10 Sya'ban 1432 H | 11 Julai 2011
PAS mengecam tindakan melampau yang diambil oleh pihak polis dalam menangani isu perhimpunan aman Bersih 2.0 baru-baru ini. Tindakan ganas dan melampau polis langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauh lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka - Tegas, Adil dan Berhemah.
Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja. Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat oleh pelbagai sumber sama ada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa, telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat.
Tiada sebarang kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini. Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, dan mereka tiada sebab untuk menggunakannya.
Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang Ketua dan Timbalan Ketua Polis yang kononnya polis diserang dan diprovokasi sehingga menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri. Oleh itu, PAS mendesak agar mereka meletakkan jawatan, dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan.
PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta, dan puluhan lagi yang cedera. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.
SYABAS kepada setiap peserta Bersih 2.0 kerana kini kuasa di tangan anda. Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman mereka kepada 10 orang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.
Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka.
Namun begitu sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan UMNO-BN bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita. Mereka menyokong untuk memastikan undi-undi mereka tidak di’offset’kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.
Lapan tuntutan yang diperjuangkan adalah untuk memastikan wakil yang menang dalam pilihanraya akan datang adalah pilihan rakyat, dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.
Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.
Akhir kalam, PAS merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau. Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini.

0 comments:
Post a Comment