Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PINDAAN RUKUN NEGARA DISOKONG
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PINDAAN RUKUN NEGARA DISOKONG

KHAMIS, 25 MAC 2010 | 9 RABIULAKHIR 1431H

Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendak massa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan. PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar.

Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri.Bahkan para pelajar khususnya menyanyikan lagu-lagu negeri ini dengan menggunakan istilah Allah, tanpa menimbulkan sebarang polimik, kerana itulah hakikat ketuhanan sebenar. Bahkan dalam kehidupan seharian istilah Allah digunakan oleh kalangan bukan Islam
terutama dalam aspek penciptaan, kejadian, kehidupan dan kematian.

Gesaan Presiden PAS dilihat satu usaha bagi meletakkan Allah sebagai Tuhan yang dipercayai dan disembah, agar rakyat negara ini lebih merasai keperluan mempercayai Allah dalam kehidupan mereka. Hal ini dilihat dengan hanya menyebut kepercayaan kepada Tuhan lebih umum dan ianya dilihat
tidak mendatangkan keperluan kita mengimani sebagai tumpuan utama dalam setiap aspek kehidupan. Akibatnya ramai dari anggota masyarakat tidak mengikuti arahan dan perintah Allah dalam kehidupan mereka. Meningkatnya gejala sosial, rasuah, penyelewengan, ketidakadilan sosial, dan lainnya adalah menifestasi tiadanya penghayatan kepada konsep ketuhanan yang diimani.

Kini sampailah masa seluruh anggota masyarakat melihat isu ini dengan lebih terbuka, ilmiah dan rasional bagi membina satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai asas kepercayaan. Diharap dengan membuat pindaan ini juga, sebarang polimik yang
cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu akan berjaya diatasi.

10 comments:

tok malim said...

assalamualaikum,
pendidikan satu drp aspek penting yg perlu diberi perhatian oleh pas phg.

tok malim said...

merangkumi kebajikan murid,guru,pihak pentadbir,kerajaan,polisi pendidikan dan prasarananya.

1. kebajikan murid
Sungguh menyedihkan masih ada murid keciciran kerana ibu bapanya tidak mampu membayar yuran sekolah.sepatutnya mereka secara otomatik dpt bersekolah dgn bantuan kerajaan.pas boleh membantu dgn menyenaraikan nama mereka dan menyerahkan kpd kerajaan utk diberi bantuan atau mengumpulkan wang utk membyr yuran mereka.

biasiswa perlu diberikan kpd pelajar miskin tanpa mengambilkira latar belakang politik ibu bapa asalkan mereka cemerlang.
berapa byk duit petronas setakat ini diberikan kpd murid-murid miskin jika dibandingkan dgn menaja pasukan mercedes formula 1

tok malim said...

Kebajikan guru juga perlu diberikan perhatian.Kuarters perlu diperbanyakkan dgn disediakan pengawal keselamatan 24 jam.ada sumber mengatakan kuarters di jengka 18 x CF?Benarkah.jika benar PAS perlu prihatin dengan mengetengahkan perkara ini.
guru-guru yg menyokong pembangkan sering ditindas oleh guru besar,PPD,JPN Pahang ataupun kementerian pelajaran,antaranya ditukarkan dlm tempoh 24 jam.PAS boleh membantu dgn menjadi tempat mengadu dan menyenaraikan mereka yg teraniaya.PAS juga boleh meletakkan guru-guru yg berkaliber ini bertanding dlm kesatuan guru melalui lujnah pendidikannya.Penglibatan ahli-ahli PAS dlm kesatuan atau NGO penting utk membantu rakan-rakan mereka yg teraniaya.

tok malim said...

prasarana spt bangunan sekolah yg ewat dibina mengikut jadual.menurut sumber bangunan tambahan sekolah kebangsaan jalan bahagia di temerloh.dalam akhbar sinar harian hari ahad juga ada mendedahkan bangunan tambahan sekolah kebangsaan mat kilau masih belum siap.pas melalui pas kawasan dpt mengumpul info berkaitan masalah ini

tok malim said...

Guru Besar yg pro UMNO seringkali menyusahkan guru-guru yg menyokong pembangkang.PPD,JPN Phg dan Kementerian Pelajaran tidak terkecuali.
Impaknya prestasi akademik sekolah merosot.
SK Teluk Sentang di Temerloh antara sekolah tercorot dlm daerah temerloh.GBnya Hasan Mat Amin adalah AJK Biro Pendidikan UMNO Kuala Krau.Abu Jamal,GB SK Jenderak juga seorang tok empat.apakah boleh seorang GB menjadi seorang tok empat pada masa yg sama.Cuba PAS siasat perkara ini.Di peringkat PPD Temerloh,penolong pegawai PPD Temerloh,sanusi said adalah saudara kandung kpd ismai said,MP Kuala Krau.Penyelia agama Islam PPD Temerloh,Ustaz Ishak juga AJK UMNO Bahagian Temerloh.Beliau pernah dikaitkan dengan kes rasuah norza zakaria.

tok malim said...

pas phg wajar mengaktifkan biro pendidikannya kerana rakyat akan nampak pas peka kpd perkara yg menjadi fokus utama ibu bapa

tok malim said...

pas phg boleh mendptkan kerjasama ydp kawasannya utk tujuan murni ini.sekian.wassalam

tok malim said...

sulit(bkn utk disiarkan)
memadai utk dibaca ustaz tuan ibrahim tuan man.

kebelakangan ini mp kuala krau semakin keterlaluan menghentam pas di dalam parlimen.
dia pernah berkata pas x perjuangkan islam walaupun didesak mp pas menarik kata2nya,dia enggan berbuat demikian.

dia juga mencadangkan mp pokok sena,hj mahfuz diheret ke jawatankuasa khas parlimen kerana melabelkan umno apco di dalam parlimen.

mulai hari ni parlimen kuala krau perlu diserang habis-habisan dengan mencari apa-apa jua isu yang boleh melemahkan penguasaan bn di sini.barangkali ismail said,bekas ketua pemuda umno pahang dan ketua bahagian umno kuala krau sedang mengintai peluang nak jadi timbalan atau menteri dan tak hairanlah sekarang cuba nak jadi ayam sabung najib

tok malim said...

org kanan ismail said
1. sulaiman bakar
pemimpin kanan peneroka.
ahli majlis perbandaran temerloh
ajk umno bhagian kuala krau
peneroka jengka 23.
pas boleh cari pelbagai isu di sini.adakan program mesra rakyat,ceramah atau usrah.boleh minta kerjasama mazlan alimin buat program di sini.

2.abu jamal
guru besar sk kg jenderak.juga seorg tok empat.

3.hasan mat amin
gb sk teluk sentang.ajk umno bhagian kuala krau.biro pendidikan.sekolahnya mendapat keputusan upsr antara tercorot dlm daerah tloh thn 2009.pernah menghalau guru kafa dan jadi kes polis hanya kerana guru itu penyokong kuat pas.cikgu shahamin guru berkenaan.

4.sanusi said
penolong pegawai ppd tloh.adik beradik kandung ismail said.antara kerja2nya menukarkan guru2 yg pro pembangkang.


cdgan.pas gunakan pendekatan menyerang dgn mencari pebagai kelemahan di kawsan kuala krau.edarkan juga risalah atau pamplet yg menceritakan kisah sejarah pas phg dan ydpnya termasuklah tengku abdul hamid b sultan abdullah.ramai x tahu dan ini akan buka mata mereka

tok malim said...

kesatuan guru adalah kesatuan terbesar dlm ceupacs.mendengar dan membantu menangani permasalahan dan kebajikan guru-guru penting dan ramai di kalangan guru-guru yg menjadi penyokong tegar pas sehingga ada yg ditukarkan serta merta ke pedalaman sbg hukuman.

pas melalui lujnah pendidikannya wajar anjurkan konvensyen guru-guru msia dan boleh undang wakil kesatuan guru.baru nampak pas cakna pada ahlinya dan menjaga kebajikan rakyat amnya

Post a Comment