Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: May 2011
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



JANGAN MANGSAKAN RAKYAT

27 Jamadil Akhir 1432 H | 30 Mei 2011

“Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN: 
  • Kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.
  • Kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat.

Itulah ulasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifudin Nasution sebagai tindak balas terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.

“Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta Perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran,” ujarnya lagi kepada keadilandaily.com


Beliau turut menangkis kenyataan  Muhyiddin, bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.


“Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.


“Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Machang.


Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya:

  • Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.

  • Subsidi RM 22 bilion boleh diberikan kepada 26 syarikat IPP (Pengeluar Tenaga Bebas Swasta) tetapi subsidi kepada rakyat dianggap 'candu'

  • Pengubahsuaian kediaman rasmi PM bernilai RM 65juta

  • Perbelanjaan RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.

  • Meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.

  • PM membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara

  • Peruntukan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama yang dinaungi Rosmah Mansor di Kuala Lumpur tahun lalu. Di samping pemborosan 'wanita pertama negara' ini yang membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di Hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan.

ISLAM HAK ALLAH, MENGAPA UMNO TOLAK?

25 Jamadil Akhir 1432 H | 28 Mei 2011

"Saya ucap syukur kepada Allah S.W.T. dapat sampai ke sini walaupun dalam keadaan keletihan. Letih pun sekadar nak lawan Umno tu boleh sangatlah,"
kata Tuan Guru Nik Aziz di 
Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz dalam ceramahnya terus menyelar Umno BN yang menolak dasar Islam sebaliknya mengagungkan dasar kebangsaan.


"Bila Umno ajar kepada kita buang Islam, ambil kebangsaan, Islam ini hak Allah Taala, bukan hak PAS, bukan hak Nabi Muhammad. Islam agama dari langit, bukan dari Makkah, diturunkan melalui nabi-nabi.


"Bagaimana Umno sebagai seorang manusia tolak agama Allah Taala. Bila tolak Islam ganti dengan Melayu, ertinya Umno tolak Allah, tolak Nabi Muhammad, tolak Islam. Macammana Umno ni, duduk atas muka bumi Allah tapi tolak agama Allah?" soalnya dengan tegas.


Beliau turut mempersoal tindakan Umno BN yang memisahkan sistem pentadbiran dengan agama dengan beranggapan agama dan politik adalah perkara berbeza.


"Islam ialah agama yang dibawa Nabi Muhammad, dan Nabi Muhammad sendiri ahli politik.


"Umno sebut agama lain, politik lain. Saya nak tanya Umno, kalau agama lain politik lain, siapa yang jaga politik ketika zaman Nabi Muhammad selama 23 tahun. Bukan British, bukan Amerika yang jaga politik di Makkah dan Madinah zaman nabi dulu.


"Semua nabi yang uruskan, mengadakan perjanjian dengan Yahudi dan sebagainya. Ini menunjukkan nabi juga urus politik dalam masa yang sama pemimpin Islam. 
Islam tidak boleh tidak mesti bersama dengan politik," katanya.

Selain itu, beliau kesal dengan tindakan Umno BN yang sering mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi jika dihadiri ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Mana ada demokrasi larang manusia guna hak dia. Hak manusia untuk bercakap. Allah bagi hak untuk bercakap. Bukan sahaja diluluskan oleh PBB. 
Kenapa Umno suka sangat halang kita untuk bercakap, berceramah. Malam ni agaknya mereka tak tahu kita ada ceramah di sini, itu yang tak datang kacau," katanya berseloroh. - Harakahdaily

APA ISU DI SEBALIK KENAIKAN TARIF ELEKTRIK?

25 Jamadil Akhir 1432 H | 28 Mei 2011

Kerajaan bakal mengumumkan secara rasmi kenaikan tarif elektrik pada 30 Mei 2011. Pelbagai istilah digunakan dalam 'menghalalkan' kenaikan ini. IPP, subsidi, kuasa tambahan dan sebagainya. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut  kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/swasta (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.


“Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat,” tegas Anwar.


