JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431H
Sistem pilihanraya di
Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil. Sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.
Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.
Apa yang lebih
PRK juga terdedah kepada meningkatnya amalan rasuah kepada para pengundi. Lihat sahaja bilamana berlaku kekosongan, kita rasa jijik bilamana pelbagai janji ditabur kepada rakyat, jutaan peruntukan diluluskan, rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “Kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat”. Rasuah dan sogokan dalam pilihanraya mendatangkan kesan yang sangat besar, bilamana jalan mendapatkan kemenangan yang diasas dengan cara yang tidak betul, akan mendedahkan pelbagai gejala negatif dalam kepimpinan selepasnya. Tindakan sogokan, tekanan, ugutan dalam PRK menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.
Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita mula memikirkan kaedah baru, dengan memberikan mandat kepada parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut. Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini. Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU; maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong; dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU, hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan.
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
4 comments:
Salam ustaz,
1) lontaran cadangan sebegini sangat membuktikan bahawa Ustaz adalah bersemangat negarawan. Sememangnya banyak point yg ustz ketengahkan dan saya juga bersetuju dengan cadangan begini.
2) Bagaimanapun, terdapat juga beberapa keunikan dan keistimewaan PRK ini, jika dilihat dalam suatu sudut yang lain:-
a) janji untuk pembangunan sememangnya BANYAK dan manfaat adalah kepada rakyat juga; (Walaupun ada juga yg tiada kebenarannya).ya, memang benar, adalah sesuatu yang sinis apabila mendoakan pula kematian suatu ADUN atau MP suatu kawasan; tapi, ini adalah kesan; bukan punca. Kesan apabila ADUN/MP/Kerajaan hanya berfungsi/berkhidmat apabila musim kempen sahaja.
b) 'Semangat' dan 'isu' dapat terus dihidupkan apabila terdapatnya musim kempen sebegini. Mentaliti masyarakat Malaysia, (masih dalam kelas Bukan Maju); dengan erti kata lain, -malas mencari dan mendapatkan maklumat, -berpolitik atas dasar semangat dan sentimen, bukan fikrah dan perjuangan berprinsip. Maka, PRK memberikan momentum untuk para pejuang yang berprinsip menyatakan kebobrokan yang berlaku dalam masyarakat dan negara. (dan penipuan juga)
setakat ini dulu.
salam dan terima kasih.
Salam Dato'...
ana begitu tertarik dgn lontaran idea drpd dato' ttg hal ini...
pd ana ianya logik utk diguna pakai oleh sistem perundangan negara...
ana mencadangkan agar idea ini disampaikan kpd Ahli2 Parlimen PAS utk diusul kpd dewan rakyat & seterusnya dibahaskan...
p/s: bila dato' nak turun serendah,hulu s'gor...(ana salah sorang pengundi P.94))
TAKBIRRRR!!!!!
sila ke: http://selamatkanpahang.blogspot.com
Saya sokong pandangan Dato' Tuan, inilah salah satu langkah penyelesaiannya, duit rakyat boleh dijimatkan, rasuah dapat dihindari dan pengkhianatan akan dibanteraskan...
Post a Comment