17 Syawal 1431 H | 26 September 2010
Rakyat tentulah boleh menilai bagaimana gagalnya UMNO yang diberi amanah untuk menguruskan negara bagi memartabatkan orang Melayu. Akibatnya wujudlah istilah Umnoputra bagi membuktikan bagaimana UMNO gagal membela nasib Melayu. Bagaimana gagalnya UMNO memartabatkan hak Melayu/bumiputra dalam peruntukan DEB untuk mencapai kouta 30%, sedangkan segala peruntukan bagi mencapai matlamat tersebut telah digunakan sepenuhnya.
Lihat pula isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang kini seolah-olah ia berpunca daripada pemerintahan Lim Guan Eng, sedangkan apa yang UMNO buta setelah ia mendapat jumlah kerusi yang besar mengatasi Gerakan dahulu, demikian juga isu penagihan dadah, gejala sosial dan lain-lain \iadalah manifestasi GAGALNYA UMNO MEMBELA NASIB MELAYU.
Hari ini setelah rakyat melihat kegagalan UMNO menjadi pembela Melayu/Islam, mereka mula melihat kemampuan PAS menerajui perubahan bagi membela nasib. Walaupun dasar PAS bukan bersifat perkauman, namun realiti dasar pembelaan rakyat miskin, pengagihan kekayaan negara kepada rakyat, penghapusan rasuah dalam perkhidmatan awam, dan pelbagai dasar yang telah dilaksanakan di negeri yang dimenangi oleh PR; menyebabkan rakyat mulai melihat PR mampu menjadi pembela golongan mustad'afin dan menjadi juru bicara ummah yang tertindas.
Dasar Islam yang dibawa oleh PAS lebih meyakinkan kita. Agihan kekayaan negeri mesti diutamakan kepada negeri berkenaan. Zakat umpamanya diperintahkan diambil dari harta golongan yang wajib di kalangan mereka, bagi diagihkan dikalangan mereka yang layak. Bayangkan seandainya 20% royalti minyak dikembalikan kepada negeri-negeri yang puratanya rakyat termiskin di Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, dan Terengganu; dengan tiadanya rasuah dan salahguna kuasa dan ianya berjalan dengan baik, InsyaAllah kehidupan rakyat luar bandar yang diabaikan lebih daripada 50 tahun ini kita bela, dan kita akan menyaksikan munculnya sebuah negara baru yang hebat.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment