Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: ISLAM HAK ALLAH, MENGAPA UMNO TOLAK?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



ISLAM HAK ALLAH, MENGAPA UMNO TOLAK?

25 Jamadil Akhir 1432 H | 28 Mei 2011

"Saya ucap syukur kepada Allah S.W.T. dapat sampai ke sini walaupun dalam keadaan keletihan. Letih pun sekadar nak lawan Umno tu boleh sangatlah,"
kata Tuan Guru Nik Aziz di 
Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz dalam ceramahnya terus menyelar Umno BN yang menolak dasar Islam sebaliknya mengagungkan dasar kebangsaan.


"Bila Umno ajar kepada kita buang Islam, ambil kebangsaan, Islam ini hak Allah Taala, bukan hak PAS, bukan hak Nabi Muhammad. Islam agama dari langit, bukan dari Makkah, diturunkan melalui nabi-nabi.


"Bagaimana Umno sebagai seorang manusia tolak agama Allah Taala. Bila tolak Islam ganti dengan Melayu, ertinya Umno tolak Allah, tolak Nabi Muhammad, tolak Islam. Macammana Umno ni, duduk atas muka bumi Allah tapi tolak agama Allah?" soalnya dengan tegas.


Beliau turut mempersoal tindakan Umno BN yang memisahkan sistem pentadbiran dengan agama dengan beranggapan agama dan politik adalah perkara berbeza.


"Islam ialah agama yang dibawa Nabi Muhammad, dan Nabi Muhammad sendiri ahli politik.


"Umno sebut agama lain, politik lain. Saya nak tanya Umno, kalau agama lain politik lain, siapa yang jaga politik ketika zaman Nabi Muhammad selama 23 tahun. Bukan British, bukan Amerika yang jaga politik di Makkah dan Madinah zaman nabi dulu.


"Semua nabi yang uruskan, mengadakan perjanjian dengan Yahudi dan sebagainya. Ini menunjukkan nabi juga urus politik dalam masa yang sama pemimpin Islam. 
Islam tidak boleh tidak mesti bersama dengan politik," katanya.

Selain itu, beliau kesal dengan tindakan Umno BN yang sering mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi jika dihadiri ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Mana ada demokrasi larang manusia guna hak dia. Hak manusia untuk bercakap. Allah bagi hak untuk bercakap. Bukan sahaja diluluskan oleh PBB. 
Kenapa Umno suka sangat halang kita untuk bercakap, berceramah. Malam ni agaknya mereka tak tahu kita ada ceramah di sini, itu yang tak datang kacau," katanya berseloroh. - Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment