Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BERTENANG, TUNGGU ARAHAN RASMI PARTI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



BERTENANG, TUNGGU ARAHAN RASMI PARTI

JUMAAT, 19 JUN 2009 | 25 JAMADIL AKHIR 1430H

Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT


SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

InsyaAllah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya. Kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan. Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi Harakah, Harakahdaily dan Siasah, supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.


3 comments:

hamba said...

Salam... benar Ustaz... ini jalan yang terbaik... semua perlu bertenang.. [kawal emosi... jaga pribadi..]... semoga ukhwah dikalangan jamaah akan bertambah kuat...

mizi beskal said...

Salam, saya berharap Dato' Seri Presiden keluar kenyataan rasmi menolak sepenuhnya kerajaan perpaduan dan menarik balik ideanya serta meminta semua perbincangan dihentikan.

Ayiem said...

Assalamualaikum....

Ana memang meyakini bahawa pimpinan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang mungkin tidak dimiliki oleh ahli biasa seperti ana.

Oleh itu bagi ana,ana yakin pimpinan tertinggi parti mampu untuk menyelesaikan perbezaan ide ini dengan baik.

Kita memang sayangkan perjuangan kita,oleh itu ana amat berharap semuga ahli-ahli memberikan ruang masa untuk pimpinan tertinggi parti bagi menyelesaikan perkara ini.

Yakinlah bahawa pimpinan kita tidak akan membawa kita kejalan yang sukar kerana tugas pimpinan adalah menunjukkan jalan terbaik buat kita insyaALlah.

Hanya sekadar pandangan peribadi...

Post a Comment