Di bawah ini disertakan forum perbincangan di mesra.net berkaitan kenaikan tarif elektrik. Walaupun forum ini dibuat dua tahun lepas, tetapi tetap relevan dan dapat memahamkan kita tentang isu kenaikan tarif elektrik:

BN MASIH MINAT NAIK HARGA MINYAK

24 Jamadil Akhir 1432 H | 27 Mei 2011

"Saya berpendapat dengan penangguhan kenaikan harga minyak bermaksud Kerajaan Persekutuan mempunyai niat untuk menaikkan harga minyak," tegas Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lalu bahawa kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut menjelaskan sebab sebenarnya mengapa kenaikan harga minyak yang diwar-warkan ini akan berlaku.

"Dalam isu ini saya rasa bukan isu rasionalisasi subsidi tetapi isunya ialah negara kita kekurangan wang kerana sebab yang lain, bukan kerana subsidi.

"Kalau isu subsisi harga minyak, sebagai negara pengeluar minyak kenapa Mesir dan Oman boleh letakkan harga minyak yang lebih rendah sedangkan mereka mempunyai penduduk yang lebih besar. Perbandingan adalah seperti berikut:

NO.
      NEGARA      HARGA/LITER (RM)
27.        Malaysia       2.90
28.        Oman           1.00
29.        Mesir            1.06

"Saya harap kerajaan Malaysia boleh menggunakan perbandingan ini untuk memberikan hujah kepada rakyat Malaysia kenapa mereka membesarkan isu rasionalisasi subsidi," katanya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas. - Harakahdaily

KELUARGA SARBAINI TUNTUT PENJELASAN POLIS


24 Jamadil Akhir 1432 H | 27 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu. Kali terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

“Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini. Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja. Nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?”
 katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.


Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan “hilang” begitu sahaja...
“Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja. Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru,” kata anggota tersebut.


Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.

Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya — Ghani — telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

TAZKIRAH - '5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT'

22 Jamadil Akhir 1432 H | 25 Mei 2011

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui 
Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan gembira dan tidak sabar-sabar bertanya: 


"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat-syarat itu adalah:
  1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.

    Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

    "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

  2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

    Syarat ini membuat lelaki itu amat terkejut.

    Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

    "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

  3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!

    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

    "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat seterusnya

  4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, minta tangguhlah kematianmu itu untuk bertaubat.

    Lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar: "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

    "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
     
  5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka, jangan engkau ikut bersamanya.

    Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " 
  
Akhirnya dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak. 

KJ SEMAKIN 'BIJAK' BERPOLITIK

KJ mencapai kemuncak karier politik
di zaman Pak Lah menjadi PM
20 Jamadil Akhir 1432 H | 23 Mei 2011


KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat. Tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

SUBSIDI : RAKYAT MERANA, KRONI DIUTAMA

Najib pinggirkan rakyat, kroni diutamakan
19 Jamadil Akhir 1432 H | 22 Mei 2011



“Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana?

"Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah kamu (Najib) akan berani mengatakan perkara yang sama kepada
‘tauke-tauke’ besar IPP?"
“Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak! Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita."

Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itu di hadapan ratusan hadirin yang melimpah 
sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.

Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.

SKANDAL VIDEO - SATU LAGI KENYATAAN PELIK MENTERI

19 Jamadil Akhir 1432 H | 22 Mei 2011

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

umno constitutional amendment committee meeting 061009 hishamuddin pc"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal. 

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara. - malaysiakini

'ROS' - SKRIP TERBARU NYAH PKR?

"ROS guna fakta dan dakwaan aneh!"
16 Jamadil Akhir 1432 H | 19 Mei 2011


PETALING JAYA 19 MEI: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pendaftaraan Umno terlebih dahulu sebelum membatalkan permit PKR.


Ini kerana, Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memecat beliau pada September 1998  tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatankuasa disiplin parti itu.

Justeru menurut beliau, sekiranya RoS ingin membatalkan permit PKR kerana bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti, maka agensi kerajaan itu juga seharusnya membatalkan pendaftaran Umno.


"Contoh, September 1998, Saifuddin dipecat daripada Umno tanpa dipanggil membela diri atau mengadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi. Saya adalah jawatankuasa disiplin Umno.


