Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SUBSIDI : RAKYAT MERANA, KRONI DIUTAMA
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



SUBSIDI : RAKYAT MERANA, KRONI DIUTAMA

Najib pinggirkan rakyat, kroni diutamakan
19 Jamadil Akhir 1432 H | 22 Mei 2011



“Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana?

"Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah kamu (Najib) akan berani mengatakan perkara yang sama kepada
‘tauke-tauke’ besar IPP?"
“Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak! Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita."

Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itu di hadapan ratusan hadirin yang melimpah 
sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.

Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.




Rakyat diminta bersedia hadapi
kenaikan harga minyak RON95

Meneruskan ucapannya, Anwar menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang sentiasa berpihak kepada kroni perniagaan yang kaya, dalam masa yang sama meminggirkan jutaan rakyat terbanyak melalui pembikinan dasar yang tidak pro-rakyat.

“Kalau rakyat itu miskin, pendapatan rendah, merempat, duduk di kampung-kampung, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk 
menjaga dan membantu kebajikan mereka.


“Dalam sejarah, tidak pernah ‘tauke-tauke’ ini kalah. Yang kalah ialah rakyat. Sebab itu saya tak setuju dengan cara ini,” katanya disambut tepukan 
gemuruh hadirin.


“Adakah dengan memasukkan Anwar dalam penjara, akan selesai masalah kemiskinan orang Melayu? Dah masuk pun 6 tahun, tak selesai juga. 
Bahkan, rasuah makin banyak,” kata Anwar.


Beliau mencabar pimpinan Umno-BN untuk bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada gejala rasuah dan penyelewengan tidak wujud di Malaysia. 
Dalam pada itu beliau menambah, beban sebenar rakyat cuba dialihkan oleh media kawalan Umno-BN melalui pelbagai fitnah rekaan untuk menyerang peribadi, malahan fizikal ahli keluarganya.


“Saya ini menjadi ‘public enemy’ nombor satu kepada mereka. Jika lenyap, lebih senang,” dedahnya memperingatkan hadirin mengenai percubaan 
ancaman dan ugutan terhadap keluarganya kebelakangan ini.


“Tapi kalau kamu ingat kami akan lemah, maka kamu silap kerana Insya Allah, ujian ini akan memperkuatkan kita,” kata Anwar dengan bersemangat 
disambut sorakan ribuan hadirin.



Justeru, Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

“Yang pertama, kita kena sabar. Jangan fikirkan untuk membalas dendam kepada orang lain. Anak muda terutamanya perlu memastikan matlamat 
perjuangan, benci kepada kezaliman, pengkhianatan dan mahu membela nasib rakyat.


“Siapa yang tidak terguris perasaan apabila melihatkan isteri, anak dan cucu menjadi mainan mereka? Tetapi kita yakin, bahawa kemenangan yang 
diperolehi dalam pilihan raya akan datang pasti menyelamatkan negara kita,” jelas Anwar.



“Rakyat kena bangkit. Walau bagaimana susah sekali pun, kita jangan mengaku kalah,” jelasnya.

1 comments:

Lokman said...

Ucapan Anwar itu mmg membangkitkan keyakinan rakyat pada sesiapa yg mendengarnya. Cerita yg kaya dikayakan dan yg miskin dimiskinkan adalah satu cerita cerita yg amat laku sekali. Tapi adakah benar rakyat Malaysia di tindas? Negara Komunis saje yg rakyatnya tidak ade yg kaya dan miskin. Semuanya sama dinegara komunis. Dlm sistem kapitalis sudah tentu ada yg kaya dan miskin, tapi bila jurang yg kaya dan miskin dikurangkan, masaalah lain pulak timbul, iaitu lebihan golongan pertengahan seperti apa yg kita hadapi di Malaysia ini.

Post a Comment