Ikuti temubual wartawan Harakah bersama Dato' Tuan Ibrahim berkaitan isu permit penerbitan akhbar-akhbar Pakatan Rakyat. Versi penuh klik di sini
Soalan 1:
Apakah langkah yang berkesan bagi PAS untuk menghadapi media arus perdana?
Kita perlu bongkar kelemahan mereka dan strategi menyerang perlu dilakukan. Kita juga perlu buat perbandingan pencapaian yang kita perolehi di negeri PR berbanding negeri BN.
Serangan peribadi dengan membongkar istana pimpinan UMNO-BN, kemewahan hidup, kegilaan pasangan masing-masing dan budaya ego perlu diketahui oleh rakyat.
Soalan 2:
Berdasarkan pengalaman lalu, gaji dan elaun Adun sekitar hampir RM5,000. Jumlah itu untuk menjaga seluruh DUN dan keperluan parti memang tidak mencukupi.
Sebagai Adun PAS, kita mewajibkan potongan 15 peratus untuk parti. Bagi menampung kekurangan tersebut, biasanya kita mencari sumber luar dari pelbagai derma dan bantuan.
Tetapi itu bukan mudah terutama bilamana pelbagai permintaan oleh orang perseorangan, maka tidak pelik apabila ada wakil rakyat setelah tewas masih menanggung hutang sewaktu jadi YB. Hanya Allah yang tahu.
Soalan 3:
Apakah yang ingin dinasihatkan Naib Presiden sekalian kepada Kementerian dan Menteri Dalam Negeri dalam isu permit ketiga-tiga akhbar Pakatan Rakyat?
Nasihat saya kerajaan mesti bersikap lebih terbuka dalam dunia siber kini. Hentikan pembohongan kerana ia akan ditertawakan oleh rakyat yang dapat maklumat kedua dengan mudah.
Sikap tidak berubah media arus perdana hanya menimbulkan kejelikan di kalangan rakyat. Hentikan sikap bodoh sombong ini. Benarkan rakyat mendapat maklumat sebenar daripada sumber yang mereka yakini.
0 comments:
Post a Comment