NIK AZIZ , TG HJ HADI , HJ HASAN ALI dan pimpinan yg lain sbb klu nk komen boleh tp ada saluran dia bukan di blog krn mesti tahu TV MEDIA barat umno ni sntiasa cri kslhn untk mnjthkan pas .
Dan saya mnta maaf sbb bg cadangan pada TG di dalm blog Tg sbb saya yakin TG antra yg dkt dgn Kepimpnn . Dan dlm Islam ada kaedah2 tertentu serta kebijaksanaan dlm menyelesaikan sesuatu masalah .

Jika cdgn saya tersilap saya mnta mf byk2 . serta memhon keampunan dri ALLAH ..


.IHZIMHUM WANSURNA ALAIHIM ..

PENUNTUT AZHAR MESIR

Muhammad Khairi bin Kamaruddin said...

Penerangan ustaz 100 kali ganda lebih mantap dr ust idris ahmad yg terlalu emosi..sy bersetuju dgn semua hujah2 yg diberi..tp benar2 kecewa dgn komen ketua penerangan Pas Pusat berhubung isu ini. tidak beradab bahkan merendah2kan golongan akedemik amnya, dan prof. aziz bari khususnya.seolah2 pas parti jumud dan tidak boleh mendengar pandangan pihak lain. nasib baik sesetengah pemimpin seperti ustaz tuan ibrahim, salahuddin ayob, ust azizan, lebih rasional dan membalas kritikan dgn penuh hikmah.ini yg kita maahukan..

Anonymous said...

Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menetukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

cicitHJHASSANu said...

teruskan membina sahsiah ahli....

Anonymous said...

salam Dato' semoga mendapat rahmat & keberkatn dri ALLAH swt hendaknya...
Kenap Dato'tidak ulas pasal isu SELCAT diSelangor yg di utara oleh Dato' Hassan Ali sendiri..
harap diperjelskan, sekian

al-fakir said...

pengritik dari luar PAS dan UMNO boleh menjadi cermin untuk memperbaiki pemimpin dan ahli politik dan bukan musuh. Bandingannya hanya orang lain sahaja boleh membuang sampah dalam di mata sendiri...

catatanhamba.blogspot.com

Post a Comment