"Dua minggu selepas Datuk Seri (Anwar) dipecat, saya pula dipecat tetapi tidak dipanggil. Jadi kalau pemecatan anggota parti tanpa melalui Lembaga Disiplin, RoS juga patut batalkan pendaftaran Umno. Hantar surat macam ini juga kepada Umno pada tahun 1998," ujar beliau.


Saifuddin yang ditemui media sebelum itu memperjelaskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengemukakan notis bertarikh 9 Mei 2011 mengugut untuk membatalkan pendaftaran parti itu.


Alasan yang dikemukakan pertubuhan itu mendakwa PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian seorang anggota parti yang bertanding tanpa mendapat watikah perlantikan daripada parti.


Jelasnya lagi beliau tidak menyesal dipecat oleh Umno-BN kerana menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamed berikutan dakwaan liwat terhadap bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.


"Itu jelas saya masih ingat. Saya menerima surat daripada Setiausaha Agung, Sabaruddin Chik. Bukan mahu ungkit tapi mahu menyebut fakta. Saya tidak menyesal," katanya lagi. - tvselangor.com

RON95 NAIK - COBAAN ATAU BETUL-BETUL?

Kerajaan BN agak 'bersopan' untuk
menaikkan harga minyak RON95
16 Jamadil Akhir 1432 H | 19 Mei 2011
PARIT BUNTAR, 19 Mei: Pengerusi Idham Care, Drs Khalil Idham Lim berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.

“Mengapa semasa kerajaan Umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,” katanya.


Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.


"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi risiko kepada kenaikan harga barang lain," katanya.


PEMIMPIN, KHADAM RAKYAT!

14 Jamadil Akhir 1432 H | 17 Mei 2011
KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.


Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.


“PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat,” ujarnya.


“Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat?” soalnya.


LYNAS MAINAN POLITIK PEMBANGKANG - MB PAHANG

Pembangkang tidak tolak pembangunan,
tetapi keselamatan rakyat perlu diutamakan
14 Jamadil Akhir 1432 H | 17 Mei 2011

TEMERLOH, 17 Mei — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta semua pihak menunggu keputusan panel bebas yang mengkaji aspek keselamatan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Beliau berkata, tindakan berdemonstrasi atau bantahan terhadap pembinaan kilang itu yang didalangi pihak pembangkang dilihat lebih bermotifkan politik semata-mata.


“Semua pihak termasuk pihak pembangkang kelak harus menerima apa juga keputusan panel bebas itu,” katanya kepada pemberita di Pekan Kerdau di sini.


Dalam laporan Berita Harian Online petang ini, Adnan dipetik berkata, isu pembinaan kilang itu dilihat terlalu dipolitikkan sekali pun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) sebelum ini sudah mengesahkan bahawa kilang berkenaan adalah selamat.


Ahad lalu, empat orang termasuk dua wanita ditahan selepas terbabit dalam perhimpunan haram di depan pejabat DAP Pahang kerana membantah pembinaan kilang berkenaan.


Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.


Beberapa siri penerangan yang dianjurkan LPTA dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.


Kerajaan pada 22 April lalu mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu. - themalaysianinsider

SKRIP 1998 BERULANG

13 Jamadil Akhir 1432 H | 16 Mei 2011

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professor Dr Aziz Bari.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.


"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.


Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.


"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.


Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.


"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau. - tvnews.net

PERUTUSAN HARI GURU DARI PJ PAS PAHANG

13 Jamadil Akhir 1432 H | 16 Mei 2011

PAS Pahang merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Pahang khasnya dan di seluruh negara amnya. 

Pendidik ulung ialah ibu bapa kerana mereka lah yang pertama memberi suluhan cahaya kepada anak-anak untuk mengenali dunia mereka, dan insan pertama mengajar setiap perkara. Lantaran itu peranan ibu bapa sebagai pendidik ulung mesti diteruskan dengan menanam aqidah kepada anak-anak, selaras dengan Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah  suci murni ( Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Guru merupakan pengganti kepada ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat. Kuat semangat untuk melihat anak muridnya berjaya, dan sangat menginginkan muridnya lebih tinggi pencapaian dari gurunya. Lantaran itu Islam sangat memberi ingatan kepada murid agar sentiasa menghormati dan memuliakan guru.

