Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: JANGAN MANGSAKAN RAKYAT
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

JANGAN MANGSAKAN RAKYAT

27 Jamadil Akhir 1432 H | 30 Mei 2011

“Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN: 
  • Kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.
  • Kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat.

Itulah ulasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifudin Nasution sebagai tindak balas terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.

“Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta Perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran,” ujarnya lagi kepada keadilandaily.com


Beliau turut menangkis kenyataan  Muhyiddin, bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.


“Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.


“Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Machang.


Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya:

  • Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.

  • Subsidi RM 22 bilion boleh diberikan kepada 26 syarikat IPP (Pengeluar Tenaga Bebas Swasta) tetapi subsidi kepada rakyat dianggap 'candu'

  • Pengubahsuaian kediaman rasmi PM bernilai RM 65juta

  • Perbelanjaan RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.

  • Meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.

  • PM membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara

  • Peruntukan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama yang dinaungi Rosmah Mansor di Kuala Lumpur tahun lalu. Di samping pemborosan 'wanita pertama negara' ini yang membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di Hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan.

2 comments:

tok malim said...

ustaz,
kenapa cawangan baru desa murni yang baru ditubuhkan dan dirasmikan oleh hasanuddin salim tidak diumumkan kepada orang ramai.bukankah ianya satu kejayaan kepada kita kerana cawangan ini adalah yang kedua ditubuhkan selepas prk kerdau

tok malim said...

Mohon ustaz siasat macamana sulaiman bakar orang kuat umno jengka 23 anak dia boleh dapat wang KWAPM sekolah yang patutnya untuk anak miskin.dia pulak AJK UMNO Bahagian Kuala Krau.Ahli majlis perbandaran temerloh dan tak salah saya orang kuat Yayasan Tekun di jengka.
bagaimana dia boleh dapat?

Post a Comment