15 Jamadil Awal 1433 H | 7 April 2012
Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah percuma mencerminkan ketakutan mereka terhadap rakyat bermaklumat.
Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka.
Kerisauan mereka juga timbul kerana sedar akan tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.
Umumnya tindakan membakar mengoyak atau memboikot mana-mana akhbar dilakukan kerana berita yang terkandung di dalam akhbar tersebut. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati.
Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah juga yang ditakuti oleh mereka.
Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno-BN.
Sehubungan tindak-balas Umno yang menggalakkan itu, PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipat gandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam PRU akan datang.
0 comments:
Post a Comment