Saya masih ingat sewaktu kecil hingga dewasa ibu seringkali berpesan: "Jangan sesekali kamu menyakiti hati guru kamu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidup kamu". Berbekalkan pesanan ini ingatlah  bahawa yang penting bagi ilmu itu ialah keberkatannya, yang mampu menyuluh cahaya dalam perjalanan hidup ini.


Kepada guru jadilah anda sebagai seorang pendidik yang amanah dan ikhlas dengan ilmu, seperti mata air yang mengalir air yang bersih dan jernih untuk di minum oleh semua. Manakala guru yang khianat dan tidak ikhlas dalam kerjayanya sama seperti mata air yang mengalirkan air yang keruh, lalu keruhlah air itu sampai di kuala.

Selamat Hari Guru.

16 MEI 2011


Datuk Mohamad Zabidin, hakim yang sentiasa
akan diingati walau apa pun jua keputusannya...
12 Jamadil Akhir 1432 H | 15 Mei 2011

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud 'prima facie' terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan:

  • Bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya

  • Menjawab dari kandang dituduh - testimoni Anwar tidak boleh disoal balas

  • Berdiam diri.
Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar. - Malaysiakini

PIHAK BERKUASA AGAMA JANGAN JADI PENONTON

Anwar telah dihukum bersalah
walaupun belum dibuktikan bersalah
12 Jamadil Akhir 1432 H | 15 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berkuasa syarak agar tidak hanya menjadi ‘fence sitter’ atau penonton sama seperti rakyat biasa dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan video seks yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu.


Juanda berkata, kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam soal penguatkuasaan undang-undang - penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah - bertanggungjawab di hadapan undang-undang dan Allah s.w.t atas akujanji dan sumpah setia jawatan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang syarak.


Oleh itu kata beliau, jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir.


“Kegagalan mengambil tindakan adalah salah di segi undang-undang dan berdosa di segi agama kerana khianat atas akujanji mereka. 
Ambillah tindakan segera kerana isu ini sudah lama merosakkan imej umat Islam, merendahkan moral masyarakat dan memperlekehkan undang-undang negara,” tegasnya.

Sehubungan itu Juanda menambah, jangan kerana akibat kelalaian mengendalikan isu ini nanti, kelak ia menjadi “paku terakhir yang dipahat” oleh umat Islam ke atas “keranda” institusi perundangan syarak.


Juanda juga mendakwa imej undang-undang syarak di Malaysia sudah cukup tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang syarak dalam isu video ini.


“Pihak penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah bertanggungjawab menjaga akhlak serta memelihara moral umat Islam. 
Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Mereka wajib menjalankan tugas hisbah dalam sebuah negara Islam,” katanya.

Mufti itu juga menambah, mereka wajib menjalankan tugas “amar makruf nahi munkar” agar wujud masyarakat yang berakhlak dan bermoral, bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam dan mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral ini.


“Tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkannya dan mengedarkannya untuk tontonan umum. K
alau ada pihak yang diaibkan, maka bersihkan imej mereka melalui pelaksanaan qazaf dan kalau ada pihak yang tidak bersalah, maka bebaskan mereka. Inilah keadilan Islam untuk semua, tanpa memilih kedudukan mereka,” katanya lagi.

“Ini semua adalah tanggungjawab kita kepada negara dan agama. Rakyat sedang menilai dan memerhatikan pihak penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah, sejauhmana mereka bertindak bagi membuktikan undang-undang adalah untuk semua dan tidak bersifat memilih bulu dalam tindakan yang diambil.


“Kita semua wajib memelihara imej agama, negara dan undang-undang kita. S
epatutnya pihak polis, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah Wilayah Persekutuan tempat perkara ini berlaku mengambil tindakan segera dan tegas kerana ini adalah perbuatan jenayah syarak yang amat nyata,” jelas beliau.

Juanda menambah, pelaksanaan sama ada hukum hudud, qazaf atau takzir boleh difikirkan oleh penguat kuasa syariah dan mahkamah syariah.


“Penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah mesti tegas dan cepat bertindak kerana isu ini sudah lama meresahkan umat Islam,” kata Juanda. - themalaysianinsider

UTUSAN MALAYSIA, 'UTUSAN' UMNO

8 Jamadil Akhir 1432 H | 11 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) berkata, Ketua Pengarang Utusan, 
Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu.

Yang hadir dalam mesyuarat 
itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar. Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu. Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil. Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan 'pundi kutty' kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010 dan telah mengalami RM 20 juta sejak 2009," lapor FMT. - Harakahdaily

TUN M, 'TALIAN HAYAT' UMNO

6 Jamadil Akhir 1432 H | 9 Mei 2011
Tuduhan Tun Mahathir bahawa PAS alat DAP adalah terlalu dangkal. PAS juga turut dilabel sebagai pemecah belah bangsa Melayu. Pendek kata, segala kemelut dan masalah yang melanda kini, mestilah PAS menjadi pencetusnya. UMNO betul segala-galanya, tiada cacat celanya dan tanpa UMNO seolah-olah bangsa Melayu itu akan tertindas.

Tun Mahathir sepatutnya menjadi penasihat yang baik bagi negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan negara. Dengan pengalaman 24 tahun sebagai PM pastinya beliau tahu betapa perlunya keamanan dan perpaduan kaum dipelihara. Beliau bukan sahaja gagal membantu menjadi penasihat baik bagi kerajaan sebagaimana fungsi yang telah dilakukan oleh Lee Kuan Yew di Singapura, sebaliknya sentiasa menjadi masalah bagi kepimpinan negara.

Di zaman Pak Lah jadi PM, Tun sendiri yang melantiknya sebagai pengganti. Tiba-tiba dialah yg mengkritik, sentiasa merungut, dan ditekan dengan pelbagai bahasa yg kesat. Beliau gagal membantu kerana sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh.

Kini Tun meneruskan agenda beliau menyemarakkan api perkauman dan agama. Apa tujuan beliau yang tahu kesan bila mana ianya gagal dikawal? Apakah kerana mengharapkan bagi mengekalkan kuasa UMNO dan parti perkauman yg semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus mengharapkan elemen perkauman menjadi agenda utama pada setiap kali PRU?

Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun nak bawa negara? Betul beliau ahli UMNO dan bekas pimpinan lama. Kalau beliau bukan mantan PM, saya tidak kisah. Tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau masih PM.

ISLAM TETAP AGAMA RASMI

5 Jamadil Akhir 1432 H | 8 Mei 2011

Tidak logik dan tiada asas!" komen Dato' Tuan Ibrahim berkaitan laporan Utusan Malaysia - 'Kristian Agama Rasmi?'


“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR yang majoritinya Islam akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.


“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen. Dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.


PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana ‘kebebasan suara’ double standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ianya milik Umno.


“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera. Tindakan 'double standard' inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkauman,” bidas Tuan Ibrahim.
“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ianya tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim. - Harakahdaily

PRU13 AGENDA UTAMA

4 Jamadil Akhir 1432 H | 7 Mei 2011


GOMBAK, 7 Mei:
 Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.


"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.


"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya.


Hegemoni Amerika "Raison d'etre" kepada Fenomena Osama

Najib 'senada' dengan Obama - "Dunia
lebih aman dengan kematian Osama."
4 Jamadil Akhir 1432 H | 7 Mei 2011

Oleh A Kadir Jasin

MENGHARAPKAN
 dunia aman (atau lebih aman) semata-mata kerana Ame
rika mendakwa ia telah membunuh Osama Bin Laden adalah naif.

Osama adalah ciptaan Amerika untuk memerangi Rusia di Afghanistan pada tahun-tahun penutup Perang Dingin. Selagi Amerika bermaharajalela dengan hegemoninya, adalah tidak mustahil “Osama” lain akan muncul atau sudah pun muncul.


Hanya mereka yang pro-Amerika secara melulu dan cetek mengenai geopolitik sahaja percaya bahawa “kematian” Osama akan mengamankan dunia.