22 Sya'ban 1432 H | 23 Julai 2011
Pengalaman mengalami demam malaria adalah sesuatu yang amat berguna bagi muhasabah diri dan nikmat sihat yang dikurniakan Allah. Selama ini saya sering menyebutnya dari peringatan para ulamak, nikmat sihat hanya dirasai bilamana kita sakit.
Ternyata bilamana kita mengalami penderitaan kesakitan, segala nikmat dan lazat hilang. Yang ada hanyalah kepenatan, kesakitan, mual, segalanya rasa pahit, segala apa yang diberi akan rasa mual dan hilang segala nikmat makanan, kegembiraan dan keseronokan.
Dalam situasi begini terasa benar diri hampir dengan Allah, terasa sedikitnya amalan, terasa banyaknya dosa dan kesalahan. Sesekali kuatkan semangat dengan hadith Rasulullah s.a.w : "Apa-apa penderitaan yang menimpa orang mukmin adalah kifarat dosanya, hatta duri yang terkena kakinya".
Betapa besarnya nikmat badan yang sihat, dan betapa besarnya makna doa para sahabat. Dalam kepayahan dan kesakitan itu, ada mesej dari sahabat di seluruh negara mendoakan kesihatan dan afiat. Ada yang mendirikan solat hajat berjamaah mendoakan kesihatan.
Satu nota dari sahabat seperjuangan, Ybhg Dato Fauzi yang datang menziarahi, ketika saya sedang tidur masa itu, mendoakan agar Allah mengurniakan kesihatan kerana perjuangan dan harapan rakyat masih besar.
Satu perkara besar yang perlu dikongsi bersama, sewaktu demam malaria disahkan, ianya akan menyusahkan semua anak-anak, isteri, jiran tetangga, sahabat handai yang terlibat kerana darah mereka diambil untuk ujian. Saya mohon kemaafan atas segalanya. Semua orang tidak mengininya. Namun kehendak Ilahi tiada siapa boleh mengatasinya.
Inilah takdir, walaupun saya masuk ke hutan telah puluhan kali, namun siapa sangka kunjungan ke Tawau pada awal bulan ini meninggalkan kesan yang begitu besar. Antara ramai yang bersama, hanya saya seorang yang terkena demam malaria. Alhamdulillah, saya bimbang kalau ada rakan lain turut mengalaminya.
Kami jarang mengambil ubat anti malaria sebelum masuk hutan, samada untuk memancing atau berburu kerana tidak menyangka penyakit yang hampir pupus itu, sebenarnya masih menjadi wabak yang merbahaya.
Menurut maklumat dari pegawai kesihatan, di beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak, ianya masih aktif. ini bermakna kalau anda ingin ke sana, terbaiknya ambillah ubat anti malaria dan beberapa perlindungan lain.
Akhirnya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sahabat yang sentiasa memanjat doa kehadrat Ilahi agar saya segera sembuh.
Kepada Pengarah Hospital Jengka, doktor dan jururawat dan seluruh kakitangan yang gigih memberikan rawatan, Dato Dr Raja, serta semua pembantu dari Kuantan Specialist Centre KPJ, yang banyak membantu merawat sehingga saya dibenarkan pulang pada hari ini, 23 Julai.
Hanya Allah sahaja membalas jasa baik kalian semua.
Salam Perjuangan,
Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Pahang

0 comments:
Post a Comment