Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SKANDAL VIDEO - SATU LAGI KENYATAAN PELIK MENTERI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



SKANDAL VIDEO - SATU LAGI KENYATAAN PELIK MENTERI

19 Jamadil Akhir 1432 H | 22 Mei 2011

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

umno constitutional amendment committee meeting 061009 hishamuddin pc"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal. 

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara. - malaysiakini

1 comments:

otaistillkick said...

Yang pasti UMNO akan cuba untuk terus melenyaokan karier politik DSAI.

Post a Comment