JUMAAT, 21 MEI 2010 | 7 JAMADILAKHIR 1431H
Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku?
Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku?
Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,
Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.
Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman, tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.
Wassalam.
Sahabat Lama,
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
4 comments:
Assalamualaikum..
coretan yang terharu dibaca oleh saya.. semoga nasihat tersebut dpt merubah pemikiran dan hatinya InsyaAllah..
Wassalam
memegang amanah terutamanya menjadi tokoh agama adalah mrupakan satu tugas yg amt berat dan akn dipersoalkn stiap tndkn kita bkn sje d akhrt, malah d dunia lg, smoga kite sme dpt mnjlnkn amnh dgn trbaek apbila mnerimenya..amin (^_^)
brahim ,pandai nye kau cakap, tu..arak kat kelantan,judi-sel,pg,rumah urut semua ada ngapa tak cakap..takut kat DAP atau ALLAH,
berjuang biarlah ikhlas,pas hanya parti politik, bukan badan yang menegakkan islam sebenar...
Nak main bola ke nak judi? Nak tengok bola ke nak judi?
Judi boleh halal disisi Umno..?
Post a Comment