Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: TUN M, 'TALIAN HAYAT' UMNO
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



TUN M, 'TALIAN HAYAT' UMNO

6 Jamadil Akhir 1432 H | 9 Mei 2011
Tuduhan Tun Mahathir bahawa PAS alat DAP adalah terlalu dangkal. PAS juga turut dilabel sebagai pemecah belah bangsa Melayu. Pendek kata, segala kemelut dan masalah yang melanda kini, mestilah PAS menjadi pencetusnya. UMNO betul segala-galanya, tiada cacat celanya dan tanpa UMNO seolah-olah bangsa Melayu itu akan tertindas.

Tun Mahathir sepatutnya menjadi penasihat yang baik bagi negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan negara. Dengan pengalaman 24 tahun sebagai PM pastinya beliau tahu betapa perlunya keamanan dan perpaduan kaum dipelihara. Beliau bukan sahaja gagal membantu menjadi penasihat baik bagi kerajaan sebagaimana fungsi yang telah dilakukan oleh Lee Kuan Yew di Singapura, sebaliknya sentiasa menjadi masalah bagi kepimpinan negara.

Di zaman Pak Lah jadi PM, Tun sendiri yang melantiknya sebagai pengganti. Tiba-tiba dialah yg mengkritik, sentiasa merungut, dan ditekan dengan pelbagai bahasa yg kesat. Beliau gagal membantu kerana sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh.

Kini Tun meneruskan agenda beliau menyemarakkan api perkauman dan agama. Apa tujuan beliau yang tahu kesan bila mana ianya gagal dikawal? Apakah kerana mengharapkan bagi mengekalkan kuasa UMNO dan parti perkauman yg semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus mengharapkan elemen perkauman menjadi agenda utama pada setiap kali PRU?

Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun nak bawa negara? Betul beliau ahli UMNO dan bekas pimpinan lama. Kalau beliau bukan mantan PM, saya tidak kisah. Tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau masih PM.

1 comments:

Unknown said...

Aslmkm. Selama ni saya mendiam diri sahaja. Oleh sebab suasana di negara saya yang saya mencintai sangat, saya telah menjadi bukan pengundi. Tetapi saya telah membaca banyak sangat komen-komen orang bukan Islam (Melayu) dan juga orang Islam. Kali pertama saya melihat bahawa saudara menyedari apakah agenda orang bukan islam. jikalau mereka memerentah negara ini, Islam tidak akan menjadi agama rasmi dan juga banyak perkara yang lain. Tolonglah sedar apa yang mereka hendak sangat. Terima Kasih. Zol

Post a Comment