Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: ISU JAIS-GEREJA : PERCATURAN POLITIK UMNO MENCURIGAKAN
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

ISU JAIS-GEREJA : PERCATURAN POLITIK UMNO MENCURIGAKAN

18 Ramadan 1432 H | 18 August 2011

Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.


Antaranya ialah:

  1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

  2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh JAIS, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

    Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan JAIS yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti JAIS ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?

  3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

    Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilalukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?

  4. Tindakan JAIS melengah-lengahkan isu ini sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, dan di waktu yang sama ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.
Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. 


Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno, dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini.


Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?


Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas ‘demi bangsa, agama dan negara’ selama 54 tahun ini.

Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat. 
Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:
  • Kenapa kerajaan tidak sedia menggubal akta pencegahan murtad?

  • Kenapa ajaran Qadiani terus dibiarkan di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam?

  • Di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas?
PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan pada masa yang sama PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.

Kita lihat dua senario yang berbeza:


Isu aqidah
– Umno marah pada PAS kononnya PAS tidak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.


Isu jual kerakyatan rakyat
– Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.


Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tiba-tiba ingin menjadi hero Islam.


Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah ‘undi Melayu’ pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa.

0 comments:

Post a Comment