28 Syawal 1431 H | 7 Oktober 2010
Antara amalan-amalan harian yang mudah dilakukan tetapi kadangkala tidak diamalkan:
- Bacalah doa selepas selesai sahaja azan dikumandangkan nescaya akan dikurniakan syafaat Rasulullah s.a.w : "Ya Allah, Tuhan telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w kedudukan yang tinggi dan terpuji yang telah Engkau janjikan.."
- Sentiasalah berzikir 'Allahumma ajirna minannar' sekurang-kurangnya 7x sebelah pagi dan 7x sebelah petang - agar Allah mengampuni dosa-dosa dan menjauhkan azab neraka
- Lamakanlah sujud dan berdoa kepada Allah kerana ketika sujudlah waktu yang amat mustajab doanya
Mudah-mudahan dengan sedikit peringatan ini dapat sama-sama kita amalkan dan sebar luaskan kepada sahabat-sahabat lain untuk kebaikan semua.
0 comments:
Post a Comment