Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PAS CABAR 'PEJUANG ISLAM UMNO'
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PAS CABAR 'PEJUANG ISLAM UMNO'

17 Sya'ban 1432 H | 18 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan parti MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.
 

“Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tiba-tiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim,” selar beliau.
 

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan berfikiran sempit dan menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. 

MCA menekan DAP dalam pertarungan mendapatkan sokongan bukan Islam, dan jika PAS tidak dapat melaksanakan larangan ini dengan baik, perkara ini  akan memberi 'advantage' percuma kepada Umno dalam memenangi hati pengundi Melayu.
 


Terjerat dengan permainan, tindakan kerajaan Kedah akhirnya mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP walaupun mendapat pengiktirafan mufti dan pelbagai NGO, termasuk beberapa NGO wanita yang bukan Islam sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar.


Namun, kontroversi tersebut selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.


“Tindakan tersebut adalah satu pendekatan yang bijak bilamana para pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan seandainya berlaku perlanggaran terhadap enakmen ini.
 

Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama,” ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Namun begitu, keputusan kerajaan Kedah tersebut telah diserang bertubi-tubi oleh Umno atas alasan PAS mengikut telunjuk DAP, walhal perkara ini langsung tidak dapat dilaksanakan oleh Umno sepanjang 14 tahun yang lepas.
 

“Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadhan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.
 

Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan ini di negeri-negeri mereka pula,” bidas Tuan Ibrahim. - harakahdaily

0 comments:

Post a Comment