Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

RABU, 28 OKTOBER 2009 | 09 ZULKAEDAH 1430H

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini.

Jawatankuasa Disiplin parti menyambut baik saranan Dewan Pemuda agar jawatankuasa ini dipertingkatkan. Namun perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin Parti hanya boleh bertindak sekiranya ada laporan rasmi kepada parti. Segala kenyataan umum melalui akhbar atau blog tidak boleh dianggap sebagai laporan rasmi. Semua pertuduhan yang dibuat mestilah disokong dengan pembuktiaan. Bukan hanya dengar cakap atau hanya melalui beberapa blog tertentu sahaja.

Sehingga kini, Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi, dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakala satu lagi yang sedang diteliti oleh jawatankuasa. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas.

Sehubungan itu, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. Kita mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu dalaman parti. Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti.

Perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin memandang serius beberapa tindakan bagi membincangkan semula sesuatu yang telah diputuskan dan dianggap telah selesai. Lantaran itu, sekiranya ada di kalangan ahli biasa atau pimpinan yang
cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan.

Awasilah media perdana yang berusaha melaga-lagakan pimpinan, dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan seolah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain. Kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan kita dan merosakkan hubungan baik serta setiakawan kita dalam Pakatan.


Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti.

7 comments:

Anonymous said...

penulis: Mohd.Nazmi Bin Salleh(840430-02-5665)phone:(0192312039)
ASSALAMUALAIKUM DATO' USTAZ,
berpandukan kenyataan media yg dikeluarkan oleh harakahdaily.net,saya difahamkan bahawa ustaz mengetuai jawatankuasa disiplin utk menyiasat pas selangor.saya hanya ingin mencadangkan agar ustaz tidak hanya tumpukan pada YB.Dr.Hasan Ali sahaja,tetapi terhadap YbKhalid samad juga yg acap kali membuat tuduhan dan komen menerusi blognya dan sering menyerang tindakan Dr.hasan...siasat sama ada tuduhannya itu benar atau telahan sahaja...

BERIKUT INI HANYA PENDAPAT SAYA...
ustaz saksikan sendiri sama ada ada perubahan atau tidak di masjid2 dan program2 keagamaan di selangor?lihat sendiri suasana program yg berkaitan islam di selangor di bawah seliaan dan bidang kuasa exco berkenaan...ada perubahan atau tidak? bagi saya alhamdulillah,banyak perubahan berlaku,tapi tak tahulah kalau tidak berlaku di masjid shah alam,SIASAT YB KHALID SAMAD ATAS TUDUHAN YG SERINGKALI DIBANGKITKAN!!!AMBIL TINDAKAN DISIPLIN SEKIRANYA DIA MEMFITNAH DR.HASAN...dr hasan itu mantan ptd,setakat tgjwb exco itu,tak perlu la nak diskripsikan pada beliau,cuba lihat sama ada beliau menceroboh bidangkuasa exco lain atau hanya menjalankan portfolio beliau.
Suasana di selangor lain dari kelantan,lain dari kedah,PKR dan DAP lebih menguasai,itu tidak menjadi masalah,cuma apakah menjadi suatu DOSA BESAR kepada Dr.hasan hanya utk menegur sekiranya sesuatu tindakan itu dirasakan tidak kena dan ada pula bercanggah dgn ISLAM,misalnya,lihat sendiri program2 hiburan yg dianjurkan kerajaan selangor apabila diliht hampir tiada beza dgn pemerintahan BN sebelum ini dgn mengundang penari2 wanita,penyanyi2 wanita dan mcm ada...adakah sewajarnya didiamkan saja oleh dr.hasan?perlukah dr.hasan pejamkan mata,pekakkan telinga hanya kerana pas minoriti dlm kjaan atau adakah pas hanya picisan sehingga langsung tak boleh tegur langsung sekiranya berlaku suatu yg tidak kena?

ingatlah,kemenangan dahulu adalah hasil dari kehendak Allah Ta'ala yg mengubah hati manusia,bukan kerana usaha manusia semata-mata,jgn kerana nak jaga hati pengundi sehingga syariat islam dan tasawwur islam itu dinafikan di selangor!!!

ustaz cuba pergi sendiri program anjuran pkr misalnya,ustaz pi tgk sendiri,macam mana pakaian petugas betina nya,gaya ragam pemuda-pemudinya yg tanpa segan silu langsung bergaul tanpa batasan...PI TENGOK SENDIRI!!!

