Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SEMAKIN DITINDAS, UMNO-BN MAKIN DIBENCI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



SEMAKIN DITINDAS, UMNO-BN MAKIN DIBENCI

 25 Sya'ban 1432 H | 26 Julai 2011


PAS Pusat memandang serius tindakan pihak Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) ke atas pelajar yang mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu. 

Perhimpunan Bersih 2.0 pelajar dan warga Malaysia di luar negara turut berlaku di beberapa buah negara yang lain. Namun sehingga kini hanya di Mesir sahaja yang beria-ia untuk mengambil tindakan yang sangat melampau ke atas pelajar-pelajar Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut.


Menurut Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, antara tindakan yang diambil adalah:

  • Pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor

  • Menghalau tiga orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab

  • Menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak

  • Beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu menerima ugutan
Bertindaklah secara adil, dan jangan
nafikan masa depan anak bangsa sendiri
Tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti, dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri. Walhal, mereka yang ditahan dalam negara telah dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Apakah kedutaan Malaysia di Kaherah ketinggalan maklumat, atau sengaja menjadi barua UMNO - bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan?

PAS mengingatkan mereka jangan cuba menjadi umpama bidalan 'lebih sudu dari kuah'. 
PAS menyeru campurtangan Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra bagi mengatasi kezaliman yang berlaku ini. Sebahagian daripada mereka akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi - tidak seharusnya dibiarkan dibuang, dihalau dari asrama Malaysia dan dikenakan pelbagai ugutan. 

Pihak Lajnah Guaman PAS akan meneliti isu ini secara dekat bagi membela nasib pelajar yang teranianya ini. 
Mereka sepatutnya bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah ia bersalah.

Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman  yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir. Ia 
hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno - Barisan Nasional, dan tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 comments:

Post a Comment