3 Rabi'ul Awal 1433 H | 27 January 2012
PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun tetapi belum mendapat hak milik.
PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun tetapi belum mendapat hak milik.
Azam, niat ikhlas dan keyakinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.
PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.
PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.
Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempuhi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Tanpanya, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda Plantations seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah.
Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR?
Sebagai contoh, pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut – semuanya dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR.
Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tidak mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka.
PR akui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta di Pahang, dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan. Akan tetapi, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir, PR yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.

Sebagai perbandingan mudah, dalam isu Felda, seperti yang tertera di dalam buku Jingga, PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.
Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan Yaakob sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak samada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – takkanlah PR tidak mampu memberikan tapak rumah kepada rakyat?
Namun begitu, walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk ‘Selamatkan Pahang!”
0 comments:
Post a Comment