tp takpalah itu urusan mereka,mungkin patut serah pada dr.badrul amin kot,tp isu di sini exco pas diamanahkan jaga tentang agama islam dan adat istiadat melayu,jadi salahkah utk memperkasakan portfolio beliau misalnya dalam bab arak,dakwah dan pencegahan maksiat di malam sambutan merdeka,tahun baru?!!!

bab lain byk lagi,jgn la nak liberal sampai semua nak tolerate,kalau tak betol sekalipun tindakan dr.hasan,elokkah ahli parlimen shah alam,hanipa maidin,dr.zul mp kuala s'gor guna blognya dan media massa lain menghentam dr.hasan?!!!ini kah adabnya? cukup beradabkah mp shah alam ini?

ustaz,di akhir ini saya harap penyiasatan adil,telus dan ikhlas diharapkan dari pihak ustaz,bukan tekanan drpd tok guru na,tok guru hj.hadi atau lain2,tp siasatan itu mestilah adil,sebab pimpinan yg disiasat itu seharusnya dimanfaatkan oleh pas krn kredibiliti dan kepakarannya dalam pentadbiran,bukan diketepikan hanya kerana UNDI semata-mata! sekiranya kamu menolong agama Allah,Allah akan menolong kamu...wallahu a'lam
Assalamualaikum

Anonymous said...

Kenapa komen Tuan tidak disiarkan di harakahdaily lidah rasmi PAS ? ermmmm

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Saya minta ustaz publishkan post saya ni.

Berapa lama Jawatankuasa ini akan ambil masa?

Saya amat berharap agar ustaz telus dalam perkara ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt Ustaz
Semoga ustaz diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjalankan amanah jamaah.
Saya sungguh terkejut dengan perjumpaan Ust Nasharudin Isa dan Dato Hasan Ali dengan blogger yang sebahagiannya UMNO. Sebahagian dari isu perjumpaan tersebut ada disebut oleh seorang blogger yang cenderung kepada Melayu disini: http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html
Ana harap ini sedikit sebanyak boleh membantu penyiasantan Ustaz. Tak perlu terbitkan komen ini.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'alaikum!
Y.Bhg. Dato' Tuan Ibrahim,
Saya ingin dapat maklum adakah Jawatankuasa Disiplin PAS ini mempunyai Garispanduan yang lengkap lagi bercetak dan boleh dibaca serta difahami oleh orang-ramai.
Garispanduan perlu diketahui oleh orang-ramai dan jangan hanya berada dalam kepala JKD sahaja, sperti skema jawapan pelajar SPM atau STPM.
Jazakumu-lLAHU khairan kathiran!
Wassalam!
A.Wahab Arbain.

Anonymous said...

Hassan Ali sepatutnya meletak jawatan sebagai PJ Pas Selangor.Mengapa Hasan Ali menggesa pembocor
rahsia rundingan Pas-Umno disiasat sedangkan perkara itu patut diketahui umum?Adakah ini satu ancaman kepada mereka yang mempunyai akses maklumat mengenai butir2 rundingan itu daripada melaporkankannya kepada jawatankuasa disiplin parti?Bagaimana pula dengan kenyataan media Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman; Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.Kenyataan ini juga perlu disiasat oleh jawatankuasa disiplin..

Anonymous said...

Y.B. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Izinkan saya menulis dalam dwibahasa sebagai menghormati bahasa kebangsaan tanahair kita, Bahasa Malaysia/Melayu dan Bahasa Inggeris.

Setelah kali terakhir saya memasuki alam maya semalam dengan tujuan satu-satunya saya memasuki alam maya hanyalah untuk menulis komen dalam blog Dr. M. Bakri Musa yang masih belum disiarkan di sini:-
http://www.bakrimusa.com/archives/towards-a-competitive-malaysia-127#respond
saya memasuki dunia alam maya untuk menulis komen dalam blog Y.B. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di sini.

I hope that Y.B. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man continues the good work of enhancing societal awareness through blog writings.

We should all strive to eradicate corruption, abuse of power, environmental pollution, violence, crime, self-interests in politics and religion, racism, discrimination and all negative elements through educating society positively.

A senior citizen beside me whilst I'm writing this laughed it up as wishful thiking on my part. I replied to Uncle Andy, that exuberance of youth may someday translate to positively effectual idealism. Good people such as Nelson Mandela, Florence Nightingale, Ralph Nader, Dudley Sennayake and other good people who have always respected life and liberty are models of the international stage.

Sincerely,
Hakimi bin Abdul Jabar
Batu Pahat, Johor.

Post a Comment