Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: 2012
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU

11 Muharram 1434 H | 25 November 2012


25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.

Mungkin yang dikatakan PAS tergelincir dari pimpinan ulama kerana Mohamad Sabu yang bukan ulama telah mengalahkan dua calon ulama dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar sebelum ini. Tetapi i
a tidak cukup untuk mengatakan ulama telah dipinggirkan kerana sistem kepimpinan PAS bertunggakkan kepada Majlis Syura Ulama, pimpinan bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Harun Din. Wibawa Mursyidul Am dan Presidennya yang ulama belum tercabar.

Seperti Iran, Presidennya boleh ulama dan boleh juga bukan ulama. Pernah bukan ulama menjadi Presiden seperti Bani Sadr, Rajai seorang guru matematik dan Ahmadenejad sekarang. Ia juga pernah ada Presiden ulama seperti Ayatullah Ali Khaminae, Hojatul Islam Mashimi Rafsanjani dan Khatami. Tetapi tidak pernah Iran terlucut dari pimpinan ulama.


Adapun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat mengikutkan lunas siasah syariyah yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Kerjasama politik atau tahaluf siasi sudah PAS jalani sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari Umno sejak tahun 1985 menjelang PRU 1986. Uztaz Ibrahim Libya yang terkenal keras itu sebelum terbunuhnya tidak menentang tahaluf itu kerana ia diputuskan mengikut kaedah siasah syariyah.


Politik PAS itu ada turun naiknya, tetapi tidak pernah ia tergelincir dari pejuangan Islamnya. Ketika ia berada dalam kerajaan BN telah merasa sedap dengan nikmat kerajaan, tetapi PAS mengambil langkah sedia ditendang dari mengikut arahan Hussein Onn dan Dr Mahathir. Ia kembali kepada perjuangan tulinnya.


PAS telah selamat dari tergelincir tetapi dari semasa ke semasa, orang ada yang tergelincir. Hatta dua orang yang pernah menjadi Presidennya tergelincir — Haji Ahmad Fuad dan Dato Asri. Sejak pimpinan Dr. Burhanuddin Alhilmy hinggalah ke zaman Ustaz Haji Abdul Hadi ada yang bertaraf pimpinan tergelincir baik tergelincir dari parti mahupun pemikiran Islam yang dibawa PAS.


Sebagai sebuah parti yang terbuka ia disertai oleh semua lapisan rakyat yang pelbagai latar belakang pendidikan. Maka tidak terlepas ia dari dibolosi oleh orang yang dikatakan parasit. Tetapi para parasit yang tidak dapat menjadikan dirinya benar-benar PAS, maka satu demi satu telah gagal menjadi ahli yang baik.


Ada parasit yang melarikan diri dan ada juga yang disuruh lari. Mereka juga tergelincir. Jika jenis itu belum hari, mereka juga akan tergelincir pula.


PAS pernah berkawan dengan Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Datuk Harun Idris. Mereka juga tergelincir. Tetapi PAS tetap seperti ketika ia ditubuhkan dulu.

* Subky Latif - pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'!

1 Muharram 1434 H | 15 November 2012

SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Harussani sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih terbuka terhadap sesiapa sahaja yang didapati 'bersalah' berhubung isu agama termasuk bekas Perdana Menteri sebelum ini.

"Ada juga kenyataan dua orang bekas perdana menteri kita, seorang pada 2007 yang turut menyatakan 'orang Islam berhak tukar agama dan bebas berbuat demikian' tapi tidak disiarkan di media tempatan, dan satu lagi penghinaan mengenai sunnah Rasulullah s.a.w.

"Harussani perlu berlaku adil dan tidak selektif dalam memberi pandangan termasuk sesiapa sahaja yang menyimpang dari Islam.

"Saya yakin beliau seorang yang amanah sekiranya beliau turut memberi kenyataan serupa kepada kedua bekas pimpinan negara itu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Harussani dilaporkan menasihatkan supaya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, bertaubat serta memohon keampunan daripada ALLAH SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin PKR terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, jika Harussani boleh memberi kenyataan berhubung isu Nurul Izzah, PKR juga meminta beliau tegas memberi kenyataan kepada pemimpin lain.

"Jangan hanya berani bagi kenyataan kepada kita sahaja, beliau perlu amanah dalam menjalankan tugas dan tidak memilih kepentingan.

"Beliau juga perlu tegas kepada semua," katanya. - SinarHarian

HUDUD DAN MASYARAKAT CINA

20 Dzulhijjah 1433 H | 5 November 2012


4 NOV — Pendedahan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, UMCEDEL mengenai pemahaman masyarakat Cina terhadap hudud baru-baru ini, nyata membuka mata ramai pihak. Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. 

Lebih signifikan, bilangan peratusan mereka yang menerima pelaksanaan hukum hudud di negara ini meningkat dari 12 peratus dalam tinjauan terdahulu kepada 24 peratus dalam tinjauan terbaru. 


Ini merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus. Manakala peratusan masyarakat Cina yang tidak pasti dengan hudud telah menurun daripada 38 peratus sebelum ini kepada hanya 25 peratus. 


Apa yang menarik mengenai tinjauan pendapat tersebut ialah generasi muda Cina telah mempamerkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding golongan yang lanjut usia. 


Kesemua hasil tinjauan pendapat UMCEDEL itu jelas menidakkan tanggapan selama ini bahawa masyarakat Cina mempunyai persepsi serong terhadap hudud. 
Pastinya, pendedahan ini bakal mengundang perasaan gundah-gulana kepada parti MCA yang begitu lantang membantah pelaksanaan hudud.

Persoalannya, apakah pucuk pimpinan MCA di bawah kendalian Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan memberi perhatian kepada kajian ini, atau meneruskan agenda untuk menentang hudud dan menolak bulat-bulat kajian itu? 


Sekalipun bilangan responden Cina yang ditemuramah tidak sebanyak mana, namun bilangan kecil responden juga mewakili suara hati akar umbi. 


Nyata, beberapa mesej tersirat dapat disimpulkan menerusi tinjauan pendapat itu. Antaranya, masyarakat Cina kini sudah makin celik dan berpengetahuan. Berbekalkan pengetahuan yang dimiliki dan ditambah pula dengan pendedahan terhadap ICT, maka tidak mustahil orang Cina tidak akan menerima sebarang propaganda secara membuta-tuli. 


Orang Cina juga menghantar mesej kepada MCA bahawa hudud bukanlah isu utama yang dibimbangi mereka. Sebaliknya, isu-isu yang bersifat seharian seperti jenayah, rasuah, kos sara hidup dan keselamatan yang mendominasi pemikiran mereka. 


Dalam keadaan ekonomi global yang masih terumbang-ambing, soal kelangsungan hidup makin kuat kedengaran.  Jika kita meneliti kembali isu-isu yang mendominasi pada PRU ke-12 lalu, kebanyakan isu yang menjadi tumpuan masyarakat Cina bukannya hudud. 


Malah sebagai seorang pengundi, isu-isu yang bersifat seharian inilah yang  akan mempengaruhi pertimbangan parti politik yang akan disokong penulis kelak. 


Apabila MCA baru-baru ini beria-ia menghentam pelaksanaan hukum hudud atas dasar ia akan mengheret negara ke kancah kemunduran, ada baiknya isu berkenaan tidak dipanaskan sebegitu rupa. 


Walaupun bukan beragama Islam, penulis yakin dan percaya ada manfaatnya jika segala kekeliruan dan kecelaruan pihak berkaitan terhadap hudud diperjelaskan dengan sebaik-baiknya. 


Oleh itu, penjelasan yang diberikan oleh tokoh-tokoh agama sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kekeliruan yang berbangkit. Walaupun secara prinsipnya MCA tidak akan berkompromi dalam isu hudud, tetapi sekurang-kurangnya dengarlah penjelasan oleh tokoh-tokoh agama terlebih dahulu. 


Usahlah membuat tanggapan atau persepsi melulu bahawa hudud adalah negatif dan memudaratkan.  Isu agama bukanlah sesuatu yang boleh dibangkitkan secara sewenang-wenangnya. 
Apa faedahnya isu ini terus digembar-gemburkan hingga kecoh jadinya di seluruh negara? Mengapa tidak MCA mengambil pendirian yang lebih pragmatik dalam mendidik masyarakat Cina dalam isu hudud? 

Di manakah kewajaran untuk terus bertegas tetapi pada masa yang sama, kefahaman masyarakat Cina terhadap isu itu semakin meningkat? Tidakkah strategi sedemikian hanya memakan diri? Bukankah ini juga bercanggah dengan realiti semasa? 


Hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia, menuntut kita semua untuk bertoleransi antara satu sama lain. Apa yang tidak difahami dan tidak jelas, maka diperjelaskan kepada golongan yang terbabit. 


Tidak rugi untuk MCA mendengar penjelasan tokoh-tokoh agama mengenai hudud. Tidak rugi juga untuk masyarakat Cina mendengar perkara yang sebenarnya. Soal untuk menerima atau membantah hukum hudud, itu soal kedua tetapi kesediaan mendengar itu adalah langkah permulaan yang baik.


Sama ada masyarakat Cina menerima pelaksanaan hudud atau tidak, masih terlalu awal untuk menentukannya. Tetapi apa yang pasti, masyarakat Cina perlu diberi kebebasan untuk menilai apa yang baik dan apa yang tidak baik.


Sebarang bentuk paksaan atau amaran yang dilakukan parti tertentu mungkin memberi kesan yang sebaliknya. Tidak semestinya semua strategi yang digunapakai akan memberi kesan yang dimahukan. 

* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

'TERIMA KASIH' MCA!

07 Zulhijah 1433 H | 23 Oktober 2012
Mungkinkah MCA jadi liabiliti UMNO di PRU13?

Terima kasih MCA!!!

Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini. Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.

Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13.


MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS.


Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.


Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.


Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.


Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.


PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.


Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.


PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.


Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.


Dr Khairuddin A. Razali,
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

AES - GUNA KUASA UNDI 'AJAR' UMNO-BN

02  Zulhijah 1433 H | 18 Oktober 2012
Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Dato Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya.

PAS mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna. Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya. Buktinya kamera turut dipasang di kawasan 30 km/sejam dan ianya sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu!

PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.


Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak. Bayangkan kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.


Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.


Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.

PAS mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus. Sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan, turut menyumbang kepaa peningkatan kemalangan.

PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.
Beri kami satu peluang untuk buktikan.

IDEAS SELAR HIPOKRIT BN


Wan Saiful Wan Jan (2)20 Dzulka'edah 1433 H | 06 Oktober 2012

Sebuah badan pemikir berkata, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian, dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepada Malaysiakini.

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya.

Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan prokerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia Suaram kerana didakwa menerima dana asing.

Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan". - Malaysiakini

APA MUSLIHAT LAPORAN AUDIT DILEWATKAN?

7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012

Apakah kejutan yg menanti dalam Audit 2011?
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.


“Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.


“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.


“Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi.


Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan 
cuba untuk mengalihkan pandangan Ahli Parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi.


“Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini.


Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.


“Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu,” tegasnya lagi.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita:


“Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan.


“Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.


Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang.


Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. - themalaysianinsider

TUN M BUKA 'PEKUNG DI DADA'

2006 - Tun M dan George Soros
7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012

KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.


Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.
 

“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.


“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan Soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada PRU akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.


“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya.


Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.


Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.


George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997. 
Bagaimanapun, pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN. - keadilandaily

SEKAT SUARAM ANCAM UNDI BN

7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Tindakan Putrajaya ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) nampaknya telah memberikan rangsangan kepada aktivisme masyarakat sivil di sini, mungkin menjejaskan usaha kerajaan Najib untuk mendapatkan undi dari golongan pertengahan Malaysia menjelang pilihan raya dijangka tidak lama lagi.

“Scorpene Never Dies”, kumpulan yang ditubuhkan 'pemuda dan rakyat yang prihatin' inginkan pentabiran Najib menghentikan siasatan yang bermotif politik terhadap SUARAM.

“Kami rasa kita perlu berdiri dengan SUARAM pada masa yang kritikal ini,” kata Ng Yap Hwa, koordinator kumpulan itu.

“Kalau kita sebagai rakyat tidak bersatu menyokong satu pembela hak asasi manusia, kerajaan boleh mengetatkan kawalan dengan mudah... tiada orang yang akan dapat menyokong kita pada masa hadapan,” katanya.

SUARAM telah memainkan peranan penting dalam siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap pembelian berbilion ringgit dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, skandal berprofil tinggi ramai yang percaya akan mencungkil keterangan daripada pegawai-pegawai kerajaan.

SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana sumber dana asing, dan agensi kerajaan itu berkata awal minggu ini bahawa ia merancang untuk mendakwa kumpulan aktivis itu kerana “akaun yang mengelirukan”.


Pembelian Scorpene Meragukan
NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan model Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian tersebut.

Pada April tahun ini, Tribunal Grand Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan bahawa firma Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal selam tentera laut. SUARAM telah memfailkan aduan ke mahkamah Perancis pada tahun 2009.


Dalam satu sidang akhbar di Bangkok pada 30 Mei, peguam Perancis SUARAM, Joseph Breham telah mendedahkan dokumen kerajaan tentang penilaian tentera laut Malaysia tentang kapal selam Scorpene yang mereka rancang untuk beli telah dijual oleh Terasasi (Hong Kong) Ltd kepada DCNS dengan harga RM142 juta.


Abdul Razak Baginda, bekas ketua pemikir yang menjadi watak utama dalam penyiasatan 2006 dalam kes pembunuhan Altantuya, disenaraikan sebagai pengarah Terasasi dengan bapanya, Abdul Malim Baginda. Abdul Razak dikatakan adalah rakan rapat kepada Najib.


“Ia adalah satu dokumen rahsia oleh tentera laut Malaysia, penilaian untuk kapal selam, yang merupakan laporan yang sangat sulit,” kata Breham dalam sidang media tersebut.

SUARAM terus mendapat sokongan

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International telah membangkitkan syak wasangka semalam tentang waktu kerajaan mengambil tindakan dalam operasi SUARAM berhubung dengan sumber dana. Ianya hanya empat minggu selepas organisasi tersebut mendedahkan dokumen menunjukkan sebuah syarikat bersekutu rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah didakwa menjual rahsia tentera laut Malaysia ke Perancis.

Manakalan koordinator kumpulan 'Scorpene Never Dies', Ng Yap Hwa pula 
berkata, kalau rakyat tidak bersuara sekarang, 'kita akan jadi (mangsa) seterusnya' suatu hari nanti. Menurut beliau,”mempertahankan SUARAM, berdiri di sisi Suaram” adalah untuk kebaikan dan manfaat semua.

“Mari kita sebarkan isu kapal selam Scorpene ini dengan jauh dan meluaskan untuk menyuarakan solidariti kami dengan pembela hak asasi manusia, dan dengan itu memberi amaran kepada kerajaan, walaupun mereka boleh jatuhkan SUARAM, isu kapal selam Scorpene tidak akan mati dan kita akan terus membawa perjuangan untuk mencari kebenaran di sebalik skandal Scorpene dan menegakkan keadilan untuk Altantuya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. - themalaysianinsider

MENGAPA PEMUDA UMNO MEMBISU KEBIADAPAN SOI LEK?

6 Dzulka'edah 1433 H | 22 September 2012

Kita sering mendengar ada orang Islam yang menghina Islam dengan pelbagai kenyataan yang sungguh menggerunkan. Antaranya :-

1) Kalau dilaksanakan hukum Islam nanti habis tangan orang Islam kena potong

2) Kalau dilaksanakan hukum hudud nanti habis batu digunakan untuk hukuman rejam

3) Orang mencuri tidak perlu dipotong tangan tapi kita bagi dia kerja supaya tiada tidak mencuri lagi

4) Hukum Hudud tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia

5) Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya zalim

6) Janggut disimpan pada zaman Nabi sebab masa itu tak ada pisau cukur

7) Jubah dan tudung adalah pakaian tradisi Arab kerana mereka negara padang pasir nak lindungi pemakainya
8) Kalau hudud dilaksanakan kerajaan pusat akan bertindak.
9) Hukum Islam tidak adil kerana hanya orang Islam yang dikenakan hukuman sedangkan orang bukan Islam dilepaskan

............... dan bermacam-macam lagi penghinaan terhadap hukum Islam

Orang Islam yang mengeluarkan kenyataan mungkin sengaja membuat kenyataan itu untuk menafikan kewajipan melaksanakan Islam disamping untuk mempengaruhi rakyat khususnya orang Islam supaya tidak menyokong pelaksanaan hukum Islam. Amat malang sekali jika kenyataan itu dikeluarkan dengan secara sedar dan tahu bahawa hukum Islam wajib dan berusaha ke arah pelaksanaannya wajib bukannya memperkecil-kecilkannya.

Kita tidak hairan jika mereka yang menghina Islam adalah orang bukan Islam kerana mereka mungkin tidak tahu dan tidak faham. Cuma kita sebagai orang Islam wajib menegur dan memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka supaya mereka faham dan lebih cermat mengeluarkan kenyataan mengenai Islam pada masa hadapan.


Antara pemimpin yang sering menghina Islam ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek. Malangnya tidak ada seorang pun kawan-kawan baik Soi Lek dari Umno yang berani menegur Pelakon Video tersebut.. Berbeza dengan PR, pemimpin PAS sentiasa menegur kawan-kawannya tentang apa juga isu yang berkait dengan Islam.


Contoh terbaru ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang dikatakan menghina Islam melalui twitternya. Pemimpin PAS bertemu dan berbincang dengan beliau dan Ngeh telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang dikatakan menghina Islam itu.

Tetapi pernahkah anda mendengar Pelakon Video, Chua Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataannya menghina Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki semasa PRK Tenang. Pernahkah anda mendengar Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina hukum hudud baru-baru ini.. - mutaligat.blogspot.com

KES LIWAT ANWAR - KONSPIRASI TERANCANG?

1 Dzulka'edah 1433 H | 17 September 2012


Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepada Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL.

"Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain. - Malaysiakini

PILIHANRAYA ASING - SPR 'BERMADAH HELAH'

26 Syawal 1433 H | 14 September 2012

KUALA LUMPUR: "Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN dia sokong dan senyap, tetapi bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang memberikan alasan perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan. 
Namun begitu, SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu.
Selangor menunggu sehingga mandat tamat

"Semasa BN memutuskan ada pilihan raya berasingan di Kelantan pada tahun 1978, SPR tidak kata apa dan bersetuju. 
Ini kerana, ia kehendak Umno dan BN ketika itu. Tetapi apabila ia bukan kehendak Umno dan BN, SPR beri macam-macam alasan," katanya lagi.

BN telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan pada tahun 1978 dan mengadakan pilihan raya untuk DUN Kelantan saja pada bulan Mac 1978. 
Selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS jatuh melalui pilihan raya itu, pilihan raya umum pula diadakan pada Julai 1978.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata:

"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukannya. - Harakahdaily

JANGAN TERPERANGKAP AGENDA MUSUH

22 Syawal 1433 H | 10 September 2012

Janganlah kemarahan kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu kepada musuh, kerana kemarahan kepada sahabat atas sebab kecintaanmu kepadanya. Sedangkan kemarahan kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya. Lantaran itu menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kadarnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza.

Lantaran itu janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh. Pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu sama ada dalaman Pakatan Rakyat atau parti.

Mereka suka melihat Pakatan Rakyat berpecah dan bergolak. Mereka memasang pelbagai 'jerangkap' bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu. Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan  benar-benar mengecewakan musuh.

Tindakan ini menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insyaAllah akan bergembira.

Masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan. Kerana itu jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana mereka sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini. 

Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh.

1 MALAYSIA - NAJIB DIDAHULUKAN, KRONI DIUTAMAKAN?

21 Syawal 1433 H | 9 September 2012

RANTAU 8 Sept: Negara yang diperintah UMNO-BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan.
Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan.

“Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz, buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan)?


“Apakah mereka ingat rakyat ini najis?” katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu.


“Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan ‘corruption’ tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen,” katanya lagi.


“Justeru, pemimpin yang tidak ikut ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang), sebaliknya ‘rule of the jungle’ (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan,” katanya diikuti sorakan hadirin.


Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu.


Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat.


Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan. 
Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat. - keadilandaily

BUKAN BENDERA, TAPI KERAJAAN UMNO-BN YANG AKAN DITUKAR

14 Syawal 1433 H | 1 September 2012


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kononnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara.

Respon Anwar melalui Twitter:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini 

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat. 

Pendapat Anwar turut disokong Ahli arlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak. 

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen

HUDUD - UMNO KELANTAN 'MENANGGUK DI AIR KERUH'

8 Syawal 1433 H | 26 August 2012

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang menyebut bahawa Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik semata-mata. Ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam yang merupakan golongan majoriti di Kelantan sedangkan pada hakikatnya hudud tetap terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.

2. DPPNK ingin mempersoalkan hak Alwi untuk membuat kenyataan tersebut di atas kapasiti beliau yang hanya merupakan seorang Ketua Pembangkang di dalam DUN Kelantan sahaja dan tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan di peringkat pusat. Sekiranya benar UMNO ikhlas untuk memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, DPPNK mencabar kenyataan Alwi ini diulangi dan disokong oleh pemimpin tertinggi UMNO di peringkat Pusat sendiri.

3. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO Kelantan kadang-kadang hanya bernada retorik sahaja. Ini jelas kelihatan dalam isu bayaran tunai atau royalti minyak yang habis-habisan dinafikan oleh pemimpin UMNO Kelantan, bahkan ada yang menyatakan bayaran royalti ini sudah dibayar melalui wang ehsan. Tidakkah mereka jelas berbohong apabila Perdana Menteri sendiri mengutuskan surat memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji bayaran tunai ini beberapa minggu lepas?


Dua kenyataan yang bercanggah...

4. DPPNK ingin bertanya kepada Alwi bahawa adakah kenyataan beliau sudah mendapat restu Presiden UMNO? Sedarkah Alwi bahawa Datuk Seri Najib Razak sendiri selaku Presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar The Star, 25 September 2011 yang lepas di bawah tajuk "Najib : No Hudud in M'sia"? Di dalam kenyataan tersebut, Najib dilaporkan membuat penegasan bahawa hukum hudud sama sekali tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Siapakah yang bersandiwara di antara Alwi dan Najib? Atau kedua-duanya bersandiwara?

5. Perlu diingatkan bahawa surat yang dihantar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berkuatkuasa sehingga ke hari ini dan ia belum ditarik balik. DPPNK mencabar UMNO untuk mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik dan memberikan ruang seluas-luasnya kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud. Ini termasuklah memberikan jaminan bahawa agensi-agensi seperti polis, penjara dan sebagainya yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Pusat akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Kelantan untuk menjayakan pelaksanaan ini.

6. Beranikah UMNO untuk menyahut cabaran ini?

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

KAFIR HARBI - UTUSAN MALAYSIA CETUSKAN PROVOKASI

23 Ramadhan 1433 H | 12 Ogos 2012

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.

Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.

Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusanitu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusankerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP. Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama. - Malaysiakini

Dr. Maszlee Malik, Pensyarah UIA

APA SALAHNYA ARTIS SERTAI PAS?

1 Ramadhan 1433 H | 21 Julai 2012 

SHAH ALAM – PAS mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik baru dan sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mempertikaikan perkembangan tersebut.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.


Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang baik.


“Ya memang benar penglibatan artis berkesan untuk menarik anak-anak muda pada masa sekarang yang lebih menggemari hiburan dan seni sertai PAS.


“Apa salahnya kita manfaatkan artis untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berlandaskan Islam kepada anak muda yang mengikuti golongan tersebut,” kata beliau kepada
 Sinar Harian Online.

Beliau berkata, PAS tidak pernah menawarkan penglibatan artis dalam politik untuk menyertai Pas, tetapi mereka sendiri mengambil inisiatif untuk berubah menjadi seorang yang mengikut landasan Islam, antaranya menutup aurat.


“Alhamdulillah, penglibatan artis itu bukan kita paksa atau kita ajak, tapi mereka terikut budaya tutup aurat. Golongan muda bersama PAS gembira apabila artis kegemaran berjaya untuk yakinkan mereka dengan PAS telah membawa dimensi baru,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.


Tuan Ibrahim berkata, kerjaya seni artis tidak dihalang dan mereka perlu bijak memilih sesuatu lakonan dan sebagainya dengan lebih baik selaras dengan budaya yang diamalkan mereka selepas menyertai Pas.


“Artis sudah ada program dan aktiviti sendiri, kami tak halang, malah aktiviti tersebut berjaya menarik golongan muda menyokong Pas dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya lagi.


Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penglibatan artis dalam Pas telah memberi kesan kepada golongan muda dan berjaya menarik mereka menyertai parti pembangkang itu.


Katanya, PAS tidak menggunakan artis sebagai jalan menarik golongan muda tetapi mereka secara tidak langsung telah membawa golongan tersebut bersama-sama merubah kerajaan.


“Memang benar artis bagi kesan menarik anak muda sertai PAS dan PR, tapi kami tak ajak, mereka sendiri yang datang kepada PAS.


“Barisan Nasional (BN) tak sepatutnya prejudis tentang perubahan ini, biar kami buat cara kami dan mereka buat cara mereka,” katanya.

Mahfuz berkata, walaupun artis telah menyertai PAS, namun pejalanan seni mereka tidak akan terbatas tetapi akan menjadi salah satu perubahan kepada industri seni tanah air. -
SinarHarian

TUDUHAN SB BUKTI MEREKA ALAT KEPADA BN

1 Ramadhan 1433 H | 21 Julai 2012 


PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.

Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.

Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat yang kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.

Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak! Maka motif ledakan ini amat mencurigakan.

Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang  awam.

PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas. Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS.

PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.

Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.

PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.

Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

BN MAKIN TERDESAK, GUNA HARI KEBANGSAAN PULIH IMEJ

Janji Ditepati - 'Buah tangan' terbaru BN
untuk raih undi menjelang PRU 13 
27 Sya'ban 1433 H | 17 Julai 2012 
KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat percubaan untuk mempersonakan pengundi bandar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan menggunakan pelancaran Hari Kebangsaan di tiga tempat bersejarah bagi tiga kaum terbesar - Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street, di tengah kota kata beberapa orang penganalisis politik.

“Mereka (BN) perlu lakukannya.


“Mereka tidak boleh meninggalkan pengundi bandar,” kata penganalisis politik, Karim Raslan kepada The Malaysian Insider.


Penganalisis lain berkata, sambutan hari kebangsaan memang telah selalu digunakan oleh BN untuk menonjolkan imej mereka dengan bendera Jalur Gemilang – dan akan tersebar ke seluruh negara dan menunjukkan sikap patriotik rakyat.

“Pada pendapat saya, tema hari kebangsaan, ucapan dan retoriknya telah selalu mengikut acuan parti pemerintah,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.


Ibrahim juga mengatakan pilihan Najib untuk melancarkan program di Brickfields kerana mahu masyarakat India merasakan kehadirannya” dan ini adalah isyarat sokongan masyarakat India terhadap BN dalam keadaan kritikal.


“Ini juga adalah langkah untuk menutup berita negatif yang memberi kesan terhadap masyarakat India akibat daripada serangan media terhadap Ambiga, dan juga janji yang belum ditunaikan kepada mereka,” katanya merujuk kepada Datuk Ambiga Sreenevasan, pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).


“Pelancaran hari Hari Kebangsaan akan menjadi satu aspek dan satu lagi adalah untuk memastikan kekuatan parti pemerintah itu,” katanya lagi.


Menurut seorang lagi penganalisis politik, Ong Kian Ming, apabila memberikan komen tentang slogan baru “Janji Ditepati” berkata: “Slogan baru digunakan untuk PRU yang semakin hampir kerana slogan 1Malaysia telah digunakan dalam satu jangkamasa yang agak panjang.”

Beliau juga mengatakan langkah ini adalah “simbolik untuk mendekati” tiga kaum terbesar di mana BN memerlukan undi mereka menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun hadapan. 

PM keenam itu sudah menjelajah seluruh negara di bawah program Jelajah Janji Ditepati yang dianjurkan oleh TV3, stesen swasta utama Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) – dibawah penguasaan partinya, Umno.


Program jelajah bertujuan untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbirannya telah menunaikan janji mereka semenjak mengambil alih pentadbiran Negara pada April 2009. Najib memerlukan mandatnya sendiri oleh kerana beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi setahun selepas PRU 2008.


Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee dengan berterus terang mengatakan bahawa  pelancaran program “Kibarkan Jalur Gemilang”  adalah program pra pilihan raya bagi BN.


“Sambutan hari kebangsaan tidak seharusnya dieksploitasikan untuk tujuan politik.


“Cara BN memanipulasi hari kemerdekaan menunjukkan bahawa parti tersebut berada dalam keadaan sangat terdesak,” katanya sambil menambah kerajaan pusat kini “menggunakan apa sahaja peluang untuk menunjukkan kebaikan BN dan untuk memenangi undi.”


Katanya lagi, parti pemerintah dilihat “menggunakan hari kebangsaan, festival nasional dan jentera kerajaan untuk membeli undi”, akan tetapi menjelaskan keadaan yang berlaku sebagai “sisi kelabu dalam etika berpolitik.”


Sambil menjelaskan ini adalah 'acara yang dilakukan hanya sekali', Lim berkata pengundi tidak mudah 'digoda dengan kempen perhubungan awam ini' oleh kerana terdapat kontradiksi di antara apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lalui dalam kehidupan sebenar. - themalaysianinsider