Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BN MASIH MINAT NAIK HARGA MINYAK
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

BN MASIH MINAT NAIK HARGA MINYAK

24 Jamadil Akhir 1432 H | 27 Mei 2011

"Saya berpendapat dengan penangguhan kenaikan harga minyak bermaksud Kerajaan Persekutuan mempunyai niat untuk menaikkan harga minyak," tegas Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lalu bahawa kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut menjelaskan sebab sebenarnya mengapa kenaikan harga minyak yang diwar-warkan ini akan berlaku.

"Dalam isu ini saya rasa bukan isu rasionalisasi subsidi tetapi isunya ialah negara kita kekurangan wang kerana sebab yang lain, bukan kerana subsidi.

"Kalau isu subsisi harga minyak, sebagai negara pengeluar minyak kenapa Mesir dan Oman boleh letakkan harga minyak yang lebih rendah sedangkan mereka mempunyai penduduk yang lebih besar. Perbandingan adalah seperti berikut:

NO.
      NEGARA      HARGA/LITER (RM)
27.        Malaysia       2.90
28.        Oman           1.00
29.        Mesir            1.06

"Saya harap kerajaan Malaysia boleh menggunakan perbandingan ini untuk memberikan hujah kepada rakyat Malaysia kenapa mereka membesarkan isu rasionalisasi subsidi," katanya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas. - Harakahdaily

2 comments:

Lokman said...

Pengeluaran Minyak Mentah Malaysia = 703.92 ribu tong sehari bersamaan 111,923,280 liter sehari. Jumlah kenderaan berdaftar di JPJ pada 2010 ialah sebanyak 19 juta kenderaan. Cuba tuan congak sehari secara purata berapa liter satu kenderaan isi minyak, katakanlah 10 liter. Sudah tentu pengeluaran minyak mentah malaysia tak cukup nak tampung permintaan dlm negara sendiri. Ada betul ka, takda betul?

Blog 1 Malaysia said...

Tolong jangan naik lagi :-)








-------------------------------------------------------------
PRU ke-13 Dan Pengkhianatan - Undi BN Undi HARAM. Pemimpin BN Pemimpin SETAN. Rakyat perlu bersedia dengan kehancuran dan kemusnahan generasi muda dan generasi baru
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

Post a Comment