9 Sya'ban 1431 H | 21 Julai 2010
Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (mufti) dan kepimpinan UMNO. Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan melayu ini sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam. Pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini. Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan UMNO!
Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam? Kalau perpaduan bangsa kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara? Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara?
PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!
Di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat UMNO gagal menjaga bangsa dan agama. Maka janganlah kegagalan ini PAS pula yang dipersalahkan. Lebih 50 tahun UMNO diberi kepercayaan oleh orang Melayu Islam. UMNO membelakangkan soal perpaduan, Kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri menghulur perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri!
Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba, rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju. Rakyat miskin terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers), syarikat konsesi tol tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa. Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar seperti penyerahan Blok L dan M kepada Brunei, tanah KTM di Singapura, isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala sosial yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar, bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
11 hours ago
4 comments:
Benar kata tuan.
Saya setuju, jika bersatu atas dasar Islam.
Jika kita ingin mengubah dasar, kita perlu berdamping dengan pemimpin (pemerintah). Selagi mereka muslim, meraka tetap saudara kita. Mana mungkin mereka berani menolok hukum Allah. Kita perlu bersangka baik dengan UMNO.
Saya melihat mereka banyak melakukan kebaikan, walaupun tidak dilabelkan dengan ISLAM.
Jadi, saya berdoa kepada Allah, marilah kita bersangka baik sesama manusia, terutama UMNO ISLAM, mereka juga takut 'hukum Allah' cuma segelintir dikalangan mereka yang masih lagi dibuai buaian duniawi. Jangan lupa, dikalangan ahli PAS pun, ramai merestui jalan-jalan berliku seperti suka bersangka buruk, suka benar mengata orang, suka mencari salah, sukar mengaku kebaikan yang telah UMNO lakukan dan lain-lain lagi.
Adakah salah kita mencari titik pertemuan. Inilah yang dikehendaki oleh ajaran ISLAM. Abaikan bisikan Syaitan yang suka melihat perselisihan dan pertengkaran walaupun perkara yang remeh-temeh.
-adam amin-
Jerlun, Kedah
takbirrrrrr!!!!
Assalammualaikum. Salam ISLAM untuk semua. benar tu Ustaz, 50 tahun kemerdekaan HUKUM ALLAH SWT tidak pernah dilaksanakan. banyak sokong UMNO kerna takut bangsa Melayu diperkotak-katikan, namun mereka tidak sedar bahawa agama ISLAM itulah yang perlu dijaga. kerna agama wujudnya persaudaraan. ALLAHUAKBAR!!!
apa pula pendapat Dato' tentang DAP.. adakah mereka dapat menerima perjuangan ISLAM...yakinkah DATO' jika bergabung dengan DAP ISLAM akan lebih menyinar... tengoklah disekeliling.. berpijak lah pada bumi Allah...senaraikan kepada semua yg beragama ISLAM.. sejak kita bergabung dgn DAP... ape yg telah diSINARKAN bersama2... tepuk dada tanya selera... tapi harus diingat bukan selera kita saje yg harus ditanya...
Post a Comment