Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: APA MAKNA JAWATAN UNTUK ORANG AGAMA TAPI TIDAK AMANAH?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



APA MAKNA JAWATAN UNTUK ORANG AGAMA TAPI TIDAK AMANAH?


25 Safar 1433 H | 20 January 2012

Pemikiran Umno yang masih berada dalam kotak lama, apabila menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama, sedangkan portfolio lain tak layak.

Jawatan apa bidang sekalipun merupakan amanah yang perlu ditunaikan.

Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar r.a, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya)…”


Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?

Kenyataan Menteri Besar Selangor dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

PAS juga yakin dengan Dr Yunus Ahmad yang baru dilantik sebagai exco dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan, bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti.

1 comments:

Anonymous said...

camne ustaz tuan dgb kes student kuin ug digantung belajar,mengapa kuin yg diletakkan dibawah krjaan negeri yakni mb azizan dari pas masih mahu guna auku,sdgkan pakatan dlm buku jingga mahu mansuhkan auku,jgn sampai mahasiswa dan rakyat menentang pakatan hanya kerana seorang mb pas,

tentang kezaliman

Post